Assalamualaikum dan hai semua. Setelah terbaca luahan seorang guru baru yang depresi tu, (https://iiumc.com/saya-seorang-guru-yang-mengalami-penyakit-mental/).
Aku tergerak hati nak luahkan apa yang aku pernah lalui juga. Situasi dia lebih kurang sama dengan apa yang aku lalui.
Aku juga seorang introvert. Namun, introvert ni bukanlah anti sosial, cuma kami hanya akan mula gila gila dengan orang yang kami selesa dan berkawan pun dalam kolompok yang kecil.
Bagi aku, dalam urusan kerja memang tak ada masalah cuma untuk rapat mungkin ambil masa.
Tahun lepas, aku diterima bekerja sebagai seorang kerani di satu syarikat di Selangor. Kerja ku agak senang untuk orang yang sudah berpengalaman sepertiku.
Aku ada team yang aku rasa memang okay dan sangat membantu dalam urusan kerja, cumanya aku tak berapa rapat dengan mereka dalam bab bercakap urusan peribadi dan hal politik office sebab aku tak berminat nak ambil tahu politik office disitu.
Bagi aku, cukup aku datang buat kerja, balik. Cukup bulan tunggu gaji. Ada la seorang yang aku selesa, tu pun dia duduk sebelah dengan tempat aku. Aku memang tak ada masalah dengan orang lain, jumpa orang aku senyum.
Kalau ada kerja yang perlu aku interaksi dengan orang pun aku ok. Aku memang suka kerja dekat sini sebab kerja aku tak stress dan lebih santai. Sabtu dan Ahad cuti.
Untuk orang bujang macam aku, bagi aku itu dah cukup walaupun aku perasan ada vibes negatif dalam kalangan pekerja kat situ tapi aku hiraukan sebab aku hanya fikir nak cari rezeki di situ.
Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Masuk minggu kedua aku bekerja disitu, ada senior lama mula bercakap belakang aku. Bawa cerita yang aku asyik buat kerja dan tak bercakap dengan orang.
Perhati segala gerak geri aku. Perhati cara aku bercakap dengan orang lain. Pantang ter’over’ sikit, dia cakap aku berlagak pandai sebab dah berpengalaman.
Dia tak cakap depan aku tapi aku dengar semuanya bila dia mengumpat dengan orang lain belakang aku. Kenapa buat macam ni dekat aku? Isunya sebab aku tak bercakap dengan dia.
Aku ada sebab sendiri kenapa aku jadi macam tu. Apa yang aku perasan sejak dari awal aku masuk syarikat ni, dia selalu masuk kerja lewat.
Lepas tu duduk je dekat meja, awal pagi dah mengumpat pasal orang, cerita masalah keluarga. Cerita pasal orang tu, pasal orang ni. Kadang bila dengar rasa semak sebab awal pagi dah dengar cerita camtu, tapi aku malas nak ambil port sangat sebab bukan cakap pasal aku tak apa la.
Tapi bila dia dah mula bercakap pasal aku, aku mula rasa tak syok kerja. Apa salah aku kat dia. Aku tak kacau dia pun. Kerja aku pun tak ada kena mengena dengan dia. Yang aku pelik, bila berselisih jalan atau terserempak, elok je sama sama senyum/bertegur.
Aku tak boleh terima bila dia duk pakat hasut orang lain untuk lihat sekali kesalahan aku. Yang mana pada mulanya orang lain tak nampak pun. Tapi sebabkan dia, orang lain jadi perasan dan nampak. Nampak sangat vibe negatif kat situ.
Kalau ikutkan, masalahnya dekat aku ialah aku rasa tak ngam je dengan dia. Sebab tu aku tak bercakap sangat dengan dia tapi kalau urusan kerja aku okay je. Agaknya dia triggered sebab dengan orang lain aku okay kot, padahal aku cakap pun kadang kadang je.
Perangai dia macam budak sekolah yang kalau orang tak nak kawan, lepas tu tantrum mengadu sana sini. Padahal dah tua la weh. Tapi end up aku yang tak ada kawan sebab aku cuba untuk fair dengan semua orang atas dasar supaya dia puas hati.
Akhirnya, 4 bulan je aku bertahan dekat situ. Hampir setiap hari aku tadah telinga dengan umpatan dia, yang aku tak tahu dia sengaja atau tak bagi aku dengar. Aku hantar notis 24 jam walaupun dalam kontrak perlu seminggu sebab aku belum confirm.
Aku nekad dengan keputusan aku walaupun aku tak ada backup kerja lain. Tapi dekat notis aku tulis dah dapat kerja lain. Aku tak nak cakap banyak sebab HR dekat situ pun aku tak percaya.
Sebenarnya, sebelum ni aku pernah hantar notis behenti dan bagitahu sebab sebenar dengan environment yang tak kena dengan aku. Aku pun bagitahu yang aku memang jenis diam. Tapi ketua aku pujuk dan suruh abaikan apa senior tu kata.
Lepas dari tu aku pun fikir positif dan tak nak kisah apa senior tu cakap. Tapi yela mulut orang kita tak boleh tutup, senior tu tetap tak puas hati dan teruskan bercakap walaupun bila depan depan elok je tapi kat belakang mengata macam macam dan kali ni lebih hebat!!
End up, dia cakap aku yang fake. What the heck!! Sebabkan mulut dia, boss hold confirmation aku. Alasannya, aku tak bercakap dengan orang. Boss nak tengok aku ada perubahan atau tak. Walhal, dalam bab kerja aku memang tak ada masalah.
Boleh dikatakan kerja aku memang tip top. Aku lah yang banyak settle kan kerja kerja department aku yang banyak tertangguh.
Aku nampaklah ketua aku yang push orang atasan untuk confirmkan aku sebab dia pun tahu banyak yang aku dah tolong dia. Tapi orang lain tak nampak tu semua. Yang buruk 1 tu je la yang dorang pandang.
Sekarang dah lebih sebulan aku duduk rumah sambil cari kerja. Kadang kadang bila duduk seorang diri, rasa menyesal pula behenti kerja tapi kalau bertahan, mental pula koyak.
Bila fikir tak dapat kerja lagi, aku terfikir adakah aku yang toxic sebab tak ngam dengan orang dan judge orang. Sampaikan aku rasa macam depresi sebab teringat balik apa yang aku lalui dekat situ. Terjaga tengah malam, fikir mana nak cari kerja.
Tak pe lah, aku terima semua ni dengan redha dan tawakal je dekat Allah. Semuga ada rezeki yang lebih baik untuk aku.
Pada semua pembaca, tolong doakan aku dapat kerja secepat mungkin ya. Doa yang baik baik semoga berbalik pada korang semula.
Yang kecil,
– Sunflower (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
dear confessor, please PM me.. currently, situasi i sama mcm you.. so we can talk more about this issues