Akulah 1bu, Akulah Ay4h

Assalamualaikum semua..

Ini sekadar luahan hati sebab sudah lama pendam dan tidak pernah cerita dengan siapa-siapa pun termasuk kawan dan keluarga sendiri, sebab aib suami kan.

Aku meluah untuk hilangkan tekanan yang sudah lama aku pendam, aku tak boleh cerita dengan siapa-siapa. Kisah aku sebenarnya lebih teruk lagi dari kisah rumahtangga yang viral itu.

Aku Sha. Aku sudah berkahwin 2 tahun. Mula-mula kahwin memang indah. Selepas itu semakin hari ku rasa semakin kelam.

Suami mula mengabaikan nafkah. Hanya 6 bulan pertama sahaja beri nafkah. Itu pun jumlah semakin mengecil. Sekarang langsung tiada lagi.

Dipendekkan cerita, hati aku semakin hari semakin pudar selepas aku melahirkan ank pertama.

Sepanjang aku mengandung, jarang sekali suami aku ambil kisah hal anak dalam perut. Sentuh perut semasa baby menendang pun jarang sekali. Aku saja yang beria-ria suruh dia sendiri merasa tendangan baby.

Aku mengalami morning sickness. Asyik loya dan muntah. Aku tak boleh cium bau makanan dan muntah selepas makan, suami buat tak tahu saja. Apatah nak urut belakang aku.

Dari situ aku menjangka baby yang lahir nanti mesti suami tak ada nak membantu sangat.

Selepas melahirkan, suami jarang sekali nak bantu aku uruskan anak.

Sekarang baby aku hanya susu botol saja, itupun dia tak pernah lagi bangun malam bancuh susu untuk anak. Hanya waktu newborn saja dia tolong. Itupun 2, 3x saja. Alasan dia, dia penat bekerja.

Habis, aku tak penat jaga siang malam, dengan luka jahit lagi. Ingat aku goyang kaki kat rumah.

Sekarang ni dia langsung tak nak membantu uruskan anak seperti mandi, pakai pakaian, bangun mlm, tidurkan anak, main dengan anak, susu anak.

Dia hanya jaga anak semasa aku nak solat, mandi, makan saja. Itupun jaga sambil main telefon. Kesian anak bubling sorang2. Ok, itu baru satu.

Seterusnya dengan perangai dia yang kuat marah, ego tinggi. Silap sikit marah. Dia saja yang betul.

Dia tak jaga pun perasaan ibu megandung, apatah aku yang semakin stress dengan perangai dia semasa dalam pantang.

Aku minta tolong sama2x jaga baby waktu malam pun dia kata jangan berkira.

Kalau aku menjawab lebih lagi, aku ditengkingnya, di lontar kata2x kesat.

Seterusnya dengan perangai dia yang suka berhutang. Sehinggakan aku dipaksa untuk membuat pinjaman untuk melangsaikan hutang dia.

Kalau tak bayar, terpaksa dia sentiasa bayar bunga besar tiap-tiap bulan. Kalau langsai hutang tu, adalah wang untuk belanja bulan-bulan.

So, aku terpaksa la tolong supaya beban aku tak banyak sangat sebab selama ini aku yang banyak keluarkan duit urus keluarga.

Ingatkan dah tolong dia buat pinjaman, dia bayar habis hutang tu, tapi ada sedikit lagi yang tinggal. Selebihnya dia enjoy dengan duit pinjaman tu.

Selepas bayar hutang aku ingat dah ada duit belanja, rupanya masih tak cukup.

Aku dan suami sama gaji 3k. Tapi akulah yang banyak keluarkan belanja.

Untuk makluman, akulah ibu, akulah ayah. Sebab apa? Aku yang beli segala keperluan rumah. Aku belanja 90% suami 10% saja. Aku yang beli pampers, susu, baju dan barang keperluan yang lain.

Suami ada jugala beli barang baby kalau ada duit, itu pun aku paksa. Itu pun sikit saja dia beli. Aku juga yang beli barang keperluan suami. Semua aku bayar!

Dia asyik cakap tak da duit. Sebelum berkahwin, aku mampu menyimpan sehingga RM500 sebulan. Selepas kahwin, baru pertengahan bulan duit aku dah habis.

Suami asyik pinjam lepastu tak bayar. Bertahun-tahun baru dia bayar, tu pun ada yang sangkut. Kadang2 dia ada duit tiba-tiba banyak, aku tanya di mana dapat duit, dia tak bagitau.

Dia juga berahsia pasword hp. Dia juga tak solat, tak puasa. Banyak lagila perangai buruk yang malas aku nak cerita.

Aku penat jaga baby sorang2, dan apabila aku terlelap jaga baby, dia bangunkan aku untuk buat kerja yang lain. Dia tak senang hati tengok aku berehat. Mengemas rumah pun aku yang buat.

Aku ibarat hamba dia. Dia hanya tolong bila datang rajin saja, itu pun aku tak boleh santai2 kalau dia bekerja.

Sebenarnya aku dah penat sangat2 hidup bersama dia. Aku tak kisah penat jaga anak, sebab aku sayang anak aku. Tapi aku sangat kecewa dengan sikap suami.

Bagi aku, dia ada ke tak , tak da beza. Lebih indah jika tiada, aku tak penat emosi, tak penat fizikal. Sebab semua aku urus sorang. Tanpa dia aku mampu urus semuanya. Perasaan aku macam dah kosong.

Bagi aku, aku lebih rela kalau dia curang ke, nak berbini baru ke, aku suka. Hidup ku akan bebas merdeka. Dapat aku menghindarkan diri dari dia.

Tapi itulah, berpisah bukan jalan yang terbaik. Anak aku perlukan bapa. Aku mohon tolong doakan yang baik2 untuk aku.

Tolong doa suami aku berubah menjadi lebih baik. Itu saja yang aku harapkan. Aku masih mampu bersabar.

Kekuatan aku sekarang adalah SABAR. InsyaAllah aku boleh. Mudahan suamiku berubah menjadi lebih baik. Aamiin.

– Sha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *