Aku Yang Tersepit

Hai korang. Aku nak cerita tentang berita gembira yang aku terima minggu lepas. Aku di offer kerja di salah sebuah syarikat kecil milik orang malaysia yang bertapak di luar negara. Tetapi hanya sebagai pekerja kontrak selama 3 bulan.

Kerja tu boleh dikatakan antara kerja dalam bidang yang aku minati dan negara tu adalah salah satu negara yang aku idam-idamkan untuk kerja sebenarnya. Buat masa ni aku sudah berkerja jawatan executive di salah sebuah syarikat yang ku kira gah di Malaysia.

Tetapi nama sahaja gah, tapi gajiku tidak mencecah 2k pun sebulan walaupun sudah hampir 3 tahun berkerja.

Kerjaku sekarang bagi aku sudah selesa; ada bos yang memahami dan tak bagi tekanan sangat pada aku tu dah cukup bagus. Sebab kerjaku yang sebelum ni aku berhenti oleh kerana bos yang tak sekutu. Payah.

Kerjaku yang sekarang ni juga tidak terlampau terbeban sampai aku kena OT lewat petang, tak. Tepat pukul 5 aku punch out. Boss pun tak kacau aku after work. Kalau korang baca mesti rasa dah best dan selesa sangat kan.

Manakala kerja yang baru dipelawa itu gajinya juga aku belum sempat bertanya lebih jelas. Tetapi oleh kerana persekitaran yang baru dan sebab-sebab yang lain, aku dilanda buntu.

Sepanjang 3 bulan kontrak, aku tidak dibenarkan pulang ke malaysia yang mana bagi aku ok je sebab pada waktu itu negara itu sedang musim bunga. Dan aku belum pernah lagi merasai musim bunga.

Jadi bagi aku itu tentu seronok dapat tengok bunga berkembang. Mata aku pun dah berbunga-bunga dah bila dapat offer tersebut. Hehe.

Tapi kadar untuk aku diserap masuk lepas kontrak tamat aku kirakan sebagai tipis. Aku ni pulak seorang yang boleh dikategorikan sebagai aktif ke luar negara (read :kaki jalan). Jadi aku kira kerja yang duduk di ofis mengadap pc 8-5 tu macam bukan jiwa aku.

Hahaha hanya lepas hampir 3 tahun aku baru sedar tu. Sedih kan. Aku banyak ke luar negara dengan kawan2 ataupun famili aku sendiri. Tapi takdelah sekerap yang korang kira. Setahun hanya sekali dua je. Kalau dalam negara tak payah kira lah. Hehe.

So, yang menjadi persoalannya di sini sanggup ke aku lepaskan kerja selesa tu dan bina kerjaya di luar negara yang berlandaskan kontrak selama 3 bulan semata-mata untuk puaskan jiwa muda aku ni?

Bila aku bincang dengan parents, ayat pertama sekali keluar dari mulut ayah “Habis lepas 3 bulan tu kau nak kerja apa? Jual besi buruk?”. Berteleku aku duduk di sofa. Aku anggap macam mak ayah aku tak sokong pilihan aku untuk ke luar negara tu.

Sekarang pun aku hidup membujang dengan orang tua aku. Jadi keputusan suami tak perlu aku bimbangkan, cuma mak ayah aku ni, sukarnya untuk aku yakinkan mereka.

Mak ayah aku tak pernah izinkan aku untuk jadi solo traveller, hidup sorang2 di bumi asing. Aku rasa tersepit di situ. Penat pun ye, sebab bila kau duduk sekali dengan orang tua, kau takde masa nak berehat bangun lambat2 bila cuti hujung minggu. Jangan harap.

Bila mak ayah aku tau aku nak ke luar negara sendirian sebab aku dah beli tiket sorang, mak aku punya marah, seminggu tak tegur aku. Last2 aku jugak lembut hati ajak mereka sekali pergi. Baru mak ayah aku ok balik. Sedihnya bila niat untuk jadi solo traveller aku mati macam tu je.

Jadi pilihan untuk kerja luar negara ni merunsingkan aku antara kehendak aku dan kehendak mak ayah aku. Walaupun aku sendiri tau yang aku pun sebenarnya tak berani mana nak tinggalkan kerja sekarang ni untuk kejar kerja kontrak yang hanya 3 bulan semata2 tu.

Kerja aku bukan pergi petik kobis atau jadi buruh kasar pun. Tapi kerja tu akan membuatkan aku bercampur dengan ramai orang dan berjalan ke sana ke mari. Bukanlah duduk mengadap pc sahaja.

Kalau aku tolak kerja ni, aku terpaksa pass kat orang lain which aku dah nampak orang tu akan happy gila macam aku tapi beliau takkan teragak2 untuk pergi macam mana yang aku rasa sekarang ni. Dan mak ayah dia pun tak jadi penghalang dia nanti. Yang itu aku pasti sangat.

Kalau korang berada di tempat aku macam mana? Apa yang korang pilih? Put yourselves in my shoes.

Thanks in advance.

Thanks admin sudi siarkan cerita saya.

– Hafiiie

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit