Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku ibu tunggal berumur 40an, ada 2 anak. Ada kerja yang gajinya cukup untuk tampung 2 orang anak. Alhamdulillah.
Aku sunyi tiada kawan, lalu aku join apps di media sosial untuk cari kawan. Aku berkenalan dengan seorang lelaki lewat 20an yang sangat well presentable. Dia buat aku rasa muda dan ada rasa kembali.
Ibu dan bapa nya kini tinggal di utara selepas bersara. Dia pula duduk menyewa dan bekerja di Lembah Klang dan sangat dekat dengan lokasi ku.
Pada mulanya, si dia sangat mengambil berat akan diriku, sentiasa contact dan prihatin dengan aku. Bagi kata-kata semangat dan pujian yang buat hatiku berbunga selalu. Sering berbalas mesej menyatakan kerinduan masing-masing.
Pada mulanya, aku anggap dia tak lebih daripada seorang kenalan, tapi lama-kelamaan aku akui aku telah jatuh hati. Rupa-rupanya aku hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.
Aku follow IG nya, dan tanpa sengaja menemui salah seorang teman nya iaitu seorang influencer. Rupanya hubungan mereka agak serius kerana mereka berdua saling berbalas kata-kata romantik dan cinta, sampaikan ke bilik tidur rupanya.
Aku juga terima layanan yang sama, dipanggil sayang dan cinta, aku juga telah menyerahkan segala jiwa dan raga kepada si dia.
Namun, aku dapat lagi kejutan dimana kami berdua ini hanyalah sebahagian daripada nama-nama yang dijadikan pendamping sahaja sekiranya diperlukan.
Si dia rupanya ada seorang steady girlfriend yang berkelulusan undang-undang yang telah disenarai pendek sebagai calon isteri. Orangnya manis berasal daripada negeri yang terkenal dengan sumber flora dan fauna di Semenanjung Malaysia.
Si dia yang berkelulusan bidang IT rupanya telah lama bercinta dan berkenalan sejak zaman crush lagi kerana menuntut ilmu di ipta yang berdekatan dalam negeri yang sama. Dengarnya juga akan bertunang dan melangsungkan perkahwinan pada tahun 2024 ini.
Aku sangat sedih dan kecewa. Rupanya aku hanya menjadi perempuan pendamping sahaja. Bila perlu, aku dicari. Bila tidak diperlukan, aku dibiarkan sendirian, tiada lagi sebarang mesej cinta dan mengambil berat seperti dahulu.
Itulah resam manusia, yang telah ditebuk akan ditinggalkan. Yang dianggap terbaik dan paling solehah akan diangkat sebagai isteri dan teman hidup.
Tak apalah. Aku kena sedar diri. Sedar bahawa insan sesempurna si dia mustahil akan mengambil aku sebagai isteri. Aku kena kuat. Berdiri atas kaki sendiri dan berusaha sebaik mungkin mengubah gaya dan cara hidup demi anak-anakku yang tersayang.
Readers, tolong doakan aku move on. Ya Allah, aku mohon ampun dan maaf atas segala dosa dan ketelanjuran yang aku telah lakukan selama ini.
– Rose (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit