Assalamualaikum. Jam dah tunjuk 5am. Tapi masih belum boleh kulelap mata. Risau memikir anak dekat sebelah.
Itu bukan main point confession. Berbalik kepada tajuk, bagi pandangan mata kasar masyarakat sekeliling, nampak macam aku ibu tunggal. Uruskan anak sendiri. Tapi sebenarnya aku dan suami adalah pasangan pjj. Sejak melahirkan anak no 1.
Pjj tak mudah, tapi aku tiada pilihan melainkan memilih jalan ini. Aku bekerja berpangkat pegawai atasan dengan gred yang agak tinggi dalam usia yang boleh dikatakan agak muda. Dan jawatan ber gred ini dalam malaysia agak terhad.
Memang, bak kata mother in law ku yang berketurunan high class, “tempat isteri di sisi suami”. Bila nak jadi suri rumah beliau kata “eh tugas isteri bantu suami”. Eh aku pun tak faham dia nak apa. Main point di sini, aku memilih PJJ bukan sebab mulut orang, bukan sebab duit semata-mata.
Pernah jugak interview dekat negeri suami. Mintak transfer lagi lah berangan nak jadi kenyataan. Cuma itulah, soal bayaran gaji. Kenapa aku sibuk sangat fikir cari duit? Kalau lah boleh aku cerita dan luahkan satu dunia ni, lama aku bagi tahu. Apa yang penting, demi masa depan anak-anak ku, ku gagah kan jua demi mencari rezeki.
Untuk pasangan yang PJJ hati kene kuat dan tabah. Aku kuat sebab sokongan keluarga dan majikan. Waktu kerja aku tak menentu.
Walaupun keluarga tinggal jauh di kampung, tapi jika berlaku sebarang masalah kesihatan anak, pantas kilat bantuan sampai. Walaupun mak ayah kerja pekebun, tapi mulia nya hati tak pernah lokek bantuan. Selalu nasihat kan adik beradik yang lain. Saling bantu membantu dan sayang sama sendiri.
Kalau aku susah, kakak atau adik jagakan anak. Kadang aku jagakan anak buah. tak pernah susah dan berkira. Jadual aku padat. Baik soal rumah dan pejabat. Tapi alhamdulillah, belum pernah kebajikan anak ku abaikan.
Allah kurniakan anak yang mudah diurus walaupun nakal. Kerja bertimbun. Daripada masalah besar sampai sekecil- kecil manusia. Tapi Allah mudahkan. On time, jarang tak boleh handle. Balik rumah, siapkan anak, kemas rumah dan lain lain. Penat memang penat. Tapi nak buat macam mana.
Dalam soal PJJ ni memang tak dinafikan. Mangsa utama adalah anak. Berhutang masa dan kasih dengan dia. Tapi adakah aku atau suami yang pentingkan diri? Masing-masing tidak mahu kalah dan mengalah. Untuk menjawab persoalan ini, aku ada alasan kukuh untuk tidak mengalah dan teruskan.
Suami memang seorang lelaki yang baik dan ayah yang bertanggungjawab. Cuma masalah terbesar cabaran rumah tangga kami adalah campur tangan orang ketiga, keempat kelima sampai ke sepuluh. Kalau adik- adik atau rakan sekerja tanya soalan dekat aku, “bakal suami anak kesayangan/anak emak/atau sewaktu dengan nya, okay ke ek?”
Jawapan aku, ikutlah pada individu. lagi pun jodoh kan rahsia Allah. Cuma pengalaman sendiri berkahwin dengan anak mak daddy kaw kaw kaw ni, kalau boleh di ulang masa, aku tak hingin. Dulu before kahwin, aku berpendapat inshallah manusia boleh berubah, kasih sayang boleh dikongsi bersama.
Suami okay, tapi parents dan family sampai sekarang tak move on. Semua nya habis nak campur tangan. Sampai soal pengurusan keluarga kami pun nak campur. Parents suami dah biasa didik anak2 tak pernah susah.
So what i can simpulkan keadaan suami aku nak kerja senang tapi gaji terus banyak memang hasil didikan keluarga. Bukan boleh dengar anak dia story kerja penat, kawan sekerja tak ngam. terus call tak berhenti bagi nasihat. Nasihat kalau macam bagi semangat okay lah. Ni suruh berhenti. Cari lagi baik. Yelah, keturunan baik mana boleh campur yang jahat.
Pada pandangan mata kasar family in law, aku ni cabuk je gaji. Asyik susahkan anak dia kerja jauh-jauh nak bagi anak bini. Eh nak je aku story. Bukan takde kerja yang helok dekat selangor ni. Cuma laki aku ni dah terbiasa memilih kerja. Dia tak tahu gaji aku ni lah yang sustain our daily living. Masa time anak dia ngangur, aku ni lah yang kerja. Dah tu hutang piutang semua nama aku.
Bila dah ada anak, Bukan kata suami aku tak bagi langsung, cuma aku tak harap. Aku pun tak tahu mana duit gaji dia. Penat nak berperang. Tahun 2020 ni dah tahap meluat. Baik diam. Kalau nak tunggu suami aku berhutang beli kereta, alamatnya sampai anak aku darjah 6 ler kami sempit² naik kereta comel.
Daddy dia call macam nak meletup telefon sebab nak nasihat anak dia jangan berhutang beli kereta. Tak bagus. Kalau nak kereta besar jugak, beli yang 3rd hand sebelah jiran punya. Kalau dah hari hari call, laki aku pun terpengaruh. Ikut je. So taknak membeli apa-apa aset. Itu cerita satu tahun lepas. So end up nak taknak kene jugak aku yang upgrade kereta.
Tahun 2020, tetiba laki aku beli kereta lagi atas ‘nasihat’ daddy dia tanpa discuss dengan aku. Hangin jugak lah. Pasal aku plan cantik dah, tahun ni nama aku lulus dapat beli rumah. Tup2 dia dengan daddy dia menambah kereta. Alasan suami, daddy berkenan. Eh kat rumah daddy dia ada berderet kereta dah kan..
Tu tak termasuk kakak kakaka kakakakak kakakak iparku yang bajet lifetyle macam vivy kat socmed. serius meluat. Walaupun hidup aku sederhana, alhamdulillah aku dikurniakan rezeki dapat zuriat. inshallah memambah lagi tahun 2020 ni. Anak aku kecil lagi. Tak faham dosa pahala. Barang rosak je salahkan anak aku main. Itu pun in law aku tak faham.
Penat lah jugak orang ada anak ni kerja mengalah je. Kalau hari raya segala jenis, aku mengalah ikut suami. raya side sana dulu. sebab nak bagi cucu balik meriahkan suasana. Kalau setiap kali suami balik sekali sekala, asyik lahhhhhhh balik ke sana.
Yang takde anak ni asek lah melancong tak sudah. Hari raya balik rumah in law masing-masing. Bila dah nak naik kerja baru singgah balik beraya rumah mak and daddy. Lepas kenyang balik rumah. Lepas tu pandai nasihat orang, tak balik every week. Asyik lebih kan anak bini kalau balik kl. Engkau orang dah kenapa, laki aku balik sebulan berapa kali je. Ishh geram.
Tu belum lagi waktu kecemasan. Anak sakit teruk. Kalau mak daddy mertua aku tolong, mula lah adik beradik bash. Aku and anak suka ambil kesempatan. Kesian anak aku. Pernah tengah malam demam panas, muntah non stop, hujann lebat.
Aku takde pilihan selain call mintak tolong. Itu lah sekali. Lepas2 tu tak nak aku. Habis jadi ungkitan. Parents in law aku pun selalu brain wash laki aku, anak warded tak payah balik. Bahaya drive. Nanti prestasi tergangu. Hahahahaha.
Bukan tak pernah serumah. Konon niat aku nak jaga mak daddy mertua. Mula2 jelah manis. Lepas sebulan asyik makan perli je. Sabor jelah. Dekat luar nampak orang baik2 sopan santun, berpelajaran. Dah sebumbung baru tau perangai.
Maka, di tahun 2020 ini, aku memilih untuk membesarkan anak2 dengan tenang. Korang nak sangat anak korang, korang amik lah, peluk lah. Biar aku peluk anak anak aku. Aku juga tak putus2 doakan kakak kakak ipar ku dikurniakan rezeki dapat zuriat. Semoga mereka ada rasa kasih dengan anak kecil dan lebih lembut hati.
Anak-anak ibu, weekend is around the corner. Minggu ni ayah awak balik. Macam biasa, mari kita nantikan drama apa pulak jadi minggu ni ye. Mesti meriah handphone ayah kau. Asek berdering tak berhenti. Haha. Minggu ni plan nak bawa anak pergi taman. Hopefully jadi lah ye.
Sekian…
– Maryam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit