Asalamualaikum semua. Saya Aisyah. Saya diuji dengan perkahwinan pertama dalam keadaan yang sangat teruk.
Lepas 5 tahun perkahwinan baru saya tahu dia terlibat dengan najis dadah. Dari seorang yang berkerjaya yang bagus, akhirnya dibuang kerja.
Saya dijadikan tempat pelepas amarah dia. Setahun saya bertahan dengan setiap hari dipukul diterajang dengan harapan dia akan berubah.
Akhirnya saya mengundur diri bersama anak-anak tersayang, membina hidup baru tanpa suami. Alhamdulillah, kewangan saya stabil. Saya berkerja.
Selepas 4 tahun, saya membuka hati saya untuk menerima seseorang dalam hidup saya. Perkahwinan pertama untuk dia.
Saya nampak dia ikhlas menerima anak saya. Dia tak punya apa-apa, kerja biasa-biasa je.
Disangka panas hingga ke petang, long story short, rupanya dia punya agenda. Berkahwin dengan saya atas sebab apa yang saya ada. Dia nampak saya berharta. Dia cuma mengambil kesempatan.
Orang berniaga, dia nak berniaga. Tapi semua perniagaan dia tak menjadi. Saya cuma dijadikan sumber modal.
Bukan tak pernah bincang, berkali-kali saya nasihatkan dia. Berniaga bukan jalan rezeki dia. Saya pula disalahkan kononnya tak sokong minat dan kesungguhan dia.
Entahlah, nak suruh sokong macamana lagi, duit simpanan saya berpuluh ribu saya serah untuk dia buat modal.
Daripada in denial, saya cepat-cepat sedar, saya dah diambil kesempatan. Menyesal menikahi saya katanya. Tak pelah, saya undur diri. Anak-anak saya juga dah tak sukakan ayah tiri mereka.
Saya failkan penceraian. Melalui proses di mahkamah beberapa kali, dia tak setuju untuk lepaskan saya. Sayang katanya. Janji nak berubah.
Janji yang sering kali diucap. Akhirnya dia ulang balik. Saya dah tawar hati sangat-sangat.
Berkahwin dengannya umpama menerima satu lagi tanggungan.
Perkahwinan yang saya harapkan untuk saya dan anak-anak saya menumpang kasih seorang suami dan seorang ayah, akhirnya menjadi sebuah neraka untuk kami.
Kami tiada anak bersama. Anak-anak saya hanya dari perkahwinan pertama.
Berbalik kepada kes di mahkamah, saya tuntut supaya dibayar balik duit yang dia pernah guna. Berjumlah RM50k. Dia tolak tuntutan saya.
Dia beri saya syarat, jika nak dia lepaskan saya, buat satu perjanjian rasmi, yang saya TAKKAN tuntut apa-apa dari dia termasuk RM50k tersebut. Dia akan lepas saya jika saya setuju.
Saya berkeras, saya pasang peguam. Tapi proses ini akan jadi panjang. Dan jika saya menabg sekalipun, saya takkan dapat duit tu.
Mana dia nak cekau nak bayar duit. Hutang dia keliking pinggang.
Tapi mengaku yang saya ego. Saya rasa saya kena menang. Saya nak dia tanggung hutang dia tu sampai mati. Zalimnya memaksa isteri menghalalkan hutang secara paksa.
Bersetuju dengan tuntutannya membuatkan saya rasa seperti saya kalah. But on the good side, saya akan bebas dengan segera.
Menolak tuntutannya menjadikan kes panjang. Makan masa, duit pun habis. Entahlah.
Saya keliru.
Mohon doakan saya dan anak-anak saya bahagia dan dipermudahkan urusan kehidupan kami.
Allah uji saya dengan jodoh. Saya redha dan berlapang dada.
Wassalam…
– Aisyah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit