Alahai Boss

Nama I Nora. I bekerja di sektor swasta, tetapi bos I adalah penjawat awam. I nak cerita pasal bos I, yang tak tahu lah macam mana boleh jadi bos.

Dulu-dulu sebelum masuk ke syarikat ni, I bekerja di syarikat swasta di mana bos-bos bukanlah dari kategori penjawat awam.

Tapi, bos-bos ini adalah manusia-manusia yang rajin dan komited dengan kerja, tak culas dengan tanggungjawab dan sentiasa bersemangat untuk menggerakkan syarikat.

Ok, so cerita tentang bos I yang sekarang. Dia seorang penjawat awam Gred Jusa. Bukan calang-calang punya Gred, as some people know.

Bila dia dilantik di syarikat I, dari awal lagi dia memang tak menunjukkan minat untuk menerajui syarikat.

Datang pejabat pukul 10, lepas tu pegi sarapan naik kereta pejabat dengan driver, lepas tu duduk dipejabat main game dan tidur.

Pukul 2 atau 3, dia dah siap nak balik. Dia lebih suka bercerita tentang macam mana dia boleh dapatkan tanah, guna nama saudara masa dia ada kuasa di pejabat itu. Lepas tu pindah nama kepada nama dia, secara percuma.

Berlagak betul dia masa bercerita tu. Kalau nak bincang hal kerja, dia akan kata “awak buatkan lah, saya setuju je, nanti saya sign.”

Nasib baik dia dapat staff yang semuanya jujur dan amanah, kalau dapat yang jahat, memang meringkuk lah dia dalam lokap baju oren.

Selain itu, dia banyak kali juga jemput kontraktor datang pejabat, tau tau sebulan dua lepas tu, kontraktor terus dapat job yang pejabat iklankan untuk sebutharga. Yang faham tu, faham lah ya.

Bos I ni seorang yang bercakap kasar. Dia suka maki maki staff bang*ng, b*d*h, padahal diri dia sendiri yang bercakap entah apa-apa.

Jangan terkejut kalau I cakap yang bos I tak tahu nak relate dengan KPI syarikat. Penyata Untung Rugi pun tak pandai nak baca.

Semua hal berkaitan KPI, kewangan, dan lain-lain di uruskan Pengurus dalam syarikat ni.

Dia tak suka attend meeting, kalau ada mesyuarat, dia akan angkut mana-mana staff untuk ikut atau dia terus tak pegi, wakilkan saja. Ada sekali mesyuarat, Nora kena ikut dia pergi.

Sebelum mesyuarat dah beritahu dia pasal tujuan mesyuarat, dah siap sediakan nota kalau dia nak baca. Haram dia nak membaca.

Sekalinya dalam mesyuarat, dengan yakinnya dia sampaikan maklumat salah, sampai ahli ahli mesyuarat pun geleng kepala.

Lagi satu tentang dia, adalah tamak yang tak boleh brain. Bila jumpa menteri, dia boleh selamba minta minta hadiah dan wang, lepas tu cerita pada semua orang.

Kalau belanja staff makan, dia akan mengungkit dan bangga diri dia belanja, padahal lepas tu depan semua staff juga dia tanya boleh claim tak? haha memang tak boleh brain kan?

I sedih sebenarnya dengan keadaan macam ni tapi apalah yang I boleh buat… Pegawai-pegawai macam ni tak layak nak dapat pencen dengan Gred tu kalau lah macam ni gayanya dia menjalankan amanah..

gaji dah la besar, tapi bukan dia yang buat kerja pun. Apa yang dia patut fikir pun, dia suruh org lain yang fikir. Dia tak pernah terfikir berkat duit gaji dia tu ke?

Lepas tu sentiasalah mengungkit dan busuk hati pada bos-bos lain di pejabat-pejabat yang lain.

Dia selalu kata, oh bos A kat pejabat tu pencen dapat kereta, dia pun nak mintak juga lah. Bos B kat pejabat sekian-sekian dapat tanah dengan rumah, kenapa dia tak boleh dapat..

Bos C makan rasuah, senanglah jadi jutawan. Dia boleh, kenapa saya tak boleh… macam tu mentaliti dia.

Padahal, dalam akaun bank peribadi dia ada sejuta ringgit dah… pun tak cukup lagi. Umur tu orang kata macam kubur dah memanggil, pun tak cukup harta dunia.

Tapi apa-apa pun I dah hantar surat peletakkan jawatan semalam. Sebabnya, bos I selain tak buat kerja, kedekut, tamak, makan rasuah dan sebagainya.. dia jugak menggatal. I paling tak boleh tolerate bab yang ini.

Kalau umur dia muda lagi, mungkin I pun goyah-goyah juga, almaklumlah iman senipis kulit bawang.

Tapi dengan yang umur lanjut ni, tak payahlah kot, walaupun dia ada title Datuk Seri. I tak gatal nak berlaki kan Datuk Seri jadi bini nombor dua tapi sibuk nak mengaku diri Datin Seri. Choi!

Ok lah itu aje nak cerita pasal bos penjawat awam ni.. merugikan negara bayar gaji orang macam gini tau. Mudah mudahan adalah balasan Allah untuk orang-orang begini…

– Nora (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *