Assalamualaikum untuk semua pembaca. Aku Cik Mok, orang dok gelar disebabkan fizikal aku yang berbadan besar, umur 25 tahun ini.
Maaf andainya perceritaan aku agak berterabur, andai artikel ini keluarlah hehe. Yang aku nak ceritakan ialah dikala umur aku sekarang ni, tiada apa pencapaian yang aku boleh banggakan even aku ada diploma dalam bidang kaunseling sekalipun.
Orang dok sibuk kata apa guna belajar tinggi-tinggi ada diploma tapi tak bekerja, bukan orang sekeliling aku je even adik beradik aku sendiri pun downkan aku.
Mulanya aku tak ada hati nak belajar pun, sebab habis je sekolah dulu, abang suruh aku meniaga sedangkan aku nak bekerja. Mak dengan ayah masa tu sokong cadangan abang.
Aku pula nak tak nak ikutkan juga, sedangkan masa tu nak lepaskan adik belaja dalam bidang elektrik. Lepas setahun graf meniaga makin merosot biasalah duduk luar kawasan bandar. Kemudian aku behenti, daripada terus rugi.
Bermula lah episod aku nak sambung belajar walaupun dah tertinggal setahun, semua kos yang aku utarakan pada mak n ayah aku dapat tentangan.
Akhirnya mak dengan ayah terpaksa juga terima keputusan aku untuk sambung belajar itu pun selepas abang yang slowtalk dengan mak.
Dalam aku sambung belajar tu adalah juga mak dan ayah aku dok sesalkan kenapa aku pilih tempat yang jauh, sedangkan sebelah negeri je pun, Melaka negeri yang mengajar aku banyak perkara untuk aku berdikari. Sebab keluarga aku jenis yang kalau boleh tak payah nak merantau jauh pun.
Alhamdulillah aku tamatkan diploma aku 2 tahun lepas even keputusan biasa-biasa sahaja, tetapi lulus semua subjek. Lepas dari tu aku nak bekerja tetapi perkara yang sama juga yang jadi.
Isu dia kerja dekat- dekat je katanya, tetepi bila nak cari keje, siap cakap lagi, tak payah lah keje duduk rumah je tolong mak dengan ayah jadi pemandu je. Bila tak kerja disuruh bekerja, bila nak cari kerja kata tak payah. Faham tak keadaan aku yang jadi apa tah.
Akhirnya akhir tahun 2018 aku nekad cari kerja, Alhamdulillah aku dapat kerja kerani [QC} di sebuah syarikat swasta dengan gaji yang tak sampai seribu sebulan dengan lambakan kerja kena siap ontime.
Tapi tak lama sebab keadaan ayah aku tak mengizinkan, aku sempat kerja selama tiga bulan sahaja dan terpaksa berhenti dengan notis dua puluh empat jam juga penghujung februari.
Pada tiga hari bulan empat tahun 2019 ayah aku pergi mengadap ilahi pukul 3.15 pagi, subuh tu aku rasa solat aku yang paling lama daripada kebiasaan sebab aku kuatkan diri aku untuk menghabiskan walaupun dalam keadaan teresak-esak.
Masa selama dua bulan tu terimbau-imbau semula di ruangan ingatan sebab memang selalu ada dengan arwah. Pesanan arwah ayah untuk semua jaga mak seperti mana ayah jaga.
Ye aku tunaikan sampailah akhir tahun disember 2019. Sebab mak aku tak sama dengan orang lain. Mak aku seorang yang complicated, bila aku tak kerja suruh kerja, bila nak kerja tak bagi, alasan atas perkara yang sama.
Ye aku tahu mak lebih daripada seorang yang mampu dengan kewangan 3k sebulan. Tapi tak kan lah aku nak bergantung harap selama-lamanya. Sebab aku tahu mak kena tanggung bayaran bulanan kereta abang, bil utiliti, keperluan dapur lagi.
Jangan kata aku tak tolong, sebab aku buat side order tempahan makanan panas, ada lebih rezeki tu aku belikan barang-barang dapur sikit. Nak kata banyak untung tak pun sebab duduk luar bandar dengan kelompok penduduk yang kecil.
Ada sebab juga kenapa aku buat pinjaman PTPTN atas dasar aku tahu adik beradik aku macam mana. Ada yang pertikaikan apa guna hantar aku belajar tinggi-tinggi, siap kata perabis duit semata pada aku.
Ayah cuma bagi duit poket setiap bulan nak harap duit Ptptn tu dapat tak banyak pun, tapi berjimat untuk gunakan. Bukan niat untuk melawan tapi jangan hanya tahu menuding tanpa tahu perkara sebenar.
Disember 2019 aku nekad, tapi sebelum tu aku dah tanya dua orang abang, diorg setuju aku bekerja, manakala yang selebihnya membantah. Respon mak aku? hahaha ni yang buat aku jadi nekad.
Mak siap cakap tak payah kerja pun mampu bagi duit, memang tapi kebebasan tu tak ada. Aku nak cari duit sndiri ada simpanan sama macam orang lain juga.Mak dengan abang siap perlekehkan gaji yang aku terima.
Tangga gaji Malaysia standart korg faham-faham jelah e. Tu betul-betul buat aku terluka, aku ambik pendekatan dengan keadaan yang perit tu, aku salam mak aku, hidupakan enjin kereta terus gerak. Sedangkan sepanjang perjalanan tu aku menangis.
Aku bawa lari kereta abang aku yang mak aku bayar setiap bulan tu. Ye memang aku tak ada apa-apa, sedangkan setiap orang dalam adik beradik aku semuanya mak, ayah akan belikan paling tak motor cabuk.
Akhirnya selama tiga minggu aku menggangur ahahah.Selama tu juga aku tak call mak, sebab tahu masing-masing panas lebih baik diam. Lepas tu dapat kerja dekat F&B restaurant aku kerja seperti biasa dekat sebulan baru lah aku call dan balik kalau tak hurmm.
So sekarang ni PKP macam biasa lah tak lepas balik, akhirnya ni masuk bulan yang ke empat aku kerja. Tapi benda yang sama jadi jugak, mak, akak desak aku untuk berhenti kerja yang untuk ke berapa ratus kali.
Mak aku jenis yang kalau dah hitam tak akan bertukar putih, sama dengan akak aku akan desak sampaikan aku mengelak untuk angkat call.
Akak aku pula jenis yang suka mendesak, kalau apa yang di katakan tu semuanya betul, mak pula akan iyakan je. Satu lagi akak ni siap cakap lagi dengan aku, kau tak nak jaga mak kan. Tak pe aku {Akak} akan kaut duit mak sikit-sikit.
Aku hanya mampu cakap terpulanglah sebab tu niat kau. Selama mana aku jaga mak dengan arwah ayah dulu aku hanya mintak beli barang keperluan bulanan aku, sebab aku jenis yang tak suka meminta melainkan terpaksa.
Abang ada je yang duduk dengan mak, kerja kampung bawa lori, tapi gaji tak pernah cukup, tak pernah beli barang dapur, apatah lagi menyimpan duit. Sampaikan aku pernah cakap dengan mak aku sendiri, bukanlah niat untuk melawan tetapi more to mak buka mata.
Dikala umur abang tiga puluh tiga tapi tak ada apa, janji nak jaga mak, tapi bila mak minta tolong ada je alasan, sampaikan nak travel Terengganu rumah abang yang lain tak nak hantar aku pulak yang di ketengahkan.
Aku juga utarakan soalan, kalau abang nak kawin tak de simpanan tak akan lah duit hantaran, belanja kenduri pun nak siap kan semuanya sekali. Habis anak perempuan mak mcm mana pula. Sampai macam tu sekali aku terpaksa soalkan.
Maaflah kalau karangan ni terlalu panjang untuk dihadam oleh pembaca semua. Aku nak minta pendapat pembaca semua, apa yang patut aku buat, adakah meneruskan juga atau balik kampung.
Banyak perkara yang aku angankan untuk capai dalam hidup, ianya bukan semata-mata untuk aku tetapi untuk mak dan family ni.
Banyak perkara yang aku terpaksa korbankan termasuk dengan kawan-kawan aku, sebab mak aku selalu tegah kalau nak keluar padahal dengan kawan perempuan je pun. Kalau bagi keluar pun tak sampai sejam dah call suh balik, sampaikan kawan-kawan aku pun tahu dan takot untuk ajak keluar lagi.
Aku bukanlah seorang yang sosial pun, aku seorang yang pendiam, pemalu berkawan dalam kalangan yang aku selesa. Aku juga ada minta pendapat kaunselor yang mana dulu dia penyelia tempat aku praktikal.
Jawapan yang aku dapat nak puaskan hati orang lain atau hidup untuk diri sendiri. Kalaulah pilihan tu bukan melibatkan mak aku- aku akan pilih hati aku sendiri sebab banyak terluka dengan orang sekeliling aku yang banyak selfish, tapi bila melibatkan mak?
Pilihan yang ada cuma lukai hati sendiri demi orang lain, atau melukai orang yang membesarkan kita, even tak rapat.
– Cik MOk (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit