Assalamualaikum. Saya harap luahan saya ini diterima untuk disiarkan.
Apa yang berlaku kepada saya bukan terlalu dahsyat tetapi mungkin boleh dijadikan peringatan.
Ni ha, saya nak bercerita tentang membeli barang cara online. Yah, dari fb, saya nampak penjual iklankan ubat kuku.
Ubat cecair untuk merawat kuku yang rosak.
Kalau sesiapa yang mengalami penyakit kuku ini pasti tahu penangannya apabila ia meradang. Gatalnya tak boleh bawa bincang.
Saya sehingga titiskan lilin yang panas setiap kali gatal pada kuku jari saya ni.
Pakai inai pun dah cuba. Tak jalan.
Ada lagi petua, guna cili kering. Potong bahagian tangkai, masukkan minyak masak dan bakar atas api cili tadi. Sampai panas.
Potong hujungnya dan minyak yang menitik tu, biar menitis atas kulit yang sedang meradang.
Kalian fikir apa jadi? Hmm, bayanglah sendiri rasa nak mampusnya. (sorry, bahasa kasar)
Tak tahu puncanya. Berjumpa doktor, katanya alahan sabun.
Saya pula, tak suka pakai sarung tangan getah. Yah, apa mau buatlah.
Penyakit kuku ini sudah lebih 20 tahu saya alami. Pernah sembuh apabila saya betul betul jaga kuku saya sentiasa kering
Apabila sembuh, lupa diri, maksudnya mencuci sesuka hati tanpansarung tangan.
Alahan datang kembali. Sampai sekarang, tak sembuh sembuh lagi. 20 tahun tau.
Malu. Mana tidak malu. Kuku berlekuk lekuk. Kulit tepi kuku bengkak dan sensitif. Boleh bernanah juga. Siapa yang kena penyakit ni tau lah kan.
Dulu dulu, dek malu rajin saya balut dengan plaster luka. Sampai ditegur orang, belum sembuh sembuh ke luka akak. Haa, apa mau buatlah.
Balik nak cerita tentang ubat titis tadi.
Sebagai ikhtiar, saya pun belilah ubat tu. Kecil sahaja pun botolnya. 2 botol bersama kos pos ialah RM65.00
Yah, dibayar juga kerana mahu ikhtiar kan.
Baru baru ini saya pergi ke sebuah kedai yang menjual jamu dan produk kecantikan. Nampak botol benda alah ni. Saya tanya harga.
RM10 sebotol.
Jadi yang saya beli 2 botol RM55 + RM10 kos penghantaran tu dah apa hal?
Memang macam tu ye? Kalau iklan kat fb, harga naik? Atau barang di kedai tu fake?
55 dan 20 tu sangat berbeza. Kalau nak untung pun agak agaklah.
Doakan penyakit kuku saya sembuh asbab ubat titis ni dan keizinan Allah. Baru guna 3 hari jer pun, ha ha. Belum nampak kesan. InsyaAllah, nanti sembuh juga.
Yah, ķalau nak sembuh, jangan berkira wang kan. Macam reda terpaksa aje, ha ha.
Okeylah. Kepada sesiapa yang sakit, semoga Allah beri kesembuhan. Aamiin. Teruskan mencari penawar.
– Zahra (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit