Akulah Lelaki Itu

Assalamualaikum.. Pertama panggil saja aku Patih, aku ingin meluahkan segala apa yang aku rasai dan nikmati didunia ini.

Aku lelaki yang tidak dianggap oleh kebanyakan orang namun aku sentiasa gembira dan bahagia. Dan aku juga tidak gemar menanggapi pemikiran orang terhadap aku tidak kira itu negetif atau positif.

Telah aku sematkan didalam diri aku, aku hanya menumpang di dunia ini sampai masa aku pergi jua.

Berbalik pada diri aku, sewaktu umur 18 tahun aku kemalangan kecederaan yang teruk koma 3 minggu lebih patah tulang belakang kecederaan kepala dan aku lumpuh.

Hospital bagikan rumah kedua aku. Sering keluar masuk. Ibu ayah meninggal selepas 3-4 tahun aku kemalangan.

Selepas ayah meninggal tidak lama ibu meninggal waktu itu hanya Allah yang tahu betapa pilunya hati aku betapa takutnya aku untuk hadapi dunia. Waktu itu aku belom pandai menguruskan diri. Untuk naik kerusi roda dari katil ke kerusi roda pun tak mampu.

Tapi selepas ketiadaan ibu bapa aku berusaha sendiri hingga akhirnya aku layaknya seperti orang normal kembali nak kemana mana sendiri sahaja.

Nak uruskan apa saja sekalipun sendiri menguruskannya. Bahkan aku merantau di jauh di negeri orang hampir sepuluh tahun.

Alhamdulillah masih mampu walupun hanya berkayuh kerusi roda.

Aku tidak ramai kawan di sini, kawan kawan waktu sekolah dulu entah kemana mereka. Aku tak pernah cari lagipun aku sakit dalam keadaan begini tidak perlu aku mencari mereka. Kerana mereka maklum keadaan aku. Jika nak pergi kemana mana aku guna grab sahaja.

Aku banyak kenalan di lain negeri tempat aku merantau, bahkan keluarga angkat disana sangat baik terhadap aku. Sentiasa menyuruh aku kesana lagi tinggal dengan mereka kerana mereka maklum aku tinggal sendiri.

Adik beradik banyak kerja diluar negeri dan sudah berkahwin. Adalah tidak mungkin aku tinggal dengan mereka. Apatah lagi aku suka kebebasan nak ke situ ke sini hanya pergi tanpa ada sekatan bebelan kan.

Tinggal sendiri dengan merawat diri sendiri ibarat menjemput kesunyian.

Aku ingin bertanya adakah benar ada wanita yang benar boleh menerima lelaki lumpuh seperti aku. Dahulu aku beberapa kali bercinta pertama dengan pelajar al azhar tapi ayahnya tidak merestui saat mengetahui tentang diriku.

Saat itu juga aku memutuskan hubungan dengan anaknya, walaupun anaknya ingin mempertahankan. Bagiku tiada erti andai satu hubungan tidak direstui kerana perkahwinan bukan sahaja dengan anaknya tapi seluruh keluarga baru bahagia akan tercipta.

Ke dua aku pernah bercinta dengan seorang doktor yang merawat aku. Aku gelarkan dia dengan Ain. Ain segalanya bagi aku. Dia cantik anak kesayangan ibu bapanya. Jauh beza aku dan dirinya.

Dia ada segalanya aku tiada sapa sapa. Duduk wad berbulan bulan pun sendiri sahaja. Rupa tiada harta tiada hanya keberanian keyakinan membawa diri hingga tetap berjuang meruskan hidup apa adanya.

Selama 4 tahun aku bersama Ain, suka duka merajuk gembira bahagia itu normal persis pasangan lain.

Selalu kami keluar dating Ain memang tidak malu memberitahu sesiapa saja kenalan atau saudara saat bertanya siapa aku. Andai saudara dia bertanya ketika shoping terus Ain menjawab “cinta hati”.

Sehinggalah hubungan ini diketahui ibu bapanya dan ibubapanya ingin mengenali aku. Ain bagitau papa mama ingin jumpa dengan aku dan ketika itu Ain otw kerumah aku untuk ambil aku bawa kerumahnya.

Aku rasa macam tak sedap hati, tapi aku bersiap dan pergi juga. Sampai ke rumah Ain aku di pelawa makan bersama selepas siap makan papa Ain mengajak aku lepak di halaman ruangan sebelah hanya aku dan papanya.

Papanya tanya dah lama mana aku berhubungan dengan Ain. Aku jawab 4 tahun lebih. Papanya tanya segala tentang diri aku dan aku menjawab satu persatu tapi akhirnya papanya berkata pakcik dah tahu cuma pakcik ingin tahu dari Patih sendiri.

Aku hanya senyum agak lama suasana hening tiba tiba papa Ain berkata, ‘pakcik nak minta tolong sangat dengan Patih; Boleh?’ Dengan laju aku menjawab boleh saja pakcik selagi saya mampu.

Papa Ain mengatakan lagi tapi dengan syarat jangan bagitau Ain tentang ini jika Patih sudi bantu seperti Patih telah meletakkan kebahagian kedudukan Ain dan keluaga pakcik pada kedudukan yang paling teratas, pakcik yakin Patih pasti maukan yang terbaik untuk Ain kan.

Aku terus tidak sedap hati memdegarkan tentang ini, aku jawab, ‘ya pakcik demi Ain apa pun saya lakukan’. Papa Ain minta masuk ke bilik sebentar tidak lama datang kembali dan menghulurkan satu sampul surat sangat tebal.

Aku bertanya apa dalam sampul ni pakcik papanya bagitau didalam sampul surat ini ada RM15K Patih ambillah dan gunakanlah untuk merawat diri Patih. Cuma pakcik berharap sangat ini kali terakhir Patih berjumpa dengan Ain.

Pakcik nak jodohkan Ain dengan anak kawan pakcik dia baru habis belajar luar negara. Puas pakcik makcik pujuk Ain tapi Ain kata sudah ada Patih. Pakcik mahu Ain bahagia hanya Ain satu satunya anak pakcik.

Jika Patih memutuskan hubungan dengan Ain. Nanti pakcik pujuk Ain untuk bernikah dengan anak kawan pakcik, mereka orang terpandang, Ain pasti bahagia.

Mendengar penjelesan papa Ain, aku tertunduk badan menggeletar. Sungguh malu bagaikan tiada maruah diri. Tidak dihargai sesama manusia. Ada atau tiada diriku bagi papanya tidak mengubah apa pun.

Hampir berbelas minit aku tertunduk tiba tiba dari mana kekuatan hadir tanpa sedar aku berkata, ‘Ya, saya faham pakcik sangat saya memahami. Sebagai seorang ayah pasti mahukan yang terbaik untuk anaknya’

Aku terus minta diri, aku call teksi kebetulan teksi lambat datang, Pakcik sekali lagi hulurkan sampul surat itu. Aku membalas, ‘Sebelum saya pulang ingin saya bagitau pakcik cinta kasih sayang saya pada Ain tidak dapat dinilaikan.

Tentang duit itu pakcik sedekahlah pada yang memerlukan. Andai pakcik tawarkan jutaan ringgit pun tidak akan berbekas dalam diri saya.

Cukup saja pakcik tidak restu hubungan saya dan Ain, pasti saya tidak meneruskan. Saya tidak akan jauhkan seorang anak dengan ibubapanya sendiri hanya kerana cinta. Maaf minta maaf memang saya salah. Selepas ini pakcik boleh tidur lena. Asssalam pakcik.’

Teksi pun datang. Dari jauh Ain memanggil aku.. Naik teksi aku off hanphone, Keesokkan aku balik kampung. Sedih memang sedih.

Dalam bus sewaktu pulang kampung aku buka tel ada beratus kali misscall berpuluh mesej. Aku mesej pada Ain.

‘Assalam. Antara kita tiada jodoh. Anggaplah apaa yang pernah kita lalui adalah anugerah indah dari yang maha Esa. Halalkan segala apa yang di beri maafkan segala kesalahan. Selamat tinggal.’ Lepas tu aku tukar simkad.

Selepas itu aku langsung tak amik tahu tentang Ain. Pernah bila masuk wad doktor kawan kawan Ain bertanya tentang Ain padaku, aku cuma mampu untuk diam mengilingkan kepala saja.

– Patih (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *