Al-Quran Petunjuk Akhir Zaman

Bismillah. Rasa nak kongsi sedikit sebanyak pengalaman dan perasaan yang saya rasa akhir-akhir ini, moga-moga boleh menjadi pedoman buat orang lain/para pembaca yang turut struggle dengan kesedihan dan depress. Insha’Allah.

By the way, saya perempuan. Biasa saya ni, bila nak dekat-dekat dengan haid, emosi jadi tak okay, badan letih lain macam, sedih sangat-sangat atau jadi pemarah.

Kalau di luar, memang nampak okay je, nampak ramah boleh bergaul dengan semua orang, tapi kat dalam otak tu tak berhenti fikir. Dia jadi fikir benda-benda lepas yang membuatkan kita emosi, menangis-nangis, sedih je kerja, ada benda stuck sikit jadi terlalu stres.

Lepas tu scroll phone, baca benda sedih sikit nangis, letih, kemudian tidur. Lepas tu jadi tak semangat nak buat apa-apa, nak makan pun tak ada selera, duk fikir kenapa aku dilahirkan, kenapa aku tak pandai macam dia tu dan sebagainya.

Kemudian mulalah pening kepala, migrain, tak boleh tidur malam dan sebagainya.

Saya perasan kitaran sedih-sedih melampau sebelum haid ni berulang-ulang setiap kali beberapa hari sebelum haid.

Jadi lama-lama saya jadi fed up dengan keadaan saya macam ni, especially kalau time mood tak okay tu saya ada event dengan family, kawan-kawan yang memerlukan saya untuk wajib bergaul dengan orang. Sebab saya kena paksa sorok mood/emosi yang tak okay ni depan diorang.

Nak mengadu tapi rasa macam tak berbaloi sebab family, macam kakak-kakak ada anak dan banyak komitmen, tapi diorang okay je, handle anak, suami, menghadap kerja yang lagi banyak kat ofis dan officemate kan. Tak nampak pun sedih lebih-lebih macam kita.

Kebetulan tak lama lepas tu saya scroll TikTok viral tentang satu podcast Qawiy ni, dia cerita pasal surah Dhuha.

“Demi waktu dhuha, dan malam apabila ia sunyi sepi, bahawa Tuhanmu wahai Muhammad tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).”

Ayat dia masa tu rasa sangat-sangat menusuk hati, rasa terdetik macam,

“Ya Allah selama ni aku duk cari manusia dan kejar dunia yang tak kekal ni. Ya Allah, aku minta maaf kerana lama dah aku tak mengutamakan Engkau, padahal selama ini bermacam nikmat yang Kau beri setiap hari, setiap saat, tapi aku tak bersyukur.

Aku mohon ampun, ampun ya Allah, bantu aku untuk dekat balik dengan-Mu ya Allah. Bantu aku untuk istiqamah beribadat kepada-Mu.”

Lepas tu slow-slow, saya mula ubah rutin harian. Pagi bangun awal, gerak pergi kerja awal, biar ada masa dalam 30 minit sebelum thumbprint, saya gunakan masa tu untuk baca Al-Ma’thurat pagi.

Kemudian bila dah boleh catch up, saya susun jadual untuk gerak lagi awal ke ofis supaya pagi tu saya sempat baca Yasin dan Al-Ma’thurat sekali.

Sekarang ni, masa drive saya cuba pasang surah Al-Kahfi ayat 10 awal dan akhir, buat loop, dan tukar-tukar surah lain. Alhamdulillah, dia macam tak sempat nak rasa sedih tu sebab jadi fokus nak ikut rutin harian baca Quran.

Benda-benda gosip kat ofis dan media sosial pun jadi malas layan. Cuba kena usaha istiqamah dan upgrade dengan amalan lain macam qiamullail dan sebagainya.

Kesimpulannya, setiap kali rasa down, carilah ayat-ayat/kata-kata Allah yakni Al-Quran. Jangan cari hiburan dunia, nanti makin tenggelam tanpa sedar.

Banyakkan dengar ceramah ustaz-ustaz, elak gosip sejauh mungkin, dan ingat bahawa Allah lagi dekat dengan kita, Allah SWT, bahkan lebih dekat daripada urat leher yang ada pada diri manusia itu sendiri.

Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu juga datang dari Allah atas kelemahan diri saya sendiri.

Assalamualaikum..

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Slm.. betul apa yg cik Nur ckp tu.. klaw kita cuba penuhkn waktu dgn ibadah n perkara2 yg berkaitan dgn Allah SWT & islam pada akhir zaman ni, kita xsempat pon nk buat maksiat (spt mngumpat dll.), apatah lg dosa2 yg lbh besar (na’uzubillahi min zalik).. sbb bila terbaca tentang berita2 kematian, atau melihat sendiri jenazah sedara atau kawan or sesiapa shj, kita akn mula sedar, bhw hidup ini terlalu ‘singkat’ rupanya.., org yg lbh muda n sihat dari kita pon, telah mninggalkan dunia ni, kdg2 tu dgn sbb yg x dijangka; spt kemalangan, sakit yg sedikit, atau pon dlm tidur.. kita terfikir, suatu hari nt, akn tiba giliran aku pulak.. cth mcm ayam2 dlm reban or kambing2 dlm kandang tu lah.. bila tiba hari raya or ada apa2 ‘kenduri’ ke, sekor demi sekor akn jd ‘korban’, sampai la tiba kpd yg last skali.. begitu la dgn manusia juga; sorang demi sorang ‘dijemput’ utk kembali kpd-Nya.. so, apa ‘bekalan’ yg akn kita bawa ke Sana nt.. bila mngenangkan hal inilah, yg membuatkan aku ‘berazam’ utk upgrade sikit demi sikit amalan harian dan cuba kekal “istiqomah”, insha Allah.. utk lbh ‘sistematik’ sedikit, aku cuba utk mulakan sstu amalan tu bermula pd hari2 yg ‘bermakna’ dlm islam, cthnya : awal Muharam (thn baru islam), atau peristiwa Hijrah Rasulullah, atau pd hari2 Raya or yg paling afdal dlm bln Ramadhan.. caranya, setiap awl tahun islam (tahun biasa pon ok), aku akn mulakan dgn sstu yg baru, atau selama ni aku x ambil kisah sgt pon.. cth nya : solat di awal waktu, buat solat rawatib, bangun tahajud, puasa isnin n khamis, or baca qur’an setiap hari.. bkn maksud aku, buat semuanya serentak, tp satu amalan setiap kali.. cth nya, bermula pd awal muharam pd tahun ini, aku berazam akn cuba solat waktu tepat pd setiap habis azan, atau pon lbh baik jika bersedia (siap berwudhuk) di tikar sejadah, beberapa minit sebelom azan.. bila tiba ‘event’ islam yg lain pulak, kita cuba utk puasa sunat isnin n khamis pulak.., begitulah seterusnya, “one step at a time..” insha lama2 ianya akn jadi ‘amalan’ atau pon ‘habit’ kita yg berterusan.. kdg2, mesti ada sedikit-sebanyak ‘lompong’ di sana sini, tp bla itu terjadi, cepat2 istighfar, dan syukur kpd Allah, kerana Dia masih bagi kita kesempatan utk hidup dan menjalani hidup ini.. insha Allah, semoga kita semua diberi hidayah & taufiq oleh Allah SWT.. aamiin

  2. Alhamdulillah. Semoga terus istiqomah. Dan semoga kita semua di beri hidayah utk buat kebaikan. aamiinn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *