Al Jabbar Teraniayakah Aku?

Aku Ketayap. Seorang yang bekerjaya, telah berkahwin 6 tahun dan belum direzekikan anak. Walaupun aku ibarat wanita besi di office, aku sebenarnya seorang yang sangat rapuh.

Ini kisah aku. Aku harap doakan yang baik² untuk aku. Semoga doa kalian di bulan ramadan ini diangkat dan dikembalikan yang baik².

Aku dan suami jarak 8 tahun. Tapi harus aku tekankan, kematangan tak boleh diukur dengan umur. Kami berdua tinggal jauh dari keluarga dan masing² mempunyai kewangan alhamdulillah kini mapan.

Aku anak bongsu yang tak dimanjakan. Apa yang aku peroleh dari kecil semua aku usahakan sendiri membuatkan aku matang sebelum usia.

Keluarga mengajar aku untuk sedar diri yang bukan dari keluarga senang dan itu membuatkan aku sentiasa fikir yang aku bukan siapa² kalau bukan aku yang break this cycle.

Akibat agak taksub cari duit jadi hamba kerja, tahun berlalu tak rasa apa pun 6 tahun ni. Hubungan dengan suami aku sangka baik² saja tapi sebenarnya tidak. Suami tak pernah menuntut untuk ada anak.

Dia sendiri mengaku yang dia belum bersedia untuk jadi bapa dan takut tengok perut orang mengandung. Aku tak pernah ambil apa² ubat hormon. Aku kerap derma darah tiap 3 bulan. Kerap join kelas pilates dan pola makan aku terkawal.

Kadang² tergerak juga dekat hati, kenapa tak pernah terbabas pun lekat satu anak sedangkan orang lain tak jaga makan, tak senam, tak apa, mudah aturan rezeki anak. Tapi aku cepat² istigfar dan selalu yakin nanti pasti ada waktu yang tepat.

Aku pernah buat screening diam² sendiri tengok kesuburan diri selain sebab nak screening cancer dan etc. Alhamdulillah aku sihat.

Tahun lepas waktu birthday aku dikejutkan dengan surprise suami tiba² beritahu ingin berkahwin. Aku tak lah secool yang orang sangka, mengamuk besar aku. Tak ada angin tak ada ribut.

Haha, sebenarnya bukan tak ada, cuma aku yang lalai. Tahun sebelumya kami bercuti ke tempat percutian mahal rupanya atas sebab suami nak tutup rasa bersalah dia.

Aku tak setuju bermadu. Aku beri alasan gangguan orang ke tiga. Aku dah pun buat aduan jabatan agama negeri tempat aku mastautin, tapi senyap. Tak ada tindak balas, tak ada apa.

Aku penat nak bermain hati, aku beritahu suami kalau dia dah pilih perempuan tu, aku yang pergi. Suami tak nak lepaskan aku. Aku sorang² naik mahkamah, ditolaknya aku ke kaunseling. Ok, aku dan suami hadir kaunseling.

Bayangkan dalam bilik bertiga. Aku, suami dan kaunselor. Nak berbincang tapi kaunselor main phone. Tak berminat dengan kerja dia atau tak berminat dengan kisah kami. Dia lebih berminat tengok jam seakan nak habiskan session awal.

Aku malas berdepan dengan orang macam ni. Kami balik. Suami pujuk aku. Aku tetap failkan cerai. Sekali lagi diuji, mahkamah tak nak terima fail aku atas alasan aku bukan anak negeri dan diorang nak kawal bilangan kes penceraian negeri diorang.

Aku mengadu dengan keluarga suami, tapi biasalah. Menantu tetap orang luar. Aku faham takat situ. Dalam aku diuji hal keluarga, aku dapat naik pangkat. Naik pangkat, naik juga tugas. Aku bertambah sibuk.

Alhamdulillah aku masih boleh rasional tak campur hal peribadi dan kerja. Suami masih pujuk aku. Akhirnya aku termakan pujuk. Aku call perempuan tu dan beritahu aku tak nak bermadu. Dan suami berjanji tak ada hubungan lagi dengan dia.

Aku rawat hati dengan kerja. Balik kerja, hal rumah aku juga yang urus. Nafkah suami beri cuma penglibatan dalam buat tugas rumah macam tak ada. Kami cuba cari spark kami balik.

Suami mengaku yang aku ni trofi kebanggan dia dekat orang keliling terutama kawan². Selain bini muda, bekerjaya dan pandai jaga badan, aku tinggi dari suami yang buat ramai kawan dia cemburu. Entah lah..

Hati aku mati dah lama. Apa aku buat sehari-hari hanya sekadar rutin. Buaya sekali dah membuaya selamanya buaya. Sebelum puasa baru ni kantoi lagi dengan orang yang sama. Alasan suami, dia bantu orang susah. Dia lupa agaknya dia sendiri tak boleh hidup susah.

Pernah aku bawa balik kampung nenek, tikar getah kerusi kusyen, lagak bandar betul dia waktu tu. Sejak tu aku kurang²kan balik kampung nenek. Selain tak nak orang kampung terasa atau mengata, aku tak nak suami tak selesa juga.

Perempuan tu minta tolong dengan cerita sedih itu ini, yang suami pun mudah sangat memberi. Itu kes hujung tahun lepas.. yang baru ni perempuan ni nak cuba nasib lagi tapi aku lebih awal jumpa text dia waktu suami tidur.

Suami tak pernah sembunyi phone. Waktu tu aku tergerak nak main phone dia, tup keluar text perempuan tu ‘ajak bincang’. Aku baca convo beberapa hari sebelum, rupanya suami minta balik duit yang dia pernah beri dulu. Kelakar. Terang² memang tak akan dapat balik.

Time tu juga aku call dia sebelah suami yang terkulat² aku kejut. Buntang mata dia aku tunjuk no dekat phone. Aku sedih tapi kali ni lebih tenang sebab exit plan aku memang dah ready tinggal utk launch je.

Kami bercakap 3segi dalam phone. Perempuan ni suruh suami pujuk aku terima dia, tapi suami sebelah aku cepat² sangkal. Suami dah tahu aku memang nak keluar dari rumah tangga ni.

Aku beritahu suami, berapa dia hutang anggap sedekah. Aku mampu nak ganti balik sebab kereta suami pun memang tengah rosak.

Aku beritahu perempuan tu, jelas dan terang. Siap record sampai penuh memory phone bincang 8 jam habis dengar bunyi hingus je. Rasa bazir masa betul.

Antara yang aku cakap, kalau nak suami aku, ambil la. Aku tak nak bermadu. Suruh suami mudahkan urusan aku nak keluar. Mak ayah dia pun tak nak anak dia kahwin dengan suami orang.

Keluarga suami dah tahu kesah dia dan dah tengok pun gambar dia. Ayah suami tak setuju, tapi apa diorang boleh buat kalau anak kesayangan diorang ni gatal kan.

Aku pun cakap, dia muda lagi, kerja pendidik, bapa dia pun pendidik, kampung dia kecil je. Memang akan dikata orang kalau orang kampung sampai tahu kesah ni. Perempuan tu terkejut aku tahu detail siap alamat. Aku tak niat aku nak viralkan apa cuma penat nak bermain hati.

Aku bukan menidakkan poligami, tapi aku ada hak keatas diri aku yang masih sihat dan boleh mengandung, dan mampu laksanakan zahir batin. Suami nak poligami, boleh. Tapi lepas aku bukan lagi isteri dia.

Bincang punya bincang, dia menangis itu ini. Aku beritahu dia nak ganggu rumah tangga orang penat menangis bagai nak rak, percaya janji manis buaya sedangkan suami aku kat sebelah peluk aku kuat, siap kiss aku sekejap² pujuk tak nak lepaskan aku.

Nak jadi gundik sampai bila? Waktu senang datang kat gundik, waktu sakit datang kat bini. Dia masih bebas boleh cari laki bujang. Bersusahlah sama² dari bawah. Aku dah jadi bini ni nak lepas punya lah susah urusan mahkamah.

Aku cuba beri bayangan dekat suami mungkin kalau dia rasa bahagia sangat dengan perempuan tu, esok aku tak ada perempuan tu boleh jaga dia lebih baik. Eh suami cakap tak pula. Dasar buaya.

Aku jelak dah dengar. Tahap aku punya sakit hati sampai sikit pun aku tak memgamuk tak apa dah lagi. Mati rasa mati hati. Lepas pun aku bebas, tak lepas pun aku tetap tak nak bermadu.

Dalam hati aku tak henti zikir aljabbar. Betul. Berkesan untuk aku waktu tu. Kekuatan entah dari mana, aku ibarat orang luar pula cuba selesaikan masalah diorang. Kelakar.

Akhirnya sepakat, perempuan tu minta maaf dan janji tak ganggu lagi dan nak block. Aku dah hilang percaya dah.

Aku cuma cakap, jangan setakat cakap. Buat betul². Fikir masa depan, fikir mak ayah sebelum buat apa². Aku pun minta maaf balik sebab ada juga ayat aku kasar waktu tu. 8 jam kan. 12 tengahari ke 8 malam. Memang all out.

Aku ni tak lah kejam, tapi aku tak juga rasa aku paling teraniaya. Waktu tu juga aku ada sebut depan diorang berdua ya Allah ya Jabbar, berikan lah balasan buat diorang berdua ni.

Aku sorang kat sini jauh dari keluarga tapi aku yakin Allah ada. Aku dah penat. Suami dan perempuan tu terdiam macam malaikat lalu. Suami rangkul aku minta maaf.

Long story short, hujan lebat negeri sini. Aku dapat tau rumah perempuan tu naik air. Waktu office, aku ambil off. Pergi supermarket, groceries, 2 jam drive terus ke rumah dia.

Tu 1st time aku drive jauh. Selalu suami yang drive. Dengan hanya tanya apek kedai runcit, aku tak sesat. Sedangkan rumah dia tak ada no, dan tu 1st time sampai sana. Allah mudahkan aku.

Dengan bertemankan sorang officemate. Aku cakap tu rumah long lost kazen. Aku beri salam, beri barang yang aku beli tadi. Aku direct cakap dekat ayah dia apa yang berlaku. Aku penat sebenarnya. Aku cuba jaga apa milik aku.

Perempuan tu pun ada dekat situ dengan mak dia terdiam. Ayah dia minta maaf, aku maafkan tapi tak boleh lupa. Aku harap kali ni betul² selesai lah. Officemate aku suruh tunggu dalam kereta je sebab beritahu tak nak lama. Tak tahu lah mana datang kekuatan aku ni. Dah gila agaknya.

Suami pula 3x accident waktu puasa ni. 3x dia kena langgar tapi alhamdulillah tak cedera pun. Kereta je lah teruk. Elok² nak overhaul lain, makin tambah modal.

Belum lagi ada kawan dia baru² ni asyik usik dia puji² aku, pergi vacation siap tanya aku nak hadiah apa. Aku diamkan je masih tahu jaga batas. Suami je la rasa tercabar.

Makanan berbuka, baju raya, aku sediakan macam biasa. Ikut dialah nak bayar balik macamana. Aku ni tak berkira mungkin sebab aku sendiri mampu. Yang aku cari setia je. Tu paling mahal tak semua orang mampu.

Panjang pula kisah aku. Aku tak tahu ending aku macamana masa kedepan. yang aku dapat kongsi takat ni je la. Aku harap siapa² yang diuji macam aku, bangkitlah. Kita kena kuat untuk diri sendiri. Kalau orang tak sayang kita, cukup. Kalau masih sayang, jaga.

– Ketayap (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Mungkin laki ko tgk ko terlalu selesa takda anak so dia nak jd bujang try wanita lain.
    Cuba2 lah berikhtiar utk beranak sis.Ikat anak tu dgn suami.
    Wanita zmn skrg mmg gatal2 miang2 gemar merebut suami org.

    Bab cerai tu mmg..yg susah turun naik mahkamah org wanita juga.Undang2 jns apakah mahkamah syariah ni buat hingga susahkan urusan org.Ramai para wanita komplen bab ni.Nak cerai punyalah susah.

    Kalau laki ko buat hal lg..better ko duduk asing dgn dia..bawa haluan sendiri x payah semak kepala.

  2. Untuk iron lady macam sis, saya bagi nasihat satu je. Tinggalkan lelaki buaya tak sekufu tu. Move on, dah fokus pada keluarga belah sis. Rasa menyirap bila baca part suami sis geli time balik rumah nenek.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *