Akukah Yang Tak Bersyukur?

Assalamualaikum. Pertama sekali saya minta maaf jika confession ini tidak sesuai. Hanya ingin meluah dan meminta pandangan mahupun semangat bagi situasi saya ini.

Saya dan suami dah berkahwin 10 tahun. Selepas tahun ke 8 baru dikurniakan seorang anak lelaki. Bijak, comel, banyak keletah walaupun masih belum bercakap.

Isunya ialah komunikasi.. tapi sebelum tu, saya ceritakan sedikit latar belakang..

Kami dah 4 tahun duduk bersama parents suami. Parents nya bukan jenis banyak cakap.

Awal perkahwinan dan semasa awal duduk di rumah ni, saya cuba mesrakan diri, jadi seperti diri sendiri (macam bila bersama keluarga sendiri) sebab kita kan sepatutnya melayan mertua sama macam mak bapak kita.

Tapi tetap tak boleh mesra. Saya selalu cuba nak berkongsi cerita hal kerja, keluarga, kawan-kawan atau lain-lain, tapi respon hambar.

Saya cuba salam setiap kali keluar kerja, tapi seperti tak dapat sambutan (keluarga suami tak amalkan).

Jadi lama-kelamaan, saya berhenti dan hilang identiti dan jadi tak gembira. Di rumah ni macam ada peraturan tak boleh kemas sebarang.

Lama-lama jadi fedup. Hanya rasa selesa mengemas bila mertua takde di rumah.

Masa berpantang terpaksa di sini. Dan itu kemuncak pada perasaan sedih (tak boleh cakap kemurungan sebab tiada diagnos) hingga meninggalkan rasa benci dan dendam yang berlarutan.

Saya ambik pakej berpantang untuk jaga ibu dan baby. Mertua tak perlu jaga pun. Tapi banyak cara yang mertua pertikai. Even keperluan untuk masak pantang pun, disuruh beli lain. Tak boleh pakai yang sama di dapur.

Ada juga beberapa insiden lain yang buat saya tertekan sampai ada waktu nak lepaskan rasa marah tu kat anak.

Nauzubillah..

Kemudian masa anak sakit, kita dituduh bagi makan bukan-bukan. (Saya ibu yang bekerja jadi sediakan beras dan lauk frozen untuk cepatkan proses masak bubur) Sedangkan kita dah cuba sehabis baik, cari ilmu sebab anak 1st.

Dikata kita sombong sebab tak pernah tanya dia. Sedangkan masa kita sediakan makan untuk anak, dia ada je di dapur, tanya apa yang dibuat. Tak de pula ditegur apa-apa.

Suami seorang ayah yang baik. Basuh berak anak, buatkan susu, mandikan, layankan makan.

Tapi.. hubungan dengan saya dah semakin hambar..

Saya perasan perangai dia suka jawab sesuatu untuk cari penyelesaian. Kalau saya mengadu apa-apa, jika dia tiada cadangan penyelesaian, dia akan diam sediam diamnya. Tiada respon.

Saya tak tahulah puan-puan di luar sana macam mana. Tapi saya, kadang-kadang meluah, kalau takde solution pun, tolong pujuk pun boleh kan? Susah ke nak pegang tangan kita dan ucap sabar?

Walau kita kecik hati dengan parents dia, kalau bukan salah dia pun, tak boleh ke dia minta maaf bagi pihak? Dengan suami memang sesuai guna terms ‘sorry seems to be the hardest words’.. susah nak dengar..

Dah pernah meluah, beritahu perasaan ni. Ada sekali tu dia kata akan cuba tambah baik. Tapi kemudiannya macam biasa. Respon hambar.

Diam. Pastu teruskan aktiviti macam takde apa-apa. Kita makan hati pujuk diri sendiri. Lama-lama rasa cinta tu makin pudar.

Salah ke kalau saya nak minta suami jaga hati saya? Pujuk saya? Saya nak berbual tentang hati dan perasaan masing-masing. Supaya kita tahu kekurangan dan sama berusaha untuk berubah..

Saya nak layanan macam masa sebelum ada anak dulu. (Bukan jelous dengan anak) tapi sekurangnya peluk dan cium pipi, mesra macam dulu. Semua tu dah takde..

Fyi, saya dah meluah pada suami. Dan dia cakap, dia dah jadi versi yang terbaik. Maksudnya pada dia dah tak perlu nak ubah.

Saya dah beberapa kali cakap nak pisah sebab susah nak rasa gembira dah. Saya risaukan kesihatan mental dan emosi saya. Saya risau membahayakan diri dan anak saya..

Buat masa ni, saya banyak mampu menangis dan istighfar.

Tapi saya kesian kan anak masih kecil. Kalau puan-puan di luar sana? Tetap sabar dan teruskan pujuk diri sendiri ke?

Kalau ada yang boleh bantu bagi cadangan/semangat, saya sangat hargai.. terima kasih..

– Dina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *