Hai semua. Aku nak luah tentang keluarga aku. Aku tak tahu nak luah kat mana.
Aku anak bongsu dari 10 orang adik beradik. Kakak dan abang aku semua dah kahwin aku sorang sahaja belum. Aku risau sebenarnya nak kahwin bila tengok keadaan family aku.
1. Family aku toksik.
Dalam family aku ni, bila bercakap walau dengan anak saudara pun, memang toksik. Suka face shaming, body shaming, suka memperlekehkan anak saudara. Terutama abang sulung dan kakak kedua aku.
Mungkin faktor pendidikan yang tak tinggi, maka kelakuan mereka juga kadang2 seperti budak2 walau umur cecah 40 tahun.
2. Family yang suka menyindir.
Aku ada kakak ipar. Kakak ipar aku gov servant. Kakak ipar aku ni okay ja cuma dia tak pandai masak. Kakak aku asyik perli kakak ipar aku ni sebab dia masak pun tengok tiktok.
Kakak aku memang lah pandai masak, dah dia suri rumah. Memang kerja dia memasak. Kakak ipar aku pula kerja. Aku faham ja keadaan orang bekerja.
Satu lagi, kakak aku ni suka atur abang aku supaya beli kat tempat murah. Kalau kakak ipar aku nk beli barang A, dia hasut abang aku pergi beli barang B sebab B lagi murah.
Kakak aku ni memang tak mampu beli barang mahal sebab dia pun harapkan duit yang laki dia bagi. Kakak ipar aku sebab dia ada duit sendiri.
Memang busuk hati betul kakak aku ni. Semua benda dia nak abang aku ikut dia. Padahal abang aku tu dah ada bini, biarlah dia dan bini dia nak buat apa.
3. Meminta-minta.
Aku kadang-kadang malu dengan keluarga aku ni. Suka meminta-minta. Nak makan mahal-mahal, nak itu ini, nak berjalan sana sini tapi semuanya harapkan orang belanja. Lagi sedih menantu-menantu lah jadi sasaran.
Menantu yang tabur duit kat family aku disayang-sayang. Menantu yang tak layan permintaan family aku dipulau. Itu aku jadi risau. Kalau aku kahwin, pasangan aku jadi mangsa family aku.
Macam mana nak betulkan family aku ni? Susah aku nak betulkan, mereka ni suka tengok salah orang ja, salah sendiri tak nak pula baiki. Bila ditegur tak boleh terima. Mereka ja terpaling betul.
– Fatin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit