assalamualaikum. first of all, thanks kalau confession ini disiarkan. ini first time saya nak berkongsi cerita yang rasanya dah tak tahu nak buat macam mana lagi.
ok. cerita ini start bila adik lelaki tunggal saya, sufian (bukan nama sebenar) kerja di sebuah pasaraya. kami tak pernah gaduh. umur dia 18 tahun. selama itulah, saya dengan dia tak pernah bergaduh. maybe sebab dia seorang je lelaki. saya paling sayang dia. kami kamceng. family saya ada 7 orang. mak dan 6 orang anaknya. saya anak yang sulung. sebagai yang sulung, walaupun perempuan, saya consider saya pegang tanggungjawab untuk jaga kebajikan family, marah ke bagi nasihat ke, semua tanggungjawab saya. kiranya, kuasa veto seorang kakak sulung.
saya pun pernah kerja part time di pasaraya itu. lepas dapat tawaran buat praktikal, saya berhenti. nak dijadikan cerita, adik saya ni, bila start bekerja, dia berubah. Bukan main peramah. saya ada tegur dia. saya katakan, “kalau nak berkawan, takpe tapi kalau nak bertepuk tampar dengan perempuan, aku tak suka”. selepas sebulan bekerja, dia beritahu dia ada sukakan seorang budak perempuan ni. aq perhatikan budak tu(masa ni, saya masih bekerja di pasaraya tu.kebetulan station kami dekat). nampak baik. saya pernah lunch sama-sama dengan perempuan tu. again, saya rasa dia baik. so, bila adik saya sukakan da, saya cakap “couple la kalau dah suka. asalkan tak buat benda bukan-bukan, bersentuh bagai, aku ok. apapun yang kau buat, jangan sampai aku tak percayakan kau.”
mak, adik-adik perempuan saya semua marah-marah, tanya, kenapa saya bagi sufian couple. saya jawab, “along nak bagi dia rasa macam mana couple ni. so, bila dia masuk universiti nanti, dia dah rasa macam mana couple ni. supaya dia tak terpengaruh bila tengok perempuan yang seksi-seksi, yang bebas. along nak dia jadi macam along. once dah rasa, lepas tu kalau kawan dok tunjuk boyfriend depan mata pun, sufian dah tak rasa apa. sebab dia dah rasa macam mana couple ni, walaupun hanya sekali. hidup di universiti lain dengan hidup di rumah. along tak nak nanti kat sana, sufian macam rusa masuk kampung.”
mula-mula sufian ok. lama-lama, dia macam tak nampak dah kami di rumah. bila minta tolong, payah sangat. bila bercakap, dia dok sibuk dengan telefon dia. kalau tak main whatsapp, dia main game. saya biarkan. dalam hati, “Biarlah. Dia 18 tahun, budak lagi”.
lama-lama saya nampak dia makin kurang ajar. ada satu hari, 10 minit lagi nak buka puasa, dia sanggup keluar pergi buka puasa di KFC sebab perempuan tu telefon, ajak bukak puasa sekali padahl mak dah siap masak, dah siap hidang di meja makan. mak saya terasa sampai menangis. 2 kali sufian belikan baju untuk perempuan tu. yang pertama, jubah. yang kedua, couple t-shirt. yang pertama, saya biarkan. bila bungkusan baju couple t-shirt tu sampai kat rumah, saya terkejut. tak sangka yang sufian akan beli lagi baju untuk perempuan tu. saya mula rasa tak sukakan perempuan tu. saya mula rasa sufian dan perempuan tu sama-sama bodoh especially bila saya dapat tahu perempuan tu ada lelaki lain.
sufian macam hanyut. ralit dalam dunianya, kononnya perempuan tu setia. sayang dia sepenuh jiwa. saya tegur dia di whatsapp. saya beritahu saya tak suka dengan sikap dia. saya tak suka dia habiskan duit untuk perempuan tu. mungkin korang rasa benda ni kecik je. baju je pun. tapi tu yang saya nampak. yang saya tak tahu? saya beritahu yang mak nangis sebab dia. saya taknak marah. saya nak layan dia macam adult. saya dah malas nak marah-marah, satu rumah bising, satu kawasan rumah dengar suara saya. saya taknak. saya harapkan dia dengar nasihat saya tapi bila nasihat tu macam sia-sia, saya buat silent treatment. saya tak tegur dia sebulan. sedihnya, semua ni jadi pada bulan ramadhan. saya rasa raya tahun ini sangat tak best. 2 hari sebelum raya, dia ada tegur saya. saya buat tak dengar tapi bila mak pujuk, malam raya tu saya tegur dia. itu pun saya tahan sakit hati. sufian tak berenggang dengan telefon dia. saya rasa macam dia tak ikhlas minta maaf dengan saya, berbaik dengan saya. saya taknak bergaduh dengan sufian especially sebab perempuan. macam bodoh je. tapi korang faham tak, perasaan seorang kakak bila adik lelaki yang kita percaya 100%, tak fikir dua kali untuk sakitkan hati kita,hati mak. adik yang selama ni pijak semut pun tak mati boleh jadi bodoh sebab perempuan. dia boleh terus pergi jumpa perempuan tu bila perempuan tu call tapi bila mak saya minta tolong, sufian bagi alasan yang dia letih, tak larat, nak tidur. siapa yang tak sakit hati?
hari raya kedua, saya mengamuk. saya almost nak belasah sufian tapi adik-adik yang lain halang. saya nak halau dia keluar dari rumah. masa tu rumah bising macam mana pun, saya dah tak kisah. saya dah tak boleh tengok sufian. hati saya, mata saya sakit nmpk dia. maybe korang rasa saya ikut perasaan. memang saya ikut perasaan. saya sayang sufian. kami tak pernah bergaduh tapi disebabkan seorang perempuan, dia sanggup buat mak, buat adik-beradik dia menangis, makan hati dengan perangai dia. bila ditegur, dia buat dengar tak dengar. buat muka tak bersalah. malam tu, pakcik saya bagi “ceramah motivasi” (saya tak suka kena bebel. mengantuk.). pakcik saya bagi nasihat, minta saya dan sufian berbaik. pakcik saya minta sufian peluk dan minta maaf pada semua adik-beradik dan mak. dia menangis. dia janji dia akan putuskan hubungan dengan perempuan tu. hati saya jadi lembut. hati saya ikhlas maafkan dia. kami ok balik. saya dah boleh ketawa bila dengan dia. saya buat lawak, ajak dia ke hulu ke hilir.
2 hari lepas ( 16/07/2016), saya tergerak hati nak check telefon dia. saya dapat tahu sufian still couple dengan perempuan tu. dok bersayang-sayang, “i love you, you don’t love me??”. saya jadi blank. tak tahu nak rasa apa. rasa kecewa kot, frustrated. tak sangka sufian tipu saya. mak diam je. dia lagi sedih. nenek sibuk menangkan sufian. dia cakap, “takpe abang. kalau mak tak suka perempuan tu, takpe. doakan nenek panjang umur, nenek terima perempuan tu jadi cucu menantu nenek”.
saya tak tahu nak tolong mak saya macam mana. dia nak sufian tinggalkan perempuan tu.kalau korang ada cara macam mana nak sedarkan sufian supaya tak gilakan perempuan tu, tolonglah. sekarang saya cuma diamkan diri. saya dah give up. saya dah tawar hati. dah tak larat nak marah, mengamuk. saya langsung dah tak percayakan sufian. buat apa kita susah-susah nak tolong orang tapi orang tu taknak tolong diri sendiri. sia-sia je. saya tak suka habiskan masa dan tenaga buat benda sia-sia. this is more like the last effort. kalau korang ada cara, sharelah. kalau takde, just jadikan benda ni pengajaran. don’t be like sufian dan me (part mengamuk dan give up tu).
thanks for reading.
– dirimasihbelajar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit