Akukah Yang Baran?

Assalamualaikum… Aku menulis di saat hati berkecamuk. Cuma ingin meluahkan kerana aku hanya keseorangan di sini. Keluarga dan sahabat jauh dek PKP.

Siapalah yang tak mengimpikan rumahtangga yang bahagia, tak pernah berselisihan faham dan sentiasa ceria.

Aku Puan XXX, seorang ibu dan juga ibu tiri. Bekerja dan baru 2 tahun saja mendirikan rumah tangga dengan seorang duda beranak 3.

Mempunyai seorang anak bersama suami yang berusia dalam lingkungan usia 9 bulan.

Ceritanya bermula dari awal perkahwinan. Aku berhadapan dengan masalah anak-anak tiri. Ketiga-tiga mereka sangat baik dan rapat dengan aku tapi hari makin hari pelbagai masalah datang.

Anak tiri aku yang pertama, lelaki, kurang rapat dengan aku. Mungkin kerana dia lelaki. Yang kedua dan ketiga sangat rapat sehingga lah berlaku beberapa perkara yang meragut semuanya.

Apabila anak kedua mula buat perangai dan lari dari rumah untuk menetap bersama ibu kandung.

Dalam keadaan dia kurus kering dan anemia. Pelbagai tomahan dilemparkan pada aku seperti aku tak bagi makan, masak masakan yang kotor, aku tak jaga kebajikannya.

Rupanya tujuan dia lari ke sana kerana telah dibuntingkan. Semua tohmahan yang dilemparkan hanya untuk mengaburi mata orang lain supaya nampak aku yang jahat.

Anak yang ketiga. Sangat rapat dengan aku tapi aku masih tak dapat jalankan tanggungjawab aku.

Semakin hari makin terikut budaya yang dibawa kakaknya. Sering merayap dan tak lekang dari handphone (teman lelaki)

Aku mula bingung apa yang aku perlu buat lagi. Banyak kali aku nasihatkan supaya tak mengulangi apa yang pernah jadi. Sampai satu tahap aku terlepas kata jangan buat perangai bohsia.

Bermula dari situ si adik kurang bertegur dengan aku. Kami jadi renggang. Dia pernah menjawab aku, yang aku pun pernah buat dosa jadi aku tak perlu tegur dia.

Salahkah aku sebagai mak tiri yang menjaga dia untuk menegur cara kasar? Atau aku biarkan saja dia terus hanyut lagi.

Cerita mengenai anak aku sendiri, yang sudah masuk 9 bulan.

Boleh dikatakan anak aku baby high demand. Susah tidur dan sering meragam masa baru-baru lahir. Cuma sekarang makin beransur elok dan behave sedikit.

Aku tak tahu mana silapnya. Mungkin aku yang tak pandai jadi ibu, atau memang semua orang melaluinya.

Aku sering panas baran di rumah. Mungkin kerana penat dek kerja, balik rumah mengurus pula anak yang tinggi demandnya.

Cuma panas baran aku ini memang sangat tak disenangi suami. Aku sering bergaduh dengan suami bila aku cuba meluahkan kepenatan dan keresahan aku.

Kadang-kadang, perkara yang aku tak sengaja buat pun boleh dijadikan point. Pernah juga suami cakap aku tak sesuai jadi ibu dan meluat dah dengan perangai aku yang baran.

Sampai satu tahap aku rasa depress dan cuba buat benda yang bukan-bukan pada diri sendiri. Betul ke aku memang baran?

Atau sebab aku penat mengurus anak aku, anak tiri dan mengurus keluarga disamping bekerja.

Sejak aku masuk dalam rumah ni, aku asik persoalkan. Adakah aku yang bersalah dalam setiap apa yang terjadi?

Keluarga aku sangat-sangat jauh. Kami di utara dan keluarga di selatan.

Aku cuma ada suami dan anak-anak di sini untuk aku berlindung dan berkasih sayang. Tapi apa yang aku nampak, cuma kesedihan setiap hari.

Semoga Allah hadiahkan kita semua hari-hari yang bahagia. Salam ramadhan.

– Puan XXX (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *