Assalamualaikum dan hai. Saya Nurin, umur pertengahan 20an dan sudah berkahwin tapi belum ada anak. Tinggal di bandar besar dengan kos sara hidup yang tinggi.
Perkenalkan saya seorang yang tak pandai masak. Masak apa pun selalu tak jadi. Tapi kadang kala ingin mencuba.
Rumah pun tak pandai kemas sangat. Bolehlah orang gelarkan saya pemalas. Kadang kala suami saya yang tolong buat kerja rumah.
Suami yang bekerja di kedai makan dengan gaji minimum kerajaan. Tapi kadangkala dia ada buat kerja sampingan ketika dia cuti.
Dari sebelum kawin lagi dia dah fikir gaji dia mesti tak cukup untuk tampung 2 orang. Apalagi kalau ada anak nanti. Jadi dia kata nak berhenti kerja dan cari kerja lain lepas kawin. Ok saya setuju. Bila dah kawin lain pulak cerita dia.
Saya pernah berkongsi cerita dengan kawan saya macam manalah lelaki boleh kerja dengan gaji minimum kerajaan bila dah berkahwin.
Selalunya orang dah berkahwin akan cari cara untuk cari kerja lain. Cerita itu saya ceritakan semula dengan suami saya. Dia tiba-tiba marah.
Dia kata dia boleh je sara saya dengan gaji macam tu. Dia mampu! Ok mampu yang dia maksudkan rumah sewa kongsi bayar 50% setiap orang. Makan kadang dia sediakan tapi mostly saya kena sediakan sendiri.
Maksud saya kalau saya nak makan saya kena beli barang basah sendiri tapi dia pun makan sekali. Lepastu marah bila saya tak makan.
Setiap kali gaji tengok la muka dia stress. Tak payah tunggu hujung bulan, awal bulan dia dah takde duit lepas bayar komitmen. Pakaian 2 kali setahun, memang bersyukur sangatlah kalau dia belikan. Tapi selalunya kalau saya nak beli, sila pakai duit sendiri.
Pasal duit nafkah pulak, kami ada pandangan yang berbeza. Dan saya tak pasti pandangan siapa yang betul. Mungkin memang saya yang salah.
Bagi saya suami kena sediakan duit nafkah untuk isteri tapi bagi dia nafkah itu hanya merangkumi pakaian, tempat tinggal dan makanan.
Kadangkala ada la dia bagi RM50 sebulan masa awal-awal kawin dulu. Tapi sekarang langsung tiada. Kami juga berbeza dari segi pendidikan. Saya ada Ijazah dari Universiti tempatan dan dia ada Sijil dari Kolej Komuniti.
Mungkin dari sini boleh menampakkan yang kami tidak sekufu. Awalnya saya ingat masalah peringkat pelajaran bukanlah perkara yang sangat teruk tapi lepas berkahwin baru saya sedar apa maksud tidak sekufu.
Saya bekerja di syarikat swasta juga dengan gaji minimum kerajaan tapi saya masih mencari pekerjaan dalam bidang yang lebih sesuai dengan saya.
Tapi dia marah bila saya cakap saya nak cari kerja lain. Bagi dia, kerja saya dah bagus sangat sebab kerja saya office hour. Sedangkan kerja dia ikut shift.
Dia pernah cakap kalau ikut nasihat Dr pakar kewangan yang dia follow di Facebook, lebih baik hutang yang boleh dinampak daripada hutang yang tak nampak. Dia cakap depan saya yang sekurang-kurangnya hutang dia nampak.
Dia hutang beli kereta untuk kesenangan kami tapi hutang saya tak nampak apa-apa. Belajar tinggi-tinggi tapi kerja biasa je. Tak nampak hasil apa-apa pun. Tapi bila saya nak cari kerja lain dia tak bagi.
Oh saya lupa. Dia orang yang sangat setia dengan kerja dia. Dia dibuli, dipergunakan bahkan dicaci maki oleh majikan dia tetap bertahan. Mulut dia kata nak berhenti tapi dia memang takkan berhenti. Dia stay di tempat yang sama entah sampai bila.
Ramai orang yang dah panggil dia bekerja tapi tulah dia punya setia sampai semua kawan kerja jenis toksik pun dia sanggup hadap.
Mulanya saya ok nak berkongsi bayar rumah 50% tapi tulah bila lama-lama saya rasa macam entahlah… Saya pun ada sakit sendiri yang perlukan kos rawatan.
Dan semua kos rawatan saya yang tanggung sendiri. Saya dah usulkan nak bagi dia bayar semua. Saya tak nak bayar apa-apa tapi dia cakap dengan saya nilailah sendiri dia mampu ke tak. Hari tu kata mampu.
Hari ni suruh nilai pulak. Kadangkala bila fikirkan balik, saya bersalah dari awal sebab sanggup nak kongsi bayar rumah. Tapi makin lama redha tu makin susah nak capai. Saya ke yang tak bersyukur?
– Nurin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit