Alahai M4k Mentua

Hai semua. Aku ada nak cerita more kepada pengalaman. Cerita aku berkenaan mak mertua aku dengan mak aku. Mak mertua aku akan panggil mak. Mak kandung aku, aku akan panggil mama.

Aku anak kedua dari 3 beradik. Kakak dan adik aku dua-dua dah kahwin. Ada anak. Jadi meriahlah jugak keluarga aku, sebab mama dan abah aku pun jenis yang meriah juga orang nya.

Mereka berdua bekas pesara guru. Berbekalkan gaji pencen dan kerajinan mereka, adalah extra income.

Mama abah aku rajin jugak berkebun la, tanam pokok la, pergi Cameron open order pokok, bunga, teh lah (haha aku pun naik tak faham).

Tapi what I can say adalah mereka berdua enjoying their life. Masa ke kelas megaji, mereka pergi. Habis kelas ngopi dan ngeteh.

Ada masa nak jaga cucu, mereka jaga cucu. Datang ke rumah anak-anak bawa kek dan ayam 4 fingers. So serba sedikit cerita keluarga aku.

Aku dah kahwin. Anak satu. Muda juga usia perkahwinan aku. Aku kahwin dengan A. Keluarga A ni lain dengan keluarga aku. Mak nya isteri ke 3. Anak ada 2. Satu dah berhijrah. Tinggal suami aku.

To cut short, Mak ni personally pada aku, dia kurang kasih sayang. Yalah kasih sayang suami kena bahagi 3. Kasih sayang anak pun dah minus one.

Laki aku pulak jenis yang bitter (sebab membesar dalam keadaan begitu aku rasa). Dengan cucu (which anak aku) pun mak tak ramah.

Dia dah kata awal awal, cucu jangan kasi dia jaga, penat, dia dah okay. Aku pun “oh.. okay”.

Dari sebelum kahwin, laki aku A pernah cerita, mak ada kata pasal mama. Antaranya, “Kenapa biarkan anak dia kahwin dengan orang free hair? Tak takut saham dosa ke?”

Adik aku lerr hahaha dia kahwin dengan orang free hair. Tapi alhamdulillah, dah selamat pakai tudung dah bini adik aku.

Tapi aku sedikit sebanyak terasa lah jugak. Apa kena mengena isteri adik aku takpakai tudung dengan mama? Tapi whatever.

Lama kelamaan, tiap kali aku jumpa mak, ada je yang dia cakap pasal mama. Right into my face!

“Kenapa mama Ayu baru pergi umrah sekali? Kan mampu pergi lagi. Kita ni sebagai Islam, ………” . Aku malas sambung. Korang boleh agak apa mak cakap.

Lain nya, “Nanti tegurla mama Ayu tu, dah tua-tua baju sepatutnya labuh labuh”.

“Haritu masa akikah anak kakak, mak perasan mama Ayu ada jemput jiran Cina, dia tahu tak bukan Islam tak boleh makan daging akikah? Kenapa jemput?”.

Ini antaranya…

So to make things clear, mama aku kan bekas cikgu. Ala cikgu cikgu tua dulu umur nya dalam 60 tahun ni.

Jadi banyak pakai blouse, takadalah pendek, masih menutup aurat. Labuh sampai ke peha ada yang lutut. Handsocks dan stokin. Cumanya mama bukan penggemar jubah macam mak. Mama more ke kurung.

Yang pasal akikah tu, kita hidup berjiran, di daging akikah ada sign “Muslim only”. Lagipun jiran cina aku 2 orang je, tu ha akak depan rumah dengan laki dia. Not a big issue kot? Cuma aku rasa mak taksukkan mama.

Ada satu yang cukup terkesan. Ada satu hari, aku balik kampung mak. Laki aku borak dengan sepupu dia.

Balik dari kampung mak, A tanya “Sayang cerita dekat mak ke mama meroyan?” Aku macam ehhhh?? Haha bila masa mama meroyan. Elok je tu dekat rumah kakak aku main-main dengan cucu.

Rupanya sepupu cerita, cerita menyampai yang mama meroyan.

Aku cukup terkesan sampai aku rasa dah taknak dah balik rumah mak mertua aku. Tapi tahlah, aku ni banyak kesian dekat suami aku kot.

Tapi… aku as anak mama. Sikit pun aku tak pernah cerita dekat mama aku semua cerita ni.

Pada aku dia takdeserve untuk rasa apa apa yang menyedikan. Especially yang datang dari orang luar, iaitu biras dia. Biarlah aku sebagai anak ni yang telan semua sedih tu.

Semoga aku dijauhkan dari sikap menyedikan hati orang tanpa sedar ni.

– Ayu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *