Aku Yang Tiada Kawan

Salam. Terlebih dahulu… This is my first time meluah di sini.

Umur hampir 37 tahun. Sudah 10 tahun berkahwin. Ada anak-anak. Tidak bekerja… I am a stay-at-home mom.

Aku okay je, duduk rumah uruskan anak-anak dan suami. Kerja rumah, okay je. Tak ada terbeban apa pun…

But lately…

Aku seakan bermain dengan emosi yang aku sendiri tak faham nak terangkan macam mana…

Kawan-kawan yang sebaya, yang senior, mahupun junior — elok je kahwin, kerja, ada anak. Boleh je diorang sebagai isteri jadi mak dan tetap berkerjaya.

Kenapa dulu aku tak kerja eh…?

Sekarang tengok, mak-mak relax je tinggal anak-anak dan suami di rumah.

Mak-mak pergi holiday, pergi travel dengan kawan-kawan… healing-healing kaaannn.

Aku tidaklah cemburu dengan mereka.

Aku rasa alone. Lonely-nya hidup aku.

Suami dan anak-anak je kawan yang aku ada.

Aku tak ada kawan bergosip.

Aku tak ada kawan meluah rasa sedih ke kecewa ke.

Aku tak ada kawan nak meluah rasa gembira.

Aku tak ada kawan tempat nak meluah segala macam masalah, segala macam rasa…

Suri rumah yang lain, sama ke macam aku…?

Kita berkongsi rasa yang sama ke…?

Memang macam ni ke perasaan bila tengok orang lain ada kawan-kawan…?

Kita ni tak kerja kan, mana nak ada kawan-kawan…

Hari-hari bercakap dengan anak-anak dan suami je.

Boleh ke kita survive semua ni sampai ke hujung usia…?

Apa yang patut dilakukan, nak hilangkan rasa ni…?

Rasa macam gundah gulana.

Rasa macam serba tak kena.

Rasa macam kekurangan sesuatu tapi tak tahu apa.

It’s so confusing…

Ke ni masalah hormon je…?

Dah nak menopause kot…?

Seronok tengok kawan-kawan yang sama-sama belajar dulu. Diorang ada kerja. Diorang ada je anak suami…

Tapi…

Diorang boleh keluar berjalan-jalan dengan kawan-kawan.

Diorang ada melepak di hujung minggu.

Diorang ada group Whatsapp bergosip, share pelbagai perkara…

Bukan tak bersyukur jadi suri rumah.

Tapi itulahhh…

– Aku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Saya yg masih bujang dan bekerja pun tk keluar melepak dengan kawan hujung minggu 😔 hanya keluar dengan pasangan je bila cuti.. dia lah tempat meluah dia lah tempat bergossip, klu dapat pasangan yang baik mendengar luahan kita alhamdulillah.. klu ada ramai kawan jenis toxic jadi makin stress juga 😅 manusia sekarang depan lain belakang kita lain.. dlm media sosial lain in real life lain.. so kita jangan terlalu nak ikut orang…

  2. Dah nak berkawan, cari lah kawan.
    Banyak je option.
    Jiran ke.
    Kat kelas mengaji ke.. kelas memasak ke..
    Even time shopping ke makan ke boleh je tegur2 org sebelah ajak borak.

    Baca buku dale Carnegie. How to win friends and influence people.

    Read more. Buku pun boleh jadi kawan.
    Bela kucing, bela pokok, makhluk pun boleh jadi kawan.
    Buat journaling. When was the last time you talk to your own soul?
    Talk to Allah macam confessions aritu cakap yg dia berkawan dengan Allah.

    Stop comparing your life with other people. To each their own challenges.

  3. Maaf cakap ya,
    Selagi kita bahagia bersama suami dan anak-anak, tak perlulah terlalu risaukan soal kawan-kawan. Kawan yang benar-benar ikhlas memang susah nak jumpa. Kadang-kadang, kalau silap berkawan, boleh bawa masalah dalam rumahtangga. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. Allah telah mengatur yang terbaik untuk setiap hamba-Nya—Dia adalah sebaik-baik perancang.

    Moga hati yang terasa kosong akan terisi dengan ketenangan dan kasih sayang dalam keluarga. Jangan terlalu memandang indahnya padang di luar, sampai kita terlepas pandang keindahan yang ada di dalam rumah sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *