Akupuntur Moden

INTRO

Pernah dengar Digital hand acupoint detector? Jumaat sebelum raya cina aku pergi mydin dgn ummi and adik aku sebab nak makan2 and jalan2 dekat exhibition depan mydin tu. Tengah syok jln2 tiba ada satu akak ni jual pad/pantiliner and supplement panggil. Mula2 ummi mcm berat nak p while aku memang not interested dgn jualan seakan MLM ni. Then dia pancing cakap nak check kesihatan free je. Ummi pun bila dengar free, memang laju la p kat akak tu. Lepastu, akak tu keluarkan satu alat nak check kesihatan. Alat tu dlm briefcase yg dah build in skali. Dalam briefcase tu ada gmbar tapak tangan and ada points yg dia dah highlights which means setiap point tu boleh mengesan penyakit dlm badan (gambar macam akupuntur).

Mula2 letak tapak tangan kiri dekat satu plain rubber mat yg disediakn and tapak tangan kanan serahkan dekat akak tu. Akak tu akan tekan tapak tangan kanan kita ikut point yg ditunjukkan dalam gmbar menggunakn pen besi yg disediakan. Setiap area tapak tangan kita ada point untuk check jantung, rahim(utk perempuan), angin dalam badan etc. Time die tekan tu akan ada lampu keluar dekat briefcase, lampu tu akan tentukan tahap kesihatan kita. Lampu tu present dalam bentuk bar mengikut level penyakit kita. Kalau level 1/2, means kesihatan kita dekat point tu excellent and lampu jadi warna hijau. Kalau 3/4 bar means sederhana and lampu dekat bar jadi warna kuning. Kalau 5/6 bar means dah teruk and lampu jadi warna merah (lebih kurang mcm ni la) i don’t remember exactly how much bar there.

PROBLEM

Mula2 akak tu check ummi dulu, mostly ok cuma umi ada masalah penghadaman la, angin dlm badan bla bla bla. Lepastu akak tu nak check aku pulak, akak tu tak letak lagi pen tu dekat tapak tangan aku (baru otw nak letak), benda tu dah bunyi tahap serious and akak tu ckp wow bahaya angin dalam badan bnyak ni bahaya. Cuak la aku tengok reaction dia. Pastu check lagi, akak tu membulatkan mata, dia kata ak ada masalah rahim lemah sebelah kiri(darah period kluar tak habis). Pastu dia check jantung pulak, dia terkejut sebab benda tu detect jantung aku bermasalah. Akak tu check lagi sebab nak tengok masalah apa and dia ckp injap ketiga jantung aku dah block and darah aku pekat.

Whattt? Selama ni aku dok checkup dekat doctor, diorang tak pernah mention masalah2 mcm ni. Sepanjang aku checkup timr pregnant, takda pula doctor cakap aku ada masalah. Ok je sampai beranak, anak pun sihat. Ke masalah2 ni baru jadi? Effect lepas bersalin ke? Sumpah down kot akak tu cakap aku ni muda2 dah banyak penyakit(tak jaga kesihatan) pastu dia tuduh pula kata ni msti sebab aku suka makan fast food LOL. Continue check lagi and dia cakap aku slalu sakit pinggang means saraf aku ada problem and one day saraf aku akan rosak teruk. Okay fine. Lepastu check tekanan darah, gula and everything fine. Akak tu check pula adik aku(tingkatan 3), dia takda apa2 masalah.

PROBLEM 2

Lepas je buat checkup kesihatan dengan akak tu, ak terus jadi down sampai anxiety sebab mostly apa yang akak tu cakap pasal badan aku macam betul. Contohnya, aku slalu sakit pinggang tapi kerap terjadi waktu mengandung and period, darah period tak kluar habis (darah period keluar, stop and keluar balik sepanjang seminggu period. konsisten setiap bulan. Jadi macam ni lepas nifas, baby dah 5 bulan), so ak assume tu dikira darah keluar tak habis and akak tu cakap pasal angin dalam badan tu betul jugak. Depan orang aku buat relax sebab taknak orang nampak aku anxiety. Tapi bila masuk je bilik sorg2, aku express semua apa yang aku rasa. Malam tu ak tak boleh tidur, terngiang ngiang suara akak yang diagnose penyakit aku tu. Terbayang kesihatan aku dah rosak. Bila2 boleh mati sebab jantung aku dah tersumbat. Bila aku dah tak boleh kawal perasaan, aku call husband and cerita/luah semua apa yg aku rasa sambil nangis2.

MY HUSBAND’S REACTION

Marah gila dengan orang yang diagnose tu. Dia bising ah cakap orang tu doctor ka? Senang betul diagnose penyakit, dekat pasar malam je dah boleh tau penyakit kita? Kalau la semudah tu kenapa la doctors pakar dekat Hospitals dalam malaysia ni tak guna benda tu. kenapa doctors ambil masa nak diagnose penyakit orang sedangkan dah ada benda yg canggih mcm tu? Doctor pakar yg nak diagnose penyakit pun kena buat blood test hantar dekat lab bagai, xtray lagi, buat mri, refer sana sini, tunggu result baru boleh tau penyakit kita. Why orang tu mudah sangat diagnose? Guna briefcase pulak tu?

Then aku cakap la, diorang buat guna akupuntur, akupuntur kan terbukti berkesan? Lepastu husband aku cakap even akupuntur pun ambik masa and ada clinician dia. Bukan sebarangan orang boleh buat. Orang tu mmng cucuk2 guna jarum akupuntur ke? Aku jawab tak sbb die pakai ballpoint(tak sakit langsung). He continued, klau betul la aku ada macam2 penyakit, kenapa spanjang checkup masa pregnant doctors tak cakap apa2? Checkup bukan hanya dekat kk ja, klinik luar and Hospital luar pun refer. Checkup dengan gynaecologist gleaneagles pun doctor tak mention penyakit jantung/darah pekat, rahim lemah pun.

SOLUTION

Husband aku terus buat research sikit pasal alat tu and boom!!! mmng ada yang review pasal bnda tu menipu. Tp yang dia dia jumpa tu alat dia bukan jenis akupuntur, benda tu kena genggam dengan tangan and akan keluar result scan badan dekat computer. But he said that benda and tujuan yang sama ja, which is untuk marketing lariskan product yang diorang jual. Yes memang akak tu promote products dia lepas detect penyakit kitorang. Pad, pantiliner and suppliment yang diorang jual kononnya boleh selesaikan pelbagai masalah seperti cancer, cyst, urat saraf, keputihan, masalah rahim ect. Pantiliner yang diorang jual tu bukan murah, 2 pack kecik RM 40++. Diorg cakap pad and pantiliner diorang tu ada ion utk solve ploblems yang kita ada. Ion apa pun aku taktau.

Lepas pikir semua ni, aku plan nak buat full medical checkup dekat klinik and nak consult dengan doctor pasal benda ni. Nak make sure yg diorg buat ni mmng tak betul. Benda2 yang diorang jual tu aku tak tertarik pun sebab dah tahu banyak group MLM buat product mcm tu, benda yang sama jenama lain2. Aku cuma tertarik nak tahu pasal method yang diorang guna untuk diagnose penyakit tu ja. Nak tau alat tu memang betul ke boleh detect penyakit atau sekadar penipuan untuk mendapatkan keuntungan dengan mudah. Aku ada terbaca ada orang dapatkan keuntungan dengan mngenakan bayaran untuk setiap pelanggan yang mahu mengetahui penyakit dalam badan dengan menggunakan alat macam ni. Alat tu memang ada jual di pasaran dan sesiapa sahaja boleh dapatkan.

Harap pembaca semua faham apa yang aku sampaikan. Terima kasih kerana membaca.

– Rai

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *