Assalamualaikum semua. Aku nak buat pengakuan tentang confession β Kecurangan Suami Sepupu (https://iiumc.com/kecurangan-
Aku tahu pengakuan aku ini pastinya akan menerima kecaman dari semua, namun izinkan aku pula berkongsi cerita.
Memandangkan aku lihat komen mengatakan confession ini agak complicated dan rumit, aku akan namakan F sebagai Fatah dan D sebagai Dilah.
Dalam confession itu, akulah girl 1 itu. Aku telah jadi ibu tunggal kepada seorang anak hampir 6 tahun. Aku berkenalan dengan Fatah sejak dibangku sekolah memandangkan kami satu kampung dan ya, Fatah adalah bekas teman lelaki aku semasa zaman sekolah.
Selepas aku ditakdirkan menjadi ibu tunggal 6 tahun lalu, Fatah yang banyak memberi dorongan dan semangat pada aku. Aku tahu, aku silap, kerana ketika itu Fatah sudahpun menjadi suami orang.
Namun, aku masih bergantung dan berjumpa dengannya setiap kali aku pulang atau bercuti ke kampung halaman. Bila berjumpa, kami gagal kawal nafsu dan sering terlanjur beberapa kali.
Perhubungan aku dengan Fatah agak lama, namun apabila masing-masing berkahwin dengan pasangan masing-masing, kami berhenti berhubung seketika hinggalah aku menjadi ibu tunggal.
Fatah menyatakan simpatinya pada aku dan sentiasa ada mendengar luahan perasaan aku. Mungkin sebab itu aku sukar lepaskan Fatah walaupun aku tahu dia suami orang. Fatah sememangnya seorang yang pandai ambil hati, memujuk dan sentiasa ada disaat-saat aku sedih.
Berbalik pada confession sebelum ini, aku juga menerima screenshoot whatapps yang sama. Melalui whatsapp dan juga melalui fake Instagram account.
Dalam screenshot itu, aku dilabelkan sebagai Girl 1. Sememangnya aku amat terkejut dengan pendedahan tersebut dan kecewa dengan sikap sebenar Fatah, tak ku sangka Fatah mempunyai hubungan dengan ramai perempuan.
Aku terkedu dan terduduk. Mula-mula aku membalas mesej-mesej yang diberi oleh nombor yang tak dikenali itu, kemudian aku block.
Aku rasa tertekan dan marah. Aku tidak mahu lagi ada kaitan dengan Fatah atau perempuan-perempuan lain yang menjadi mangsa Fatah.
Aku tidak mahu ambil tahu, siapa perempuan-perempuan itu dan kenapa Fatah sebegitu rupa. Aku deactivated semua media social aku ketika itu. Aku malu dan kecewa. Aku takut perbualan aku dan Fatah didedahkan kepada public.
Tapi selepas beberapa minggu membaca confession itu, aku rasa bersalah pada wife Fatah. Aku mengenali wife Fatah melalui media social dan cerita dari Fatah sebelum ini. Fatah memang berasal daripada keluarga yang biasa dan sederhana.
Menurut Fatah, wifenya Dilah merupakan anak orang kaya, dan kadang-kadang Fatah juga meluahkan perasaan tentang isteri dan keluarga mertuanya. Katanya kadangkala dia rasa dipinggirkan.
Oleh sebab itu, dia yang banyak menguruskan anak-anak dan hal rumah tangga, hantar dan ambil anak ke sekolah, sediakan pakai makan dan percutian untuk wife dan anak-anak.
Fatah berusaha keras bagi memenuhi permintaan wifenya yang sudah terbiasa hidup disediakan semuanya dan sebab itu wifenya tidak bekerja.
Kata Fatah, kadangkala dia penat, dan bagi Fatah, akulah tempat dia meluahkan segalanya. Aku yang terbuai dan bodoh ketika itu, hanya percaya saja kata-katanya.
Tujuan aku menulis pengakuan ini sebenarnya untuk menjelaskan beberapa perkara selepas aku baca komen-komen.
Pertamanya, aku sedia dikecam kerana mempunyai hubungan dengan suami orang, aku mohon maaf pada Dilah dan aku kira aku telahpun mendapat balasan daripada perbuatan aku ini.
Keduanya, Dilah bukanlah orang yang tidak mampu dari segi kewangan, aku percaya Dilah boleh hidup sendirian bersama anak-anaknya, lebih-lebih lagi kalau Dilah dapat sokongan dari keluarganya.
Daripada cerita Girl 6 tu, aku tahu Dilah sebenarnya sudah berkali-kali syak suaminya curang.
Mungkin Dilah lebih memikirkan tentang masa depan anak-anak atau sekiranya benar kata-kata Fatah, Dilah terlalu bergantung kepada suaminya untuk menguruskan anak-anak dan kerja rumah.
Satu perkara tentang Fatah, Fatah ini semenangnya sangat bijak dalam mengendali emosi perempuan dan akan berusaha sehabis daya untuk memujuk.
Aku juga pernah beberapa kali terfikir untuk melupakan Fatah, namun aku gagal. Selepas kantoi screenshoot itupun sebenarnya Fatah masih lagi cuba menghubungi aku, tapi aku mengambil keputusan untuk deactivated semua media social dan block nombornya.
Tapi sekiranya apa yang diperkatakan oleh Fatah kepada aku selama ini tidak benar, tentang Dilah dan keluarganya, aku harap sepupu atau keluarga Dilah yang membaca pengakuan aku ini,untuk usaha cara lain, bawalah Dilah pergi berubat secara islam.
Aku bukan mahu membuat spekulasi yang bukan-bukan, sekiranya tidak betul, Alhamdulillah. Tidak salah untuk mencuba, aku doakan yang syak wasangka aku ini silap.
Tentang komen takut dijangkiti penyakit kelamin, kerana Fatah sering bertukar-tukar pasangan, aku diselubungi rasa takut kerana aku juga sebahagian daripadanya.
Tapi aku takut untuk buat pemeriksaan, aku cuba selidik dan google tentang penyakit ini. Ada yang ada gejala dan ada juga yang tiada menunjukkan sebarang gejala. Moga satu hari nanti aku terbuka hati untuk buat pemeriksaan.
Selepas kejadian itu, aku tak mampu untuk menghapuskan rasa bersalah dalam diri aku. Doakan aku akan lebih berhati-hati selepas ini dan jadikan semua yang berlaku ini sebagai suatu pengajaran kepada aku.
Kepada Fatah, bertaubatlah dan mohon maaf kepada semua, selama mana perlu mengkhianati dan menipu lagi. Kepada Dilah, saya mohon maaf kerana menjadi sebahagian daripada kerosakan ini.
Kepada keluarga Dilah, bantulah Dilah menghadapi saat-saat genting ini. Aku juga pernah berada disituasinya satu ketika dulu, hampir-hampir mendapat anxiety dan perlu makan ubat, namun keluarga dan anak yang memberi aku kekuatan.
Aku doakan Dilah juga diberi kekuatan dan keimanan yang tinggi. Akhir sekali, aku mohon maaf.
– C.E (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit