Assalamualaikum wbt. Aku berusia 30. Sudah berkahwin selama 4 tahun dikurniakan seorang anak yang berusia 11 bulan.
Sebelum ni aku ada karier, dalam bidang professional tapi tekanan kerja workload yang melampau dengan environment toxic dah mula affect kualiti hidup aku.
Aku jadi pendiam selalu menangis senang marah dan selalu berdebar2 nafas laju setiap kali sebelum start kerja. Balik kerja drive laju laju dengan harapan aku mati accident.
Family aku nampak semua tu dan support decision aku untuk resign. Suami aku support apa yang aku decide asalkan aku gembira balik.
Aku perlukan career break. Aku akan kerja balik bukan aku plan nak jadi full time housewife selamanya.
Family mentua aku pun bila aku bagitau nak resign diorang kata diorang tak kisah. Tapi lepas sebulan dua mula mendesak aku untuk kerja full time. Aku masih buat kerja part time.
Gaji suami aku 4k cukup2 nak survive kat lembah klang.
Aku faham so aku masih kongsi perbelanjaan komitmen dengan suami aku dengan gaji part time tu. Bil2, susu pampers, barang dapur masih aku belikan dengan gaji part time aku.
Tapi yang buat aku selalu terasa hati bila aku selalu jadi topik perbualan family in law aku.
Bila pakcik makcik suami aku datang melawat pun masih cakap pasal aku yang tak bekerja. Setiap kali family melawat itu je la modal perbualan.
Walaupun aku dengan suami ada kat situ pun diorang pun akan cakap depan2 aku.
Pernah aku ikut balik kampung suami waktu hari raya itu la modal perbualan diorang. Aku mintak diri masuk bilik sebab aku tak selesa tapi dari bilik aku dengar je apa diorang cakap.
Almost setiap hari family in law aku akan desak aku tanya pasal kerja. ‘Nak hidup pakai duit apa. Duduk KL harap gaji suami memang miskin la’.
Bila aku beli something guna duit aku mesti kena sound sebab aku tak kerja tapi spend duit. Tapi bukan aku yang nak sangat duduk sini.
Diorang yang insist kitorang pindah KL. Aku turutkan, tinggalkan life aku ikut suami mintak transfer ke sini.
Hari tu mak ayah aku datang dari jauh. Bermalam seminggu. Aku guna duit yang aku simpan beli banyak barang basah untuk jamu mak ayah seminggu. Sikit pun tak mintak duit suami aku.
Bila dah sampai sini mak ayah ajak melawat mertua aku. Kat rumah mertua aku ada atok nenek suami.
Atok nenek sound aku pasal tak bekerja depan mak ayah aku. Aku malu.
Aku ingat lagi atok nenek kata nasib baik suami aku tak resign ada la jugak duit untuk makan. Anak nak bagi makan apa. Elok la kerja ada apa2 nak beli boleh guna duit sendiri tak payah harap duit orang.
Mak ayah aku diam je. Balik dari rumah mertua ayah aku ajak beli barang dapur dia nak bayarkan. Aku malu.
Aku cerita kat suami aku tapi dia cuma cakap sorry kalau terasa tapi kita tak boleh expect orang lain untuk faham. Kita tahu keadaan kita so kita ignore je.
Tiap kali benda tu jadi tiap kali itu aku luah kat suami aku tapi lama lama dia pun dah mcm acuh tak acuh pujuk aku.
Doakan aku kuat. Aku tengah job hunting. Sebenarnye aku belum bersedia nak kerja balik tapi I feel like i have to. aku tak tahan pressure family in law aku.
Sekarang ni syaitan memang selalu hasut aku untuk tinggalkan keluarga aku, selalu terdetik kat hati. Tapi aku tak nak give up ngan rumah tangga aku. Aku sayang family in law aku jugak.
Mungkin apa yang jadi ni pun untuk kebaikan aku jugak walaupun hati aku sangat sakit sekarang.
– MA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit