Aku Yang Tidak Mampu

Assalamualaikum.
Moga kisahku menjadi ibrah buat kalian.

Aku Si Daun Pandan. Pena yang diambil daripada sifat Si Pandan yang aku Suka. Wangi! Hijau! Sedap! Fleksible! Dan paling best lipas tak suka daun pandan. Daun pandan yang wangi lah bukan yang dah kering tu .

Aku masih belajar di sebuah IPTS dan aku spesifikkan IPTS yang aku belajar ni ‘kolej islam’.

Nak tahu ?
Majoriti student kolej islam datangnya dari maahad/pondok/sekolah agama. Dan aku hanyalah pelajar sekolah menengah biasa. Dan dalam kelas aku, aku sorang sahaja dari SMK. Yang lain alim ulama belaka. Dan kawan kawan sekelas aku masa sekolah dulu pun entah ke mana, tapi yang pasti hanya aku yang terpinggir ke kolej islam.

So, macam mana aku boleh terjerumus ke kolej islam ?
Jawapannya mudah, sebab aku yang nak.

Walaupun aku ni happy go lucky orangnya, nampak macam takda masalah dan asyik huha huha, tapi jauh di sudut hati aku mengimpikan untuk jadi isteri dan anak solehah, nak jadi ahli syurga, nak tutup aurat betul betul a.k.a bercita cita nak pakai tudung labuh. Hebat sungguh cita cita tu sambil buat mula bangga.

Dan aku teruskan cita cita aku tu dengan mula bergelar ‘mahasiswi’ di sebuah kolej islam. Habis aku usha ustaz ustaz soleh dekat situ sambil memuji ciptaan Allah. Hew hew.

Hari berganti hari, aku mula berhijrah. Aku betulkan niat. Dan aku dah mula tundukkan pandangan. Rasanya macam ‘solehah’ habis lah!

Dan saat penghijrahan ini, aku genggam kuat kuat niat. Nak berjaya. Betul aku nak berjaya. Walaupun budak SMK macam aku tidaklah menjadi tumpuan para pensyarah, aku pun tak faham kenapa pensyarah macam ada pendapat serong pada budak SMK macam aku. Bila taaruf dan aku kata aku dari ‘SMK *****’, Pensyarah akan tanya balik, “macam mana awak boleh masuk sini” . Bukan sorang pensyarah tanya macam tu. And off course, yang dari maahad/pondok/sekolah agama lah jadi tumpuan pensyarah. Yelah, Hafiz Hafizah belaka. Aku ni, tajwid Al Fatihah pun tunggang langgang.

Berbalik pada cerita tadi, spirit aku membuak buak untuk study. Dan aku pun studylah. Aku rajin juga ke masjid untuk isi rohani. Bila makin lama aku belajar di sini, yaaaa semuanya makin susah. Belajar dalam Bahasa Arab wei ! Aku setakat ana ente aku tau lah. Belum bab matan lagi. Sumpah sebelum masuk sini, aku tak tahu matan tu apa. And ya aku pun dengan blurr tanya pensyarah matan tu apa saya tak pernah dengar. Jawapan dari dia, ” Al Quran awak tahu? ” Sinis beb! Sampai sekarang aku tak faham kenapa dia jawab macamtu.

Aku masih belum mengalah. Aku buat nota untuk semua subjek walaupun hakikatnya aku bukan faham sangat benda benda tu. Aku notakan mana yang pensyarah beri tekanan.

Luaran memang aku betul betul struggle. Study malam, lepak library. Buat latihan, hafal dan teruskan menghafal. Tapi, tiap malam aku menangis. Aku selalu tanya Allah, “Allah, kenapa semua ni susah sangat untuk aku? Kenapa ilmu taknak masuk betul betul dalam otak ni? Kenapa aku cepat sangat lupa? Kenapa orang lain baca sekali dah boleh ingat?” .
Depression. Banyak kali aku rasa usaha aku sia sia. Banyak kali aku rasa Allah tak tolong aku. Dan betullah, ilmu agama ni bila dah that bangka baru nak belajar, sakitnya tuh di sini. Aku jadi down lagi.

Dan tiap kali itu terjadi, aku akan tanya Ibu. “Ibu, Ibu tak menyesal ada anak macam adik?”. Ibu pula akan jawab dengan penuh kasih yang Ibu bangga ada anak macam aku. Tiap kali aku down, Ibu lah yang bantu secure aku. Dan bila dah cure, aku cakap dekat Allah, “Allah I’m sorry. Allah, tolong aku. At least bagi Ibu Ayah bangga dengan aku”. Yaa perkara ini akan berulang ulang. Hihi.

Ada satu subj yang gila bagi aku down. Subj Al Quran. Susah bagi aku dan mudah bagi classmate aku. Memang tiap hari aku akan baca Al Quran, tapi subj ni minta untuk hafal surah surah dalam Al Quran. Surah Luqman, Ar Rahman, Al Insan, Yaasin dan banyak lagi. Aku ni bebal jugak orangnya. Susah nak terima ilmu. Tambah tambah ayat ayat suci Al Quran, yang Allah pilih untuk menghafal makanan beruntunglah. Macam aku, juz amma pun dah berpeluh peluh. Sebab subj ni lah, aku menangis tak henti. Aku duduk masjid sepanjang hari untuk hafal, tapi bila depan pensyarah, aku terus mengeletar dan tak mampu nak baca. Pensyarah kata, aku banyak buat maksiat sampai ilmu tak lekat. Sentap. Sambung nangis. Call Ibu dan cakap nak berhenti belajar. Ibu kata, sabar. Dan aku balik kampung tenangkan fikiran sambil cari kekuatan. Ayah minta aku teruskan. Jadi aku teruskan.

Walau aku ni spesies ‘lambat pick up’, aku jalan juga dengan kudrat yang ada. Dan Alhamdulillah aku lulus untuk subj Al Quran sem tersebut! Kalau orang lain bahagia dengan A, aku punya syukur bila ‘lulus’ tu sampai menangis nangis tengok result sambil jerit, “Ibu, ayah, adik lulus”.

Alhamdulillah.
Sekarang aku masih survive di sini.
Penuh tragis dan air mata.
Tak sanggup hampakan Ibu Ayah.
Walau aku tak mampu ‘speed’ seperti kalian, tapi aku dengan caraku.
Doakan aku berjaya.

-Si Daun Pandan

– Si Daun Pandan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit