Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Saya Ezaie, pernah hantar confession kat sini beberapa kali. Terima kasih admin kalau siarkan untuk kali ni juga. Saya nak cerita 2 kisah saya dalam satu tajuk ni ye.. harap boleh sama-sama bagi pandangan dan berkongsi pengalaman yang baik-baik inshaAllah. kisah pertama ni pasal Al-Mulk.
Masuk je bulan rejab tahun ni, aku dah bertekad nanti bulan Ramadan aku nak habiskan sekhatam Al Quran yang mana cita-cita aku tak termakbul pun.. sedih. So sejak awal dah latihkan diri baca surah-surah ringkas Al-Waqiah, Al-Mulk Dan Yasin. Al Quran pun makin kerap baca. Latihan ni supaya tak lah rasa letih sangat nak pulun bulan Ramadan nanti kalau dari awal aku dah kerapkan baca.
Nak jadi cerita satu malam ni aku baca Al-Mulk lepas solat ishak dan tidur. Masa malam tu ayah aku kejut aku pukul 3 lebih pagi dan tanya aku baru lepas baca yasin ke? Aku pelik juga laa.. sebab tengah nyenyak tidur ayah kejut terus tanya gitu. Aku pun tanya la kenapa. Ayah jawab dia dengar ada suara budak laki baca surah dekat sebelah aku, dia ingatkan aku yang baca yasin, tu yang dia tanya. Ayah tanya lagi ke aku ada on Yasin di handfone, aku jawab aku of handfone malam tu dan charged.
Esok paginya pun anak buah aku tanya benda sama macam ayah, ada tak aku baca yasin pukul 3 lebih pagi. Haha.. aku dah mula pening kepala, sebab anak buah pun dengar benda sama. So ada kemungkinan Jin atau.. aku teringat sebuah Hadith pasal Barangsiapa membaca Al-Mulk maka akan ada peneman beliau didalam kubur dan membacakan surah tersebut kepada si pembaca. Aku anggap Allah memberi petunjuk pada aku tentang kejadian ajaib ni. Tu niat aku berkongsi kisah ni pada semua.
Kisah kedua pula, awal bulan 5 tahun ni, aku ke HSI sebabkan asthma aku yang sangat teruk, aku ajak ayah aku pergi Hospital tapi ayah minta tunggu kakak aku dulu lastnya aku naik angin aku cakap je, tunggu lagi adik meninggal haha. Cepat-cepat ayah aku bawa aku ke hospital. Sebab nafas aku memang dah tak teratur dan aku tunggu kakak aku dah hampir 2 jam tapi tak muncul-muncul.
Masa dalam kereta aku dah rasa nak putus nyawa dengan tangan aku dah kebas sejuk tak rasa apa. Aku bantai suruh ayah langgar semua lampu isyarat. Bila sampai M.A terus tolak aku ke Red Zone dan Dr decided untuk tidurkan aku. Aku sampai Hospital lebih kurang pukul 5.30pm. Nak jadi cerita Dr yang rawat aku kat redzone tu Dr yang sama masa aku masuk Ward bulan 3. Malu juga la sebab selang dua bulan je aku jadi balik Lol.. yang pasti aku dah gelabah dan berpeluh giler so kita lupakan je lah rasa malu tu, hahahaha.
Dr kat Ed suruh Ho yang intubate aku mulanya tapi maybe tak berjaya tu yang aku disedarkan semula di ICU dan Aneast(pakar bius) datang tanya macam-macam soalan. Mungkin first intubation tak berjaya sebab aku memang ada masalah pada tulang belakang dan menyebabkan kesukaran untuk masukan tiub pernafasan. So aku ditidurkan buat kali kedua dan intubate malam tu. Genap seminggu aku pun tersedar dan semakin stabil alhamdulillah.
Aku jadi tertanya-tanya masa tersedar bila katil sebelah suruh isteri dia berbuka puasa. Baru aku tahu masa tu dah masuk Ramadan pun. Haha. Hampeh semua harapan nak habiskan bacaan Quran aku. Korang dah tahu lah kan kenapa kat atas aku kata cita-cita aku tak termakbul? Huhu
Dan nak dijadikan cerita sepanjang aku separa sedar tu, asal aku sedar full je aku dengar bunyi “Hayyal Alal Falah” (Mari menuju kejayaan). Aku pelik juga kenapa dekat Hospital tu Azan ayat yang sama berulang kali. Serius aku tak tahu apa dah jadi. Masalah otak aku ke, atau memang Allah nak bagi petunjuk atau kesan ubat bius tu jadikan aku khayal?
Para Dr tolong explain sat nak tau jugak kenapa aku pelik-pelik sangat masa aku dah sedar tu. Cer korang readers komen murni-murni.. kesian ke aku ni tak tahu nak buat kesimpulan apa haha.
Perenggan last. Maaf pada semua nurse dan petugas kesihatan. Ni adalah satu peringatan buat aku dan kita semua. Masa aku dalam keadaan koma tu aku dapat rasa nurse berkasar dengan aku dan family. Kakak aku pun akui benda ni dan ada ambil video, cuma aku kata taknak ambil tindakan atau report sebab aku rasa terhutang budi sebab diorang jagakan aku. Lagipun yang tak beradap tu sorang dua takkan semua aku nak marah dan salahkan betul tak?
Ada sekali ni sampai bladder aku bleeding sebab CBD tu dan beberapa kejadian yang menyakitkan aku kena, kena tampar sebab tertumpahkan minyak cap kapak haha..(admit salah aku. Tapi ye lah, masa pegang tu aku sedar lagi sekali tak sampai 1 minit aku dah tak sedar semula tu yang tertumpah) dengan bahasa nurse tu yang sangat tidak beradab.
Nak pesan bahawa walau kami mungkin tak sedar dan koma tapi kami masih ada perasaan dan emosi dan aku tetap berterima kasih pada semua Dr dan nurse yang jagakan aku. Terutama Mo kat Ed mula-mula tu sebab dia dah macam lipas kudung haha.. kehulur kehilir siapkan semua procedure yang perlu.. dan kejap-kejap datang check Gcs aku. Nampak betul dia concern semua patient dia alhamdulillah.
Penat jadi nurse dan Dr ni.. aku faham, sebab aku nampak dan jadi saksi betapa diorang kena herdik kena marah dari Dr, ke waris pt. But stil ambil iktibar okay? Layan lah kami semua dengan berhemah. Ok tu je.. Aku doa kita semua sentiasa sihat-sihat sentiasa. Korang pun doa lah kata aku juga sebab sekarang Pasir Gudang dah teruk semula. Harap tak semput dah aku kali ni.
– Ezaie (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit