Al Mathurat & Al Waqiah Pembuka Rezeki

Assalamualaikum admin..terima kasih sudi siarkan confession saya..

Terima kasih jugak kepada semua pembaca confession saya bertajuk “solat dhuha penyelamat hidup”..Alhamdulillah terima kasih atas komen-komen positif.. Happy saya tengok ramai berkongsi kesan yang menakjubkan bila mengamalkan solat dhuha..saya doakan semoga kita semua terus istiqamah..

Saya nak tambah beberapa lagi amalan yang saya rasa banyak membantu saya dari segi rezeki & memudahkan kerja harian iaitu baca ayat Al-Mathurat dan Al-Waqiah setiap pagi & petang.

Al-Mathurat saya start baca setelah mengalami depression teruk masa undergraduate dulu 10 tahun lepas. Punca depression akibat dipulaukan kawan-kawan baik sendiri. Sampai nak berhenti belajar dibuatnya & nak tukar pi U lain. Haha poyo je lebih saya nih. Tapi budak-budak baru nak up memang terasa giler bila tak ada kawan. Nasib baik mak sedara intro bacaan Al-Mathurat ni. Dia suruh amalkan pagi & petang setiap hari.

Mula-mula janggal jugak nak baca. Yelah ayat-ayat dia banyak & kena baca 3 kali setiap zikir dalam tu, jenuh nak perabih. Tapi saya paksa diri untuk baca dengan sepenuh hati. Amazingly lepas 2-3 minggu amalkan..saya rasa lebih tenang dan tiba-tiba macam baru tersedar dari mimpi buruk. Saya mula rasa bodohnya saya ni pasal kawan pun sampai nak berhenti belajar bagai . Padahal tak ada kawan pun saya boleh berjaya. Rasa nak tampar pipi sendiri je. Haha..

Bukan setakat bebas dari depression..tapi saya punya pelajaran pun semakin ok dan exam final semester saya dapat keputusan yang agak memberangsangkan. Dan salah seorang kawan saya yang pulaukan saya dulu ada yang fail. Tak tahu lah karma ke apa tapi saya tak pernah berdendam dengan diorang malah kesian pulak tengok dia fail. Huhu..

Even dah habis belajar pun saya still teruskan baca Al-Mathurat. Kalau tinggalkan sehari rasa gelisah semacam je. Alhamdulillah..Allah tu Maha Pemurah. Lepas 3 bulan graduate, saya ditawarkan kerja goverment dengan gaji yang agak lumayan . Interview sekali terus dapat. Alhamdulillah rezeki. Lepas tu dapat rezeki jodoh dengan rakan sekerja pulak. Alhamdulillah sesungguhnya rezeki tak pernah salah alamat.

Then bermulah kerja yang agak sibuk. Tapi sesibuk mana pun kerja saya cuba cari masa untuk baca al Mathurat. Alhamdulillah kerja rasa smooth je & tak banyak masalah dengan rakan sekerja.

Tapi tulah..dalam kemanisan ada kepahitan. 9 tahun dengan suami dan dikurniakan anak seorang, saya diuji dengan suami curang & end up dengan divorce. Then lepas pada tu la saya kenal solat Dhuha macam saya ceritakan sebelum ni & jugak saya mula mengamalkan al- Waqiah di samping al-Mathurat.

Saya mula amal pun lepas baca testimoni sural al-Waqiah kat IIUM confession. Haha..banyak pahala awak, admin siarkan banyak artikel yang bermanfaat untuk orang macam saya ni. Thanks a lot. Cerita tu pasal confessor selamat walaupun rumah dimasuki pencuri. Dia tak diapa-apakan langsung malah pencuri tu macam tak nampak dia. Wah, amazing! So saya start amalkan & nak rasa sendiri perubahan.

Mula-mula tak rasa sangat perubahan. Mungkin sebab dah biasa baca al Mathurat. Cuma rasa hidup smooth & mudah. Depressed lepas cerai kejap je dalam 2-3 bulan lepas tu saya jadi happy go lucky balik & dapat fokus kerja lepas amalkan Solat Dhuha & sural al-Waqiah.

Cuma satu hari saya tertinggal iphone 6 saya kat pusat gym kat poket bicycle kat situ. Lepas balik rumah dekat 5 jam baru saya perasan handphone tak ada. Masa tu rasa nak nangis je. Dalam hati rasa memang hilang dahh handphone kesayangan saya tu. Tapi saya tetap pi cari & tanya kaunter. Ya Allah rasa nak sujud syukur je bila orang kaunter cakap ada hamba Allah serahkan handphone saya kat kaunter. Masa tu terdetik dalam hati.. Allah..syukur sangat-sangat. Bila fikir balik, baru teringat…lepas balik gym tadi saya solat asar & baca al mathurat + al waqiah macam biasa..rupanya itulah jadi penyelamat.

Satu lagi yang saya tak boleh lupa..yang hari saya accident tu. Instead of Dhuha, saya baca dua-dua ayat tu. Tahu tak , saya terbabas dan langgar lori yang park tepi jalan agak kuat. Sebelah lori tu ada gaung. Kalau tak ada lori tu mungkin saya dah jatuh tergolek dengan kereta saya dalam gaung. Then, saya mengalami kecederaan di dada tapi saya cepat dibawa ke hospital oleh hamba Allah yang mulia dan bila di hospital,saya cepat dirawat. Barang-barang saya pun dia selamatkan dari dicuri. Alhamdulillah banyak perkara yang Allah selamatkan hari tu..huhu terima kasih Allah.

Beberapa bulan lepas saya jatuh sakit yang memerlukan keluarga saya datang ke tempat saya kerja. Biasa saya dok sorang dengan sewa bilik & pjj dengan suami. Saya terpaksa cari rumah sewa urgent supaya keluarga saya dapat stay untuk jaga saya. Cari punya cari rumah masa saya masih admit akhirnya jumpalah sebuah rumah sewa yang fully furnished tapi Allah nak tolong saya lagi dengan pertemukan dengan tuan rumah yang baik hati. Sebab dia tahu saya sakit, dia beri diskaun sewa bulanan dekat 30% dari harga pasaran. Alhamdulillah..Alhamdulillah..rezeki..

Dan yang terbaru, saya ada memandu di satu jalan untuk balik kampung. Tak tahulah kenapa hari tu rasa nak balik awal dari biasa. Beberapa jam lepas tu ada satu kemalangan ngeri di jalan yang sama melibatkan sebuah lori treler melanggar 16 buah kereta di lampu isyarat. Allahu..tak dapat bayangkan kalau benda tu berlaku masa saya berada di situ. Again, im saved!

Bila saya renung balik, mungkin amalan yang saya lakukan selama ni memudahkan rezeki dan menyelamatkan hidup saya dari musibah yang tak disangka-sangka. Allah hadirkan ramai orang baik-baik datang nak bantu saya.

Percaya atau tidak, semua ni berlaku pada saya. Kadang-kadang menangis sorang-sorang bila teringat bantuan Allah dalam pelbagai bentuk. Saya masih hidup hari ini kerana Allah. 2 kali saya hampir dengan maut tapi kerana Dia, saya still survive. Doakan saya terus istiqamah untuk buat semua amalan Dhuha, al-Mathurat & al-Waqiah. Mungkin amalan ni boleh sahabat pembaca cuba amalkan..In sha Allah semoga semua boleh rasa kesannya..

– Cik Qaseh

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *