Al-Kisah 2019 – Decluttering, Re-organizing & Saving

Assalamualaikum IIUM readers. Tajuk ni sebagai ringkasan topik confession aku pada hari ini. Penulisan aku ni agak panjang, jadi aku minta maaf awal-awal kalau penulisan aku ni tak mencapai standard semua orang ya.

Aku seorang isteri yang tidak bekerja tetap, tetapi mengambil upah sebagai content creator di salah sebuah syarikat. Maksudnya aku work from home kerana kekangan jarak dan masa. Alhamdulillah dapat jana income sedikit sebanyak walaupun contract basis.

Sebelum ni, pernah juga buat part-time business (agen produk), tapi kekangan masa menyebabkan aku terlampau sibuk dan tak sempat nak catch up (photoshoot produk, promote dalam IG, layan customer dengan never-ending Q&A, ambil order, postage, restock produk etc).

Penat memang penat tapi aku sangat enjoy sebab aku dapat belajar banyak benda terutamanya marketing strategy. Cuma bila aku dah dilamar untuk menjadi content creator, schedule aku juga berubah menjadi lebih tersusun. Hanya deliver content mengikut jadual yang telah dipersetujui. Fixed income, too.

10 tahun dahulu, aku penjawat awam di sebuah badan berkanun, tetapi aku resigned selepas berkahwin atas sebab-sebab tak dapat dielakkan. Biasalah, bila ada kerja tetap, income pun tetap. Orang perempuan sebelum kahwin, tak ada komitmen selain kereta. Betul, tak? Bab kediaman pula, alhamdulillah kami adik beradik dihadiahkan sebuah rumah seorang oleh mak ayah aku. Rumah biasa-biasa je, mak ayah aku kumpul duit beli rumah masa masih murah dulu-dulu.

So unconsciously, aku rasa selesa dengan keadaan tu. Rumah untuk masa depan dah ada di hometown aku, tak perlu fikir pasal nak beli rumah. Time tu bujang lagi. Kerja di KL. Gaji masuk je, transfer pada mak ayah, bayar bilik sewa, dan hanya fikir tentang belanja petrol, tol dan makan bujang. Kawan-kawan minta tolong pasal kewangan, inshaallah aku tolong sehabis mampu.

Tapi itulah, sebab dah selesa, aku jadi lupa diri. Dapat je gaji, shopping. Kadang-kadang sampai lupa nak saving. Nilai shopping tu lagi tinggi dari duit yang bagi mak ayah. Astaghfirullah. Aku pernah spend RM3K dalam masa sehari. Shopping baju & produk kosmetik je. Bila ingat balik, rasa menyesal!

10 tahun dulu RM3K tu bagi aku banyak jugalah. Perangai gila shopping ni terbawa-bawa sampai lepas kahwin. Lepas aku resigned, selesa lagi sebab suami aku pun alhamdulillah mampu nak sara kehidupan keluarga kecil kami. Duit saku lain, duit nafkah pun asing. Masih boleh shopping seperti biasa. Suami aku pun beli rumah asing untuk family kami, rumah mak ayah aku bagi tu, kami sewakan saja.

Turning point aku, bila aku sedar yang saving aku tak proportionate dengan umur aku. Faham tak maksud aku? Umur aku dah 33 tahun. Kalau aku kira saving RM100 setiap bulan dari aku lahir, aku perlu ada sekurang-kurangnya RM39,600 di dalam akaun aku — tanpa diusik.

Jumlah simpanan ni maksudnya simpanan biasa, bukan simpanan ASNB dan Tabung Haji. Sebab itulah formula yang sama aku lakukan untuk anak-anak aku sekarang ni. Dari usia sebulan, aku wajibkan simpanan RM100 setiap bulan di dalam akaun TH dan ASB mereka.

So, awal tahun 2019 hari tu, aku set azam aku. Nak tak nak, aku wajibkan diri aku untuk reconstruct financial life & spending behavior aku. Tak ada tapi-tapi, tak ada alasan. Aku challenge diri aku untuk komited selama 12 bulan sepanjang 2019. Apa yang aku buat?

1. Aku PUASA shopping. Aku berjaya tak beli pakaian baru (baju, seluar, tudung) sepanjang 2019. Akaun IG aku, aku unfollow semua online shop. Hanya follow kawan-kawan sahaja. Lazada, Shopee semua aku uninstall sebab aku nak belajar kawal nafsu berbelanja terlebih dahulu. Bila kau tak follow IG shop, sekaligus timeline akan sedikit sendu. Just nampak update dari kawan-kawan pun dah cukup, kadang-kadang tak sempat pun sebenarnya, betul tak?

Black Friday sale lepas yang aku tak pernah miss sebelum-sebelum ni, aku berjaya tepis tahun ni. Walaupun aku tahu berbaloi untuk beli time Black Friday, tapi selagi tak ada keperluan, kenapa aku perlu beli? Perbelanjaan aku sepanjang tahun 2019 hanya berkisarkan isi belanja rumah (bahan mentah), keperluan anak-anak (harian dan persekolahan), set penjagaan diri dan lingerie, dan adalah sikit berkenaan job aku sebagai content creator.

2. Berkenaan media sosial, artis atau instafamous memang aku tak follow, sebab again, aku rasa tak ada keperluan untuk itu. Mungkin juga faktor usia yang lebih prefer slow and steady life di usia 30-an. Facebook pula, aku dan suami ambil keputusan untuk deactivate dua-dua. Kami create ‘fake account’ dan hanya follow page-page yang berfaedah dan portal berita dalam dan luar negara sahaja.

Seronok juga tak ada personal FB ni. Memang akan lost dengan kehidupan orang lain (kawan-kawan dan saudara mara) tapi that’s the key of happiness. Nak connect dengan kawan-kawan? We go back to old days – jemput datang rumah dan buat makan-makan sikit. Tapi mcm aku tulis kat atas tu, aku masih ada IG. Dan kerana IG juga ada rezeki aku sebagai content creator. Tapi tak adalah aku follow semua kawan-kawan di FB. Ada yang friends di FB, tapi aku tak follow IG.

3. Be content with what you have. Bila kau jarang follow trendsetters atau instafamous atau kawan-kawan yang have-have ni, kau akan rasa CUKUP dengan apa yang kau ada. Tak adalah kau rasa ketinggalan sangat ataupun rasa kekurangan.

Awal-awal lagi aku dah set dalam minda, we’re living different lives. So don’t compare. Rezeki orang lain, kita tumpang gembira dengan kemampuan mereka untuk roadtrip setiap bulan, staycation setiap weekend, JJCM seluruh Malaysia, travel abroad etc. Always be positive. Mana tahu ada rezeki lebih, giliran kita pula nanti.

Realiti hari ni, ramai kawan-kawan aku yang sanggup paksa suami apply personal loan sebab nak travel & catch up dengan trendy lifestyle sekarang. Kalau boleh, elakkan. Nak travel ke, nak renovate rumah ke, nak deco rumah kau macam showhouse ke, make sure dari lebihan simpanan atau dari dividen.

2-3 orang kawan aku pernah mesej aku untuk pinjam duit tengah bulan, bagi alasan nak bayar medical card anak, nak bayar tunggakan rumah & kereta sebab overspent time balik raya, nak renew roadtax, dan nak beli beras, pampers dan susu anak. Semuanya aku tolak baik-baik, sebab walaupun aku tak ada FB, aku masih ada fake acc (hiks).

Bila aku browse FB diorang, mampu je diorang dinner kat hipster café, tengok movie, cross Singapore & Thailand cuti-cuti, roadtrip Kelantan & Terengganu seminggu, bawa anak-anak pergi Legoland, I-City, beli Smiggles lagi. Semua taknak kalah nak ikut trend. Kereta diorang installment sebulan saja dah RM1000-1200. Sedangkan aku dan suami relaks je pakai Myvi 2010. Dari anak satu sampailah tiga orang, masih kereta yang sama.

Walaupun kereta biasa, alhamdulillah tak pernah timbulkan masalah. Time bujang dulu maybe aku pernah tolong diorang, tapi kali ni aku guna alasan aku pun kena saving untuk anak-anak aku, untuk education fund pula. Walaupun income suami aku boleh je payung semua (medical card, SSPN, ASB, TH kitorang), tapi kalau aku boleh tolong gandakan simpanan tu, why not kan?

4. ASB Financing. Bila aku mula follow tips-tips kewangan untuk restructure financial, automatically aku belajar tips-tips mudah dalam menyimpan, aku belajar dari zero pasal ASBF. Akaun ASB aku dan anak-anak memang aku komited saving setiap bulan, tapi kalau ada peluang suri rumah untuk melabur dalam ASBF walaupun tiada penyata gaji, kenapa tak rebut peluang tu kan?

Korang yang suri rumah, kalau ada income dari part time job ataupun home business yang tak ada slip gaji, korang pun boleh apply ASBF, syaratnya suami menjadi penjamin dan rekod CCRIS beliau haruslah bersih dari tunggakan. Tak perlu nak aim sijil 200K terus, mula dengan 30k dulu pun tak apa.

Kalau suami kau boleh tolong support monthly instalment ikut kemampuan dia, alhamdulillah. Duit nafkah bulanan dari suami, ambil separuh jadikan instalment. Duit hasil side income & home business, boleh simpan di akaun ASB dan TH macam biasa. Perlu ada EMERGENCY fund. Let’s say kau ada 10K cash, 5K kau buat rolling instalment ASBF, dan 5K lagi sebagai emergency fund di ASB atau TH.

ASBF ni, kalau suami isteri join sekali, lagi seronok sebenarnya. Seolah-olah kau dan suami sama-sama menabur biji benih, komited siram dan baja, sampai masa nanti, tuai hasil bersama. Tapi, satu je kau kena ingat, WAJIB ikut kemampuan. Sebab ASBF ni akan dikira sebagai komitmen dan akan beri kesan kepada kedudukan / kelayakan kewangan suami kita pula.

Suami aku dah start 5 tahun ASBF, dia mula dari 50K sahaja dan sedikit demi sedikit dia tambah nilai pelaburan ikut kemampuan bulanan. Sedikit pesanan, kalau kau nak buat long term (20-30 tahun), ambil insuran. Walaupun mahal sikit, tetapi kita tak perlu risau kalau apa-apa terjadi.

5. Kalau ASBF tak layak, jangan kecewa. ASB biasa ada, TH ada, park sahaja duit simpanan di situ. Jangan sesekali keluarkan (melainkan tak ada pilihan lain). Macam aku, aku set dari awal, ASB dan TH adalah sebagai long term investment aku. Duit untuk hari tua aku. Sebab aku suri rumah, tak ada caruman KWSP melainkan waktu bekerja dahulu.

Ada duit dalam bank rimau, bank sotong ni bukan apa, senang sangat nak keluarkan. Kadang-kadang tergugat juga iman. Secara psikologi, kalau susah proses pengeluaran wang tu, kau akan rasa meh, malas nak usik / kacau. Sedar-sedar, boleh je tak beli benda tu.

So konsepnya pelbagaikan platform simpanan. Jangan park satu tempat je. Yang penting, komited dan jangan miss. Kalau nak mudahkan urusan, link terus akaun TH dan ASB dengan Maybank. Anytime anywhere boleh tambah nilai simpanan. Cuma kena make sure jangan sesekali buat pengeluaran (especially akaun anak-anak).

Katakanlah cara aku – minimum RM200 (ASB) dan RM100 (TH) untuk setiap anak-anak. Dalam setahun seorang anak dah confirm ada RM2400 (ASB) dan RM1200 (TH), minus dividend. Kalau anak umur 3, 5 dan 7 tahun, dah berapa jumlah semua. Kalau mampu lebih lagi, syukur alhamdulillah. You’ll be surprised at end of the year. Yang penting, simpan. Walaupun hanya mampu RM10/bulan, tetap duit dan sangat bernilai jika disatukan dalam jangka masa panjang.

6. Pantau rekod CCRIS suami. Ini sangat penting wahai kaum isteri. Sekarang dah boleh check online dan tolong gunakan kemudahan ni. Bagusnya e-CCRIS ni, kita boleh monitor kewangan suami kita sekaligus kita alert dengan semua komitmen mereka. Kalau kau financial manager untuk keluarga, lagi membantu untuk re-organize dan re-structure financial commitment. Buat masa sekarang, aku hanya monitor saja, belum sampai tahap jadi financial manager (urus duit gaji suami) sebab so far, aku berpuas hati dengan suami aku yang sentiasa on time settle semua bayaran.

7. Sentiasa berbincang dengan suami, dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. Apatah lagi bab kewangan. Walaupun aku housewife, tapi suami aku tak pernah tak minta pendapat aku terlebih dahulu. Sebab kadang-kadang suami ni judgement diorang tak sedetail kita kaum isteri. Dalam mana-mana perkahwinan pun, communication is key. You speak, I listen. I speak, you listen. Then we discuss.

Nak communicate ni, kena dari awal perkahwinan. Bukan lepas 4-5 tahun kahwin, bila anak ramai, bila mula stress dengan house chores, baru nak belajar communicate dengan husband. Jangan ingat bila pendapat kita berlainan dengan suami, kita jadi isteri derhaka pula. Contoh kalau suami kau skeptikal nak jadi guarantor untuk ASBF kau, kau tackle balik argument tu dengan list downkan segala pros and cons. Explain pada suami kenapa kau perlu ada medium pelaburan sendiri.

Hari ni, memang kita suami isteri tapi apa jaminan 20-30 tahun lagi kita masih suami isteri? Kita pun tak tahu antara kita dan suami, siapa yang akan menutup mata terlebih dahulu. Rahsia Allah, kita tak tahu. Apa yang kita boleh lakukan, buat persiapan sebaik-baiknya. Sementara Allah beri kemudahan dan kelapangan dari segi kewangan, gunakan.

8. Sentiasa update dengan ilmu kewangan, terutamanya simpanan untuk hari tua nanti. Walaupun aku suri rumah, tapi bukan alasan untuk aku tak punya simpanan sendiri. Belajar tips-tips dan strategi kewangan. Pastikan ada perlindungan juga (hibah dari suami, khairat kematian, etc). Aku pun masih merangkak dalam ilmu kewangan ni, jadi kalau ada yang nak add-on dan sharing pengalaman mereka, bolehlah berkongsi juga. Aku pun nak tahu tips-tips dan strategi suri rumah lain.

9. Konmari Method. Aku sangat galakkan korang untuk try Konmari ni, walaupun SEKALI. Impak Konmari ni sangat beri kesan kepada lifestyle dan spending behavior aku. Awal-awal tadi aku ada mention aku PUASA shopping, kan? Sebab awal tahun 2019, aku amalkan Konmari ni.

Aku bukanlah hoarder, tapi suka menyimpan barang-barang yang tak perlu ada. Konmari ni bukan teknik biasa yang selalu kita buat tu – tackle sikit-sikit ikut bilik dan ruang. NO. Konmari ni, korang kena tackle by categories. Nanti korang boleh google macam mana caranya. Kalau aku nak explain dari mula sampai habis, memang kena buat satu post baru (hehe lawak je).

So, ringkaskan cerita Konmari ni, aku tackle ikut kategori (pakaian, buku, kertas, komono (miscellaneous items) dan sentimental value). Basically, kau akan de-cluttering the whole house dan rumah kau akan bersepah gila. Literally bersepah macam lepas ribut taufan & tornado. Semua benda akan ada depan mata kau tiba-tiba. Baju-baju & tudung yang kau lupa pernah beli pun kau akan jumpa balik. Tak termasuk lagi benda-benda sentimental value dari zaman sekolah dulu.

Proses de-cluttering ni bukan boleh settle dalam masa sehari atau seminggu. Boleh jadi sebulan dua sebab kau dan suami perlu bekerjasama dalam menentukan which one stays, which one goes. Yes, aku memang went through satu-satu barang dalam rumah aku. Satu kepuasan bila kita tahu apa yang ada di dalam rumah kita selama ni.

Resultnya, rumah aku memang jadi lapang. Aku re-organize dan re-arrange semua benda. Baju-baju kami semua yang kami decide untuk let go, dan masih elok, aku sedekahkan pada orang-orang kampung berdekatan yang memerlukan. Berkotak-kotak baju anak-anak aku dah jumpa tuan baru. Alhamdulillah. Satu kelegaan bila rumah kau bersih, lapang, organized, dan surprisingly, kau tak rasa ralat pun benda-benda yang kau let go tu tak ada.

Lepas berjaya buat Konmari, nafsu shopping aku macam ada tak ada je. Aku tengok baju atau barang yang cantik pun, aku tak rasa apa. Sebab aku masih ingat proses de-cluttering aku macam mana dan aku tak sanggup nak buat lagi dalam masa terdekat (haha). Aku cuma perlu maintain sahaja dan be grateful with what we have now.

Yang aku perasan, bila rumah selesa, lapang dan bersih, hubungan kau, suami dan anak-anak pun sentiasa gembira. Bila Marie Kondo mention yang rumah pun ada “rohnya” tersendiri, aku nak tergelak juga tapi bila aku dapat rasa “aura” tu, memang aku setuju. Sebab apa kau perlu jaga dan pastikan kebersihan rumah? Sebab hari-hari kau akan tidur dan bangun kat tempat tu, suami stress balik kerja pun bila masuk rumah yang organized dan bersih, terus rasa calm. Anak-anak pun nak belajar, nak buat homework, seronok.

Antara semua kategori, yang paling aku enjoy adalah baju dan komono (kitchen). Fuhh, segala mak nenek jumpa kat dapur tu. Pinggan mangkuk, set gelas yang masih dalam kotak, aku sedekah pada masjid, surau dan orang-orang kampung. Yang mana dah tak boleh guna, memang aku bakul-sampahkan. Lega tengok ruang kosong post-Konmari.

10. Sedekah dan Al-Waqiah. Rasa sempit, rasa lapang, sentiasa pegang dua benda ni. Jika urusan aku dipermudahkan, aku cepat-cepat niat untuk bersedekah. Sekarang zaman viral, lagi senang kita nak membantu. Sedekah RM10 ringgit pun dah besar maknanya bagi mereka yang dalam kesusahan. Kadang-kadang bila rajin, aku buat sandwich simple banyak-banyak dan minta suami aku share dengan operator kilang di bawah seliaannya. Kuasa sedekah ni sangat besar. Antara kita yakin atau tidak sahaja. Sedekah pada ibu bapa dan mertua, minta restu dan doa mereka. Inshaallah kau ada segala-galanya.

*****

Bila aku berjaya disiplinkan diri aku sepanjang 2019 ni, suami aku terkejut juga dengan “extra saving” yang berjaya aku kumpul. Kalau sebelum ni, banyak berbelanja pada perkara-perkara yang tak perlu. Pantang nampak sale, semua nak beli. Sekarang, aku lebih bersederhana dan ikut keutamaan. Tahun 2020, suami beri kepercayaan pada aku untuk settlekan credit card payment kami, dan terminate terus. Inshaallah doakan aku.

Dan, sebelum aku akhiri penulisan ni, aku nak berkongsi salah satu faktor yang trigger aku untuk re-structure spending behavior aku adalah apabila aku banyak baca tentang keluhan para isteri yang tak bernasib baik terpaksa tanggung semua perbelanjaan seisi rumah, dan suami isteri yang diduga masalah kewangan walaupun dulu hidup mereka mewah.

Aku sangat berterima kasih pada mereka, kerana telah menyedarkan aku bahawa hidup ini tak selama-lamanya indah. Aku doakan mereka dan semua yang sedang buntu dan mengalami masalah kewangan, semoga Allah melapangkan urusan dan membuka pintu-pintu rezeki seluas-luasnya pada mereka. Amin Ya Allah.

P/S: Kalau ada yang dah buntu dengan masalah kewangan (tunggakan hutang) yang memang tak nampak jalan penyelesaian, aku syorkan untuk slow talk dengan pasangan suami / isteri masing-masing untuk dapatkan khidmat AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) untuk intervene struktur pembayaran hutang korang. Ada pros and cons, sebab tu dua-dua (suami isteri) kena faham tentang sisi positif dan negatif once kau dah masuk program AKPK ni.

– Black Dahlia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *