Akulah Isteri Yang Malang Itu

Hi semua. Aku Siti, seorang isteri dan ibu kepada 2 orang anak. Aku tertekan dengan perangai suami aku, jadi aku memilih untuk berkongsi di sini.

Sebelum berkahwin, aku sedia maklum dengan perangai suamiku yang sensitif dan mudah marah.

Aku sangka aku mampu bertahan, kerana konsep aku waktu itu cukup senang, asalkan suami aku bukan penagih, kaki perempuan dan lengkap solat 5 waktu dan buat ibadah-ibadah lain.

Rupanya, konsep aku itu salah dan kini aku mula tertekan dengan perangai suami aku. Suami aku sangat mudah marah.

Contohnya, anak aku menangis/t antrum, maklumlah, anak kecil masih belum 5 tahun. Mula-mula suami aku akan pujuk anak aku, untuk hentikan tangisan, tapi anak aku memang jenis sukar untuk dipujuk.

Lama-lama, suami aku akan naik marah. Suami aku akan menjerit dan kadang-kala dia akan tampar anak aku. Bukan sekali, tapi banyak kali, sampai luka bibir anak aku kena tampar.

Sebab itu, setiap kali anak aku mula menangis, aku akan bawak lari anak aku jauh-jauh daripada ayah dia, untuk elakkan suami aku marah.

Kalau anak menangis dalam kereta, suami aku akan menjerit suruh diam, dan dia akan membebel macam-macam dekat anak aku.

Biasanya, anak aku akan jadi takut, dan diam. Jadi pada suami aku, cara dia berkesan. Dengan kemarahan, anak-anak akan dia dan tak akan buat perangai.

Sikap suami aku ini buatkan anak-anak dia tak mesra dengan dia. Bila datang mood suami aku nak bermain dengan anak-anak, anak-anak akan lari dan tak nak bermain dengan dia.

Suami aku akan mula marah dan cakap macam-macam pada anak aku. Aku akan tegur suami aku, jangan cakap yang bukan-bukan pada anak, semua itu kan doa. Suami aku akan reply, doa ibu lebih makbul daripada doa seorang ayah. Pfft.

Ini belum lagi kalau aku minta dia tolong dia buat kerja rumah. Dia akan membebel dan sangat mudah trigger walau sebab benda kecil pun.

Jadi aku memilih untuk buat kerja rumah sendiri tanpa harapkan dia. Biarpun penat, aku lagi tenang buat kerja rumah sendiri tanpa bebelan dia.

Waktu aku buat kerja rumah, aku akan kumpulkan anak-anak aku di ruang tamu, jadi mudah untuk aku pantau anak-anak, dan anak-anak takkan trigger kemarahan suami aku.

Selain itu, suami aku sangat mudah terasa dengan keluarga aku.

Di awal perkahwinan, aku duduk bersama keluarga. Aku dan suami PJJ, dan kami akan berjumpa di rumah keluarga aku pada hujung minggu. Walaupun rumah keluarga aku besar dan banyak bilik, tetapi, adik-adik aku juga ramai.

Bising itu sudah pasti tidak kira malam atau siang. Suami aku akan membebel pada aku, yang rumah keluarga aku bising.

Waktu itu, aku terus buat keputusan untuk berpindah mengikut suami. Aku tak nak suami aku berterusan mengutuk keluarga aku.

Aku juga kena jaga perangai keluarga aku bila berkumpul ramai-ramai, selalunya suami aku akan tarik muka bila ada benda yang buat suami aku terasa.

Aku dapat rasakan keluarga aku tahu tentang perangai sensitif suami aku, tapi mereka takkan masuk campur selagi aku tak mengadu dan dapatkan pertolongan mereka.

Suami aku juga memandang keluarga aku sebagai keluarga yang lemah, tidak pandai berdikari. Setiap kali suami aku terasa dengan keluarga aku, suami aku akan kutuk keluarga aku pada aku.

Aku hanya mampu diam. Kalau ikutkan hati aku, lagi banyak aku terasa dengan keluarga suami aku, tapi aku diajar untuk tidak ambil hati dengan keluarga mentua.

Suami aku juga seorang yang mencari kesalahan orang lain.

Contohnya, makanan tertumpah dalam kereta, suami akan kata salah aku sebab tak pegang makanan betul-betul. Suami aku tergelincir dalam rumah, dia akan salahkan aku, sebab mandikan anak basah-basah tanpa lap betul-betul.

Apa-apa sahaja aku buat, ada sahaja yang tak kena di mata dia. Dia sahaja yang sempurna serba serbi. Setiap kali suami aku marah pada aku, perkataan bodoh, dan lain-lain akan keluar daripada mulut dia dengan mudah.

Aku tak boleh tanya soalan-soalan bodoh, sebab aku akan dicop bodoh oleh suami aku. Setiap kali aku nak berborak dengan suami aku, aku akan berfikir dahulu, adakah topik ini akan buat suami aku marah.

Bila suami aku dah hilang rasa marah, dia akan pujuk aku balik. Biasanya aku akan buat tak layan sahaja pujukan suami aku, tapi suami aku akan gunakan sikap tak layan aku untuk dia merajuk. Aku pulak kena pujuk dia balik lepas tu.

Benda ini akan berulang-ulang setiap kali dia marah, sampai satu tahap, aku mampu tersenyum bila dia marah/ membebel. Aku akan minta maaf dan layan dia macam biasa, sebab aku dah tawar hati dan aku tak larat nak bergaduh.

Bagi suami aku, dia tak bersalah dan dia dah tunaikan tanggungjawab sebagai suami dan ayah dengan baik. Ya, suami aku bab nafkah memang tak berkira.

Apa yang aku dan anak-anak aku nak, semua dapat, secara materialnya, memang kami dimewahkan oleh dia. Tapi, jiwa kami terseksa dengan kemarahan seorang suami/ayah.

Sekarang ini, aku tengah dalam proses buat simpanan kecemasan diam-diam tanpa pengetahuan suami aku. Andai aku tak tahan sangat dengan suami aku, aku harap aku mampu tinggalkan dia dan mulakan hidup baru dengan simpanan rahsia aku lagi.

Matlamat aku sekarang untuk jaga anak-anak aku agar anak-anak aku tak jadi mangsa kemarahan suami aku. Biar aku penat, buat kerja rumah dan layan perangai anak-anak aku membesar, asalkan suami aku tak mengamuk/ membebel.

Aku dah banyak kali luahkan apa yang aku rasa pada suami aku, aku cakap, aku tak kisah buat kerja rumah, jaga anak, tanpa pertolongan dia, sebab aku memang suka buat kerja-kerja ini. Asalkan suami aku mampu kawal marah/ perangai sensitif dia.

Suami aku akan minta maaf dan berubah dalam masa beberapa minggu, dan akan kembali balik kepada perangai asal bila ada sesuatu yang trigger kemarahan dia.

Jujurnya, aku hampir dah sampai limit kesabaran aku. Jiwa aku sakit, bila dengar dia marah. Jiwa aku sakit tahan marah, tapi aku tak nak lepaskan pada suami aku, sebab aku tahu aku akan kalah.

Aku penat hidup dalam ketakutan, kena jaga tingkah laku/ percakapan untuk pastikan suami aku tak marah.

Sampai satu tahap, aku nak tulis wasiat, andai aku mati awal, aku tak nak bagi anak-anak aku pada suami aku untuk dia jaga, sebab aku tahu, anak-anak aku akan jadi mangsa kemarahan suami aku.

Aku selalu terfikir yang hidup aku lebih tenang dan bahagia jika aku tak berkahwin.

Mungkin ini yang orang katakan tersalah pilih suami, dan akulah isteri yang malang itu.

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *