Aku Yang T0ksik

Assalammualaikum warga IIUM Confession, aku nak luahkan tentang diri aku yang makin toksik untuk kekasih aku. Aku bekerja sebagai admin di sebuah syarikat service di Selangor.

Aku mempunyai kekasih bernama Izam dan kami telah pun berkenalan hampir 7 tahun. Aku bertemu dengan Izam sewaktu masih belajar di Universiti.

Setelah tamat belajar, Izam meluahkan perasaan dia kepada aku dan kami menjalinkan hubungan sebagai kekasih.

Kami merahsiakan hubungan kami dari keluarga dan rakan-rakan kerana takut tak kekal.

Tetapi kini telah 4 tahun kami bersama. Keluarga dan rakan-rakan masih belum mengetahui dan menanggap kami masih single dan tiada pasangan istimewa.

Sering kali ibu dan ayah aku memaksa untuk berkenalan dengan anak-anak rakan namun aku menolak dengan alasan tidak bersedia.

Izam pula mengajak aku untuk bertemu dengan keluarganya namun aku memberi alasan yang sama.

Aku merasakan hubungan aku dan Izam toksik dan masalahnya berpunca dari aku dan bukan Izam. Dia lelaki yang baik dan tak pernah ambil kesempatan ke atas aku. Sebaliknya aku yang sering mempergunakan Izam.

Aku tidak mempunyai kereta untuk ke sesuatu tempat, aku akan meminta Izam untuk menghantar dan Izam melakukan tanpa menolak malah dia amat suka membantuku.

Izam tidak pernah memarahi ku dan sentiasa tersenyum bila bertemu.

Walaupun dia tertekan di tempat kerja, dia tak pernah menggunakan aku sebagai tempat melepaskan tekanan. Sebaliknya jika aku tertekan, dia akan menjadi mangsa kemarahan ku.

Izam juga tak pernah kedekut dengan aku dan keluarga dia. Tetapi aku tak berapa suka sebab aku merasakan dia memboros.

Aku tak suka jika dia membeli barang yang mahal untuk keluarganya kerana aku tak pernah meminta dibelikan barang mahal.

Bagi ku, keluarga Izam hanya mengambil kesempatan hanya disebabkan gaji Izam paling tinggi dalam keluarga.

Izam selalu bercakap mengenai masa depan aku dengan dia. Izam memberi hint supaya aku menerima untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Jawapan aku tetap tak bersedia lagi dan masih belum puas hidup bujang. Sejujurnya aku lebih selesa dengan kehidupan aku sekarang. Aku tak terikat dengan tanggungjawab dan aku juga tak sukakan budak.

Pernah aku beritahu Izam yang aku tak nak anak jika sudah berkahwin, Izam terima keputusan aku. Bagi dia asalkan aku bahagia, tiada masalah untuk dia. Namun agak sukar untuk aku percaya kerana Izam sangat sukakan budak.

Aku pula cepat baran jika dengar bunyi bising terutama jeritan budak. Mungkin disebabkan itu anak-anak buah aku takut dengan ku.

Budak-budak juga tidak suka berdekatan dengan aku.

Selain itu, aku juga tak pandai nak memujuk atau memberi reaction jika Izam bersedih atau dalam masalah. Ramai orang cakap aku tak mempunyai perasaan dan tak ambil kisah berkaitan orang lain.

Jujur aku cakap, sejak kecil lagi aku sering mengelak terlibat dalam masalah orang lain.

Walaupun rakan aku sering menceritakan berkaitan masalahnya, aku akan mendengar tanpa memberi nasihat dan setelah itu aku melupakan masalah itu.

Aku bukanlah seorang yang introvert kerana aku masih lagi boleh melepak dengan kawan-kawan ataupun keluar bercuti bersama.

Tetapi ada kalanya aku lebih suka bersendirian. Jika hari itu, aku hanya ingin sendiri, aku tak akan bertemu sesiapa walaupun Izam.

Yang membuatkan aku lebih toksik adalah aku selalu melebihkan kerja dari Izam.

Jika aku sibuk mengejar dateline, aku tak akan mengangkat call atau membalas chat Izam di Whatsapp. Malah aku akan ghosting Izam selama mana yang aku nak.

Dan setelah itu aku akan membalas chat Izam seolah tiada apa yang berlaku. Aku pernah tak menghilangkan diri selama dua bulan hanya kerana aku bosan bertemu dengan Izam. Aku cepat bosan dengan orang.

Malah ketika belajar pun aku akan bersendirian apabila bosan dengan rakan-rakan aku. Sama juga dengan keluarga aku. Kerana itulah aku bekerja di tempat jauh dan sewa rumah seorang.

Aku tak suka ada orang yang terlalu ramai di kalangan aku. Di tempat kerja aku sekarang pun hanya ada tiga orang sahaja di bahagian ku dan aku cukup bersyukur dengan itu dan tak memikirkan lagi untuk mencari kerja baru.

Aku fikir jika aku berkahwin dengan Izam, aku perlu melihat dia setiap hari dan sudah pasti aku akan mudah bosan.

Hidup aku jika dari sudut pandangan orang mungkin membosankan. Setiap hari aku melakukan perkara yang sama iaitu pergi bekerja dan balik dari kerja.

Hujung minggu pula, sepanjang hari aku hanya menonton Netflix dan tidur sahaja. Tetapi aku dah selesa dengan kehidupan aku dan aku tak bersedia untuk menerima perubahan.

– WANDA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Tajuk yang tepat.
    Jadi, bolah la baiki diri sebelum “rosak” teruk.
    Ya, kita akan “rosak”.
    Nobody not gonna survive alone in this world.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *