Entahlah. Aku pun tak tau kenapa aku nak tulis pasal cikgu ni. Ingatan aku kepada cikgu ni begitu kuat baru2 ni. Jadi, aku ambil keputusan nak menulis.
Sekadar untuk melepaskan apa yang terbuku di hati. Semoga aku lega juga selepas menulis ini.
Ini cerita lama. Dah 23 tahun berlalu pun. Entah kenapa aku masih ingat. Peristiwa yang aku rasa pedih dan tak patut. Sampai sekarang membekas dalam jiwa aku.
Tahun 2000, masa tu aku baru darjah 5. Sekolah di sekolah kampung. Memang kampung yang terperuk di dalam. Selepas kampung aku, memang dah tak ada kampung lain dah. Sekolah kecik je. Murid pun dalam 200 orang je.
Tahun 2000 tu, ada cikgu praktikal datang ke sekolah aku. Ada beberapa orang. Ada 2 orang yang aku masih ingat nama. Ustazah S dan cikgu R (bukan nama sebenar mereka). Mereka dari universiti yang berbeza.
Ustazah S ajar Pendidikan Islam. Cikgu R pula mengajar matematik.
Ada satu waktu tu, ustazah S beritahu ada audition Tilawah Al-Quran. Aku dengan excitednya pun masuk la audition tu dengan beberapa murid lain.
Dalam beberapa yang masuk audition tu, aku lah yang paling tak cantik. Serabai, gemuk, pendek dan aku akui sampai sekarang pun aku memang tak ada rupa. Hahaha.
Asalnya aku tak yakin aku akan dapat masuk tilawah ni. Pasal rupa yang macam ni selalunya tak disukai orang. Sobsob.
Tapi, ya Allah…. Allah maha kuasa. Aku terpilih untuk wakil sekolah ke pertandingan tu. Terima kasih sangat ustazah S sebab tak memandang rupa.
Oh ya. Bila wakil sekolah ni, mestilah ada wakil lelaki perempuan. So, aku selalu buat latihan tarannum dengan ustazah S ni dengan kawan lelaki aku. Sekelas juga.
Okay. Habis cerita pasal pertandingan tilawah.
Tak lama lepas tu, sekolah aku nak buat mesyuarat PIBG. Sebelum mulakan mesyuarat, selalunya kan ada bacaan Al-Quran supaya majlis lebih diberkati.
Jadi, ustazah S pun panggil aku lah jumpa dia kat perpustakaan sebab nak cakap pasal benda ni.Masa tu ada cikgu R sekali. Aku belum pun masuk perpustakaan dah “kena” dengan cikgu R tu.
Cikgu R cakap kat ustazah S ” Dia ni pun nak masuk tilawah ke?” Dengan pandangan mencebik, sinis dan menjengkelkan dia pandang aku dari atas bawah. Macam jijik sangat ya dia tengok aku.
Asalnya ustazah S panggil aku tu, aku happy sangat. Tersengih2 aku nak jumpa beliau. Selepas “kena” dengan cikgu R, senyuman aku mati. Terus aku down dan sedih yang amat.
Dia ingat budak darjah 5 tak faham kot bahasa2 macam tu. Dalam hati aku berkata : “Cikgu, saya memang tak cantik. Tapi saya pandai baca Al-Quran”.
Lepas tu aku terus masuk kelas. Aku pun tak berharap untuk baca Al-Quran time mesyuarat PIBG tu. Kan afdhalnya lelaki. Okay je la kalau aku tak disuruh baca pun. Janganlah hina aku sampai macam tu sekali.
Okay. Tu baru satu. Macam mana aku nak cerita cikgu R ni jenis pilih kasih, suka memandang rendah kat orang dan tak professional.
Ada satu hari tu, aku tak datang sekolah. Sebagai murid yang bertanggungjawab, dan rasa untuk menarik perhatian cikgu, lepas dah masuk sekolah, aku pun jumpa cikgu.
Aku bagitau aku tak datang dan nak salin kerja sekolah yang semalam. Memang betul. Aku nak perhatian cikgu dan kalau boleh nak la sikit kasih sayang sebab cikgu2 kat sekolah aku tu semua baik2.
Diorang tak pandang rendah pun kat murid2. Semua layan sama rata. Pandai ke tak, kaya ke miskin, cikgu layan sama rata je. Tapi cikgu R ni lain pula. Dah la cikgu praktikal je. Nak lebih2 pula. Haha.
Okaylah. Pastu cikgu pun bagi aku buku latihan classmate aku. Aku pun salin soalan je. Soalan je tau aku salin, jawapan aku tak salin. Dulu aku minat matematik juga dan selalu dapat A. Dah siap, aku pun hantar.
Aku rasa sangat2 pelik sebab semua jawapan aku salah. Pelik sangat2. Takkan semua salah? Takkanlah aku bodoh sangat?
Aku pun kira semula. Eh, betul je aku kira. Okaylah tak pe la kalau dah semua salah. Aku pun buat pembetulan.
Aku pun hantar. Eh. Salah lagi semuanya. SEMUAAAAA ya. Aku dah start pelik. Benci sangat ke cikgu ni kat aku sampai benda betul pun nak disalahkan?
Aku pun cek semula. Rupanya aku salah salin soalan. Katalah aku tak datang hari Rabu. Sepatutnya aku salinlah soalan hari Rabu, tapi ni aku salin soalan hari Selasa.
Walaupun jawapan betul, tapi sebab tersalah salin latihan, terus jawapan aku salah. Entah apa2 cikgu tu. Tak professional langsung.
Kalau tau aku salah salin soalan, kan dia boleh buat kat buku latihan aku “salah salin soalan” gitu. Tak de la aku buat pembetulan yang sebenarnya dah betul.
Selepas tu, aku memang dah tak menagih apa2 dari cikgu. Tak de nak menarik perhatian cikgu. Aku diam je macam buat tak tau. Rasa tawar hati. Kok ada ya cikgu macam ni?
Ye tau. Time cikgu tu datang praktikal, dia muda lagi. Mungkin umur baru 23 atau kurang. Belum matang lagi. Tapi bab pilih kasih, layanan yang berbeza tu nampak sangat.
Kalau tengok dari zohir cikgu tu, memang nampak macam orang bandar. Bersih lawa. Tapi tak de la bergaya sangat. Agaknya dia pun tak tau orang bandar kena campak mengajar kat pedalaman. Ceruk kampung pula tu, panas lah dia. Hehehe.
Kesimpulannya, tahun yang paling tak menyeronokkan dalam hidup aku sepanjang bergelar pelajar ialah pada tahun 2000. Gara2 cikgu praktikal je. Syukurrrr cikgu tu bukan guru sekolah tu. Sorry ya cakap macam ni.
Aku tak benci cikgu tu. Aku tak dendam. Cuma pelik aku masih ingat peristiwa 23 tahun lepas. Aku jadikan pengajaran.
Aku pun cikgu juga. Benda yang aku paling takuti bila jadi cikgu ni ialah kalau ada murid yang merasakan aku cikgu yang pilih kasih.
Semoga Allah jauhkan aku dari perangai begitulah. Kerana aku dah merasakan pedihnya tak dapat layanan yang baik hanya kerana rupa.
Sampai sekarang pun selalu aku kena body shaming. Dulu dari cikgu2. Masuk university, ustaz dan pensyarah pun ada yang suka body shaming. Pelik, kan?
Bukankah sepatutnya guru/ cikgu/ pensyarah/ ustaz tunjukkan contoh yang baik kepada murid2 dan pelajar2?
Apa yang cikgu R buat tu, walaupun tak sampai ke tahap body shaming, itulah yang aku paling ingat. Mungkin sebab time tu aku kecik lagi. Bila dah dewasa, orang nak ejek, “lantak kau lah!”
*Kadang2 aku tengok juga kat group FB Cikgu2. Cari juga nama cikgu R, tapi tak pernah jumpa. Kalau cikgu hidup lagi, mungkin umurnya nak dekat 50 tahun. Harap cikgu dah tak pilih kasih lagi.
– Beruang Kutub (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tak benci, tak dendam, tapi sampai la skrang awak tk boleh lupakan dia, sebenarnya awak masih dendamkan dia…