Aku Yang Tidak Serik Dipergunakan

Assalamualaikum semua. Nama aku Usagi. Aku nak kongsi kisah aku yang tak serik2 dipergunakan. Aku tak mengaku la aku ni baik, tapi… bila aku selalu dipergunakan, orang yang rapat dengan aku selalu sebut ‘ko ni baik sangat.. sebab tu ko kene begini, begitu.’ Aku pun tak tahu celah mana baiknye aku ni. Mungkin sekadar tak sampai hati n suka menolong kot. Aku mengaku, aku banyak buat silap, kadang sengaja kadang tak sengaja dan kadang2, aku tak rasa salah pada aku, tp salah pula pada orang lain. Dah aku rasa bersalah bila aku sedar, tapi.. yg aku tak sedar…sedar2 jer dh kene ‘tinggal’ dgn kawan2. Tapi.. dari situ.. aku belajar berubah.. dan aku tak salahkan org lain. Melainkan.. kalau aku tak buat salah pape.. tapi, aku jadi mangsa buli secara mental dan psikology oleh orang yang takde kena mengena dgn aku. Itu mmg aku takkan salahkan diri aku, cuma perlu jarakkan diri jer untuk mengelakkan down self-esteem.

Kisahnya bermula begini, masa aku remaja, hidup aku simple sangat, semua diatur oleh abah aku. Jadinya aku ni mungkin dah dididik menjadi pengikut, bukan pembangkang. Abah aku suruh sekolah kat sini, aku ikut. Abah aku suruh masuk asrama, aku ikut. Abah aku tak kasi aku masuk sekolah teknik, aku tak jadi mohon. Abah aku tak galakkan aku masuk sekolah Agama, pun aku follow jer tanpa protes. Mak aku pun jenis ikut jer kehendak Abah dalam segala benda. Fahamlah kan mak zaman dulu2, duk kampung pulak. Umur belasan tahun dah kawin, semua ikut aturan suami.

So, berbalik pada aku. Selepas aku tamat persekolahan, barula Abah lepaskan aku tuk buat keputusan sikit2. So, bukanla aku ni tak reti buat keputusan langsung. Aku masuk asrama di pekan, jauh sikit dari rumah, aku berpeluang keluar sikit dari kepompong Abah. Aku berdikari dan mencari personaliti diri aku sendiri. Aku ramai jer kawan, aku kawan dengan semua orang. Tapi aku ada dua org sahabat bff pada waktu itu, sorang melayu n sorang India. Tapi habis sekolah, masing2 dengan haluan masing2lah. Walaupun masih boleh dihubungi sehingga kini, tp dah tak rapat mcm dulu. Masuk Pra-U pun macamtu. Aku bertiga juga dengan kawan yang baru. Sekarang pun dah tak rapat macam dulu. So, time di Universiti aku berjumpa lagi dgn orang2 baru, aku antara org pertama ade moto berbanding kawan perempuan lain. So, kalau nak pegi print assignment tu tak de dh nak kelam kabut tunggu bas. Kawan2 pun berharap pada aku la tuk print drawing ke assignment ke. Pada masa tu aku tak rasa pun diri aku diperguna. Ntah. Aku okey jer.. meredah malam ke siang ke, sbb aku mmg suka berkawan kot. Kawan2 aku tu pulak sampai sekarang okey lagi saling rindu2an walaupun sorg kat UK, sorang kat utara, selebihnya di selatan tanah air.

Adakah aku dipergunakan semasa keberadaan aku? Bila sudah tiada faedah, kawan2 aku dh tak perlukan aku? Jawapannya TIDAK. Itu sebahagian dari perjalanan kehidupan. Kawan2 akan datang dan pergi, masing2 ada komitmen dan kehidupan masing2. Sebab circle life kawan2 aku kebanyakkannya ialah family women mcm aku jugak. Mana yang workaholic mcmne pun, mesti dlm otak mereka family first.

Habis belajar pulak, aku antara yang terawal dpt kerja. Habis presentation thesis harini, esoknye aku dah start kerja. Aku anggap tu semua rezeki Allah bagi dan berkat doa Mak aku. Sebab aku takde berusaha sangat pun. Kalau nak cakap Allah bagi ujian untuk aku pun, aku terima jer.. haha. Pasalnye, lepas jer aku start kerja, mulalah ujian tuk aku. Kali ni berat sikit, kerja aku ni bukan setakat buat drawing mcm title yg aku pakai time kerja tu. Kerja aku, kene jaga maintenance, kene buat pass card pekerja Bangladesh n Indonesia, kene beli barang office, hidupkan lesen perniagaan kompani pun aku, tempah parking tiket tiap2 bulan pun aku, beli kertas tuk mesin phostostat pun aku. Hahahahaha. Dari aku anak dara, sampai aku kawin, sampai aku mengandung pun aku buat semua benda tu. Sapa yang suruh aku buat semua tu? Aku takdela nak cakap aku ni baik sangat dan rajin sangat… sbb ade senior aku ni giler busy dia pun buat semua benda. So, aku ni atas dasar kesian… nak melancarkan semua kerja dan tender or projek kami, aku kenelah buat semua ni. Kerja kompani kecik. Faham2 jelah.

Bila aku cerita ngn pakwe aku now merangkap suami aku. Dia tak puas hatila. Kata aku ni lurus sangat. Buat kerja yg bukan skop kerja aku. Aku diam jer. Terfikir lagi, adakah aku sedang dipergunakan? Pada aku, 50% YES, 50% NO. YES sebab ex-boss aku ni cina yang agak melanggar labour law sikit. Agak berkira dengan benda yg dia rasa tak mendatangkan keuntungan untuk dia. Tapi kalau ade nk pakai khidmat kita, bukan main senyum buat muka semanis kurma. Hahaha. Yang NO tu… aku anggap tu sebahagian dari tugasan aku tuk menjayakan projek. Sebab amanah tu kite cuba laksanakan sebaik mungkin sebagai orang Islam, dan YES lagi.. orang cina memang suka orang Islam ni sebab die boleh psyco kita tentang dosa pahala. Hehehe.

Setelah sekian lama aku kerja, suami aku ditugaskan ke luar negeri dan kami PJJ selama 5 bulan sejak aku berpantang anak pertama. Aku dengan anak di sini, dia di sana. Setelah lama berfikir, aku redha tuk lepaskan jawatan aku di sini dan ikut permintaan suami aku untuk menjadi suri hati mr manager. Lama jugak aku jadi suri sepenuh masa sambil2 jaga anak, sambil2 buat bisnes side income or ape2 yang sewaktu dengannya.

Jujur aku cakap, aku pernah terjebak jual produk sampah. Serius aku taubat nasuha. Kalau nak cerita mmg panjang, tapi..mmg kene pergunalah duk dlm circle bisnes hampir sama macam MLM. Diaorang banyak mempergunakan “Suri Rumah” sebagai prospek tuk menjana pendapatan. Aku taknak bersubahat lagi dah, tak berkat hidup aku. Kene tekan dengan Mak2 leader tiap2 bulan kene meroket, send target. Walaupun mmg habis jualan. Tapi, aku tak sanggup cemarkan kawan2 aku dah bila aku dpt tahu produk tu berkemungkinan besar produk timbang kilo. Bila aku kenang2kan kembali, patutlah founder ni suruh fokus marketing jer, jangan tanya2 tentang isu fake lah, isu KKM lah.

Pastu kene maki la kalau ade agent2 baru yg tanya2 lagi. Teruk mak2 leader kene maki sebab kononnye tak reti nak handle anak2 agent. Fuh!! Aku pelan2 blah dari kencah bisnes sampah gini after aku baca satu page ni. Yang ni betul2 aku dipergunakan tuk mengkayakan founder tu n mak2 leader tu jer. Betul lah macam Analisis by Finaz bincangkan haritu. Tapi…aku tengokkan, life leader2 tu kebanyakkannye tunggang langgang jer sampai bercerai berai semata2 nk kejar kereta mewah, nak dpt tittle dato’ n hidup kaya lah kononnye, ntah dh kaya ntah tidak. Serius aku rasa ngeri kalau kaya dengan cara begitu.

Saban tahun anak aku pun bertambah dan bertambah… haha.. berderet dah now. Dalam bab ni aku rasa aku tak kisah untuk ‘dipergunakan’ oleh suami aku. Ladang pahala aku tu. Haha. Namun, ada satu lagi ujian dari keluarga mentua yang menyedarkan aku bahawasanya aku sememangnya lurus seperti yang suami aku cakapkan, dan terlalu baik sampai orang mempergunakan kebaikan n keprihatinan aku. Hubungan aku dgn ipar aku baik biasa2 mcm keluarga sendiri, tiada hal nak digaduhkan. Tetapi, datang seorang ahli baru yang dtg dari bandar, berkelulusan dan berkerjaya, aku direndah2kan jer rupanya tanpa pengetahuan aku. Aku sendiri selama ni sangka baik dan layan baik jer, yelah bakal ahli keluarga kan..nak baik2 lah kan. Since aku pun memang suka berkawan. Tapi, setelah dia dpt tahu yang aku ni bukan suri rumah biasa2, dan bukan suka2 berenti kerja nk goyang kaki, malah seluruh ahli keluarga aku rapat dan dilayan baik oleh keluarga mentua, nampak seperti aku dpt back up dr mentua… mukanya berubah. Aku pun tak pasti apa yg dia fikirkan.

Masa sebelum majlis kawin boleh dikatakan hari2 wassup aku mintak tolong itu ini. Bila dah mula majlis, belang mula muncul dah.. majlis tak habis lagi pun dah start buat muka dan buat perangai bukan dengan aku sorang rupanya. Tapi ada ahli keluarga boleh rasa, cuma aku jer yang tak tahu. Bila aku terasa sesuatu tak senang tentang dia, aku buat status fb berkenaan life personal dlm setting friends only. Kat setting tu aku godek2lah. Dia cuma boleh tengok status public aku jer. Dia tuduh aku block dia. Gelak besar aku. So, mmg terbuktilah yg dia siasat aku n stalk aku. Kalau tak, macamne die boleh perasan post aku tu die tak boleh baca dlm masa yang tak lama dari aku change setting? Penting rupanya untuk dia tahu tentang life aku. Siasat aku melalui mak mentua aku dan ntah siapa lagi ntah. Biarlah, aku tak risau pun, sebab aku takde buat benda salah pun dlm keluarga mentua. Kalau ada pun, bukan aku yg salah, tp dia yg cari salah.

Mak mentua aku pun awalnya sangka baik jelah.. bgtau lah cerita yang betul. Tapi lama kelamaan, mak mentua aku pun rasa lain macam. Terasa sgt yg dia nak bersaing. Setiap inci aku dia taknk kalah. Aku ada degree, die nak sambung master, aku check in hotel, dia pun nak show die g check in hotel lebih mahal, aku menyewa rumah teres, dia taknak terus2an menyewa. Takpelah… aku mengalah, bagi jer dia rasa menang dan bg dia peluang merebut hati keluarga mentua aku. Since dia pun rasa aku terlampau diterima baik dlm keluarga mentua yg kecil mahupun yang besar. “Sikit2 kak usagi, sikit2 kak usagi” bila disuruh rujuk pada aku tentang ilmu rumah tangga oleh ipar aku.

So, ada baiknya status aku tak lalu lalang kat wall feeds dia, aku pun blah dari group wassup family, dan kalau berjumpa kat kampung pun aku habiskan masa dengan orang lain sahaja. Sbb bila balik jer, dia akan up status yg berbaur sindiran atau rungutan. Bukan sekali dua dia menafikan bila ditanya. Katanya jangan terasa kalau tak buat salah. Family dh masak dah dgn perangai dia. Buat baik, dia tuduh fake, bila buat sombong pun die dapat cari point to argue. So, buat donno jelah kan. Sebab kesiankan adik ipar.

Pada awalnya, aku tak percaya orang yang aku buat baik tu ada perasaan begitu pada aku. Tapi, kali ni mmg aku rasa betul aku dipergunakan supaya dia dapat signal diterima dlm keluarga, lepas dia dh dpt kawin dia dah boleh buang jer pesaing2 die mcm tisu hingus. Cuma aku tak serik, aku masih boleh buat mcm takde pape berlaku, tapi dia yang acah2 jadi mangsa dengan post2 media sosialnya yang penuh ‘keakuan’. Dia nak ape lagi sebenarnya?..aku ni suri rumah jer, die ada kerjaya, ada duit sendiri…aku pun dh banyak senyap. Aku ingat dia dh berjaya lah tambat hari keluarga mentua aku. Tp..entahlah kenapa pahat masih berbunyi. Aku dengarkan aje..kalau aku balas, aku pun tak jauh lebih macam dia jugak. So, aku buat tak faham jer. Sudahnye now, dia berusaha bagai nak rak menambat hati keluarga mentua besar pulak.

Aku? Aku tak payah buat apa2, keluarga mentua tak berubah pun, malah makin rapat dengan aku n macam nak jaga aku sangat2. Dia yang mengelak2 dr aku, dh termalu dengan perbuatan sendiri dan tak habis2 explain tentang usaha yang dia buat n penat lelahnya kat orang. Kat media sosial ntahlah. Tapi adik ipar aku tahu cuma dia malas nk cerita pada aku kot. Orang luar n kawan2 dia tak tahu apa yang berlaku dlm family mungkin lah akan menyebelahi dia. Hakikatnya kami jer yang tahu dan simpan aib dia, tak pernah post pun kat fb. Kalau ade membawang pun, antara ahli keluarga jer, itu pun sebenarnya bukanlah membawang sangat, korang dalam family takkan la takde sesi meluahkan perasaan atau cerita2 throwback dengan salah seorang ahli keluarga kan? Haaa…begitulah perumpamaannye.

Ipar2 aku dan mak mentua aku sendiri dh pesan n warning supaya jgn besar kepala. Even, suami die sendiri pun tak suka dia up status berbaur sindiran apatah lagi luahan perasaan kat media sosial. Kalau sampai mentua dah bercakap, mestila ada benda yang dia rasa salah. Sebab dia kuat up status perli, dan meluah kat media sosial. Pastu suh ahli keluarga jgn masuk campur urusan rumah tangga dia. Diorg punyala nak jaga aib keluarga, dia sendiri pilih untuk membuka aib sendiri kat media sosial sebagai mangsa dan membuka ruang orang berpersepsi yang keluarga mentua ada masalah. Tapi, tahap keyakinan dia kat media sosial nampak sangat tinggi, dia tahu orang tak suka dia, tapi dia nak jadi diri sendiri taknak hipokrit atau mungkin taknak berubah.

Pastu buat penakulan yang dia bukan menantu pilihan dan mak mentua pilih kasih. Delusion dia salah sama sekali, mak mentua aku tak pernah pilih siapa menantu dia, semua pilihan anak dia sendiri, walaupun dah pernah ada calon yang disenanginya, tapi dia tak mengatur2. Mentua aku orang susah yang berdikari dan sangat mesra. Mata orang tua itu menilai bukan melalui wang ringgit, walaupun aku anak orang senang, tetapi dia lebih memandang kepada budi bahasa dan bagaimana kita berhadapan dengan tekanan. Aku kan jenis pengikut, bukan pembangkang. Suami aku senang dengan aku, maka mak mentua aku pun senang lah dengan aku. Simple calculation. Tetapi dia? Sudah semestinya sebaliknya. Adakah salah mak mentua aku?

Setelah banyak benda yg berlaku sebelum ni, aku takkan menyesal dan takkan pernah serik untuk terus jadi baik dan dipergunakan untuk belajar menerima hikmah walaupun ada yang menggugat “macamlah dia tu baik sangat, macamlah dia sorang yang solehah dijanjikan syurga”. Tak mengapalah…kataku memujuk hati. Allah Maha Adil dan Maha mengetahui. Mungkin Allah juga sedang menguji aku, adakah aku betul2 ikhlas menjadi baik dan menolong orang atau hanya untuk menunjuk bagus? Jika orang beri aku tuba, adakah aku perlu membalasnya dengan tuba jugak? Aku tak mampu balas dengan susu, makanya aku diam2 sendiri. Tak semua benda yang kita rasa baik pada kita dan orang lain, akan menjadi baik untuk orang lain juga. Oleh itu, aku suka untuk ingatkan diri aku, tak rugi menjadi baik, tapi cukup sekali menjadi baik kepada yang tidak berhak. Seterusnya biar mereka pilih jalan mereka. Jangan disebabkan tekanan dari orang, kita berhenti buat baik. Jangan buat kerja Tuhan.

Sekian nukilan dariku, semoga mana yang baik jadikan tauladan, mana yang buruk jadikan sempadan.

– Usagi

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *