Terima kasih sekiranya admin sudi menyiarkan confession aku. Sudah lama aku terfikir untuk mendapatkan sedikit output tentang situasi aku.
Sebagai pengenalan aku seorang ibu berusia 40 tahun. Mempunyai sepasang anak yang comel dan bertemu jodoh pada usia 36 tahun.
Oleh kerana jarak kehamilan yang rapat diantara anak pertama dan kedua (kedua anak aku melalui c-sec), aku mengambil keputusan untuk mengambil suntikan Depo Provera.
Sebelum ni aku ada cuba makan pil perancang, namun susah sebab tak mampu ikut jadual dan juga menyebabkan haid tak berhenti. Cuba merancang sendiri tetapi akhirnya dapat anak ke 2.
Suami aku memang sama-sama membantu aku dalam hal penjagaan anak. Bukannya macam sesetengah lelaki yang kita pernah baca. Hal anak semua lepas atas bahu isteri.
Kiranya memang aku tak ragu-ragu untuk menambah anak. Tetapi aku tetap memikirkan tentang ekonomi keluarga dan kesihatan diri aku juga.
Memang aku ada membaca pasal kesan sampingan suntikan DP macam haid tidak teratur, sakit kepala, naik berat badan dan sebagainya.
Pada mulanya haid aku masih teratur, lepas tu mula miss. Kemudian bila datang ada la setitik dua. Tu pun 2 hari. Pakai panty liner pun dah cukup. Sekarang haid aku dah berbulan tak datang.
Senang nak berpuasa. Tapi bila berpuasa sebulan kadang hormon jadi haywire. Tiba-tiba hujung ramadhan datang haid (yang cuma setitik dua).
Selain itu yang aku perasan suntikan DP ni menyebabkan vaginal dryness. Ini yang menganggu hidup aku.
Aku cuba cari info dalam forum ke page Bahasa Melayu namun tak jumpa. Bila aku cari dalam reddit baru aku tahu rupanya situasi ni memang wujud.
Ye la aku ada cerita kat suami dia mana la faham. Asyik cakap ” it’s only on your mind”. Sebab masa aku tengah pregnant pun ada juga jadi macam ni.
Perut pedih sebab gastrik 24/7 lepas tu bila suami ajak bersama memang jadi sakit sangat sampai terpaksa minta suami berhenti Bila aku search reddit memang ada situasi macam ni.
Sekarang sebab aku tengah on DP, memang jadi masalah antara aku dengan suami. Pernah try lube, tapi mungkin dalam sana dah melecet, bila kena lube aku rasa macam burning down there.
Aku terpaksa tahan sakit bila bersama suami. Kadang terlalu kering sampai aku terpaksa minta suami berhenti. Suami pun jadi naik angin. Banyak kali aku terfikir kesian la mangsa rogol, mesti sakit berganda.
Aku kesian kat laki aku sekarang nak dapat sebulan sekali pun susah. Aku bukan tak berminat dan tak bernafsu. Tapi badan aku tak bekerjasama.
Macam suami aku kata beri harapan palsu kepada dia. Macam biasa aku tak berhenti cari solusi.
Baru ni aku ada jumpa dalam reddit yang supplement probiotics for women membantu isu ni.
Mesti la aku gigih cari dalam shopee. Tak berani nak makan jamu, ke insert jamu yang founder Malaysia jadi kaya raya. Aku tak tahu kesan probiotic ni sebab baru nak cuba.
Tujuan aku confess ni supaya mungkin ada wanita-wanita Malaysia di luar sana yang loss in the dark macam aku boleh dapat sedikit pencerahan.
Aku sebenarnya tak sabar nak berhenti DP dan dapatkan anak ke-3 dan terakhir.
Tapi sebab aku ni pekerja swasta, maka aku teringin nak rasa Maternity Leave 90 hari.
Ye mungkin ada pekerja swasta yang Alhamdulillah rezekinya dapat merasa ML 90hari. Tapi company aku belum lagi. Yang announcement baru-baru ni belum lagi digazetkan ye.
Minta maaf sekiranya ada yang baca rasa tak senang dengan gaya bahasa dan isu yang aku ceritakan ni.
– Delaila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit