Alahan Teruk

Asslamualaikum admin dan kawan-kawan semua. Terima kasih admin sebab publish kan confession saya yang tak seberapa ni.

Saya kenalkan diri sebagai MANJA (bukan nama sebenar). Berumur akhir 20an, sudah berkahwin dan sedang hamil anak pertama hasil perkahwinan ketika pkpb hari tu, Alhamdulillah rezeki zuriat di awal perkahwinan.

Kami suami isteri merancang untuk honeymoon setahun kononnya nak jalan sana sini. Salah satu sebabnya, sebelum berkahwin kami hanya boleh berjumpa weekend sahaja, then pukul 6 kena hantar saya balik, tu rule ayah, a big no to perempuan yang keluar malam katanya.

Jadi lepas berkahwin konon nak jalan sana sini la berdua sampai malam buta. Kita hambaNya hanya mampu merancang, Allah yang menentukan, Alhamdulillah.

Nak dijadikan ceritanya dekat sini, jeng jeng jengggg. Saya baru mengandung dalam 3 bulan je. Tapi, Ya Allah. Derita “morning sickness” nya tu teruk sangat-sangat. Tak boleh panggil morning sickness dah ni, the whole day alah dia, sikit-sikit makan nak keluar balik.

Bangun tido bukak je mata terus loya. Gosok gigi loya, cuci muka loya, ambik wudhu loya, solat loya (kadang-kadang terpaksa batalkan solat sebab nak terkeluar sangat dah isi perut tu).

Pagi-pagi nak pergi kerja tu, nak mandi siap-siap pergi office dalam toilet dengan perut kosong tak sarapan lagi muntah sampai mulut rasa pahit.

Tiap kali solat doa “Ya Allah kurangkanlah loya aku Ya Allah, aku niat nak cari rezeki Ya Allah”. Pergi klinik kesihatan, doctor cakap normal. Saya cakap dekat doctor “tapi dah melampau sangat loya nya ni doctor” doctor pun mampu gelak je.

Saya dah google macam-macam tips kurangkan loya ni, satu pun takde kesan. Tengah type ni pun rasa loya. Kadang dalam toilet saya lepas muntah-muntah tu, duduk kejap sambil menangis. Seksanya nak jadi ibu.

Tiba-tiba jadi teringat ibu saya cerita ibu pun alahan teruk. Tapi saya masa tu fikir “InsyaAllah aku tak teruk la”. Sekali hambek ko.

Sebelum mengandung, lepas kahwin memang saya setiap hari masak. Siap masakkan bekal untuk suami sebab nak elak orang beli makanan ramai-ramai, lagi pun boleh berjimat sebab kami suka jalan-jalan. Hehe.

Tapi sejak pregnant saya memang tak boleh hidu bau makanan mentah, bawang ke ayam ke ikan ke semua tak boleh. Bila bau makanan mentah, saya rasa sebak dulu then loya teruk.

Sebelum pregnant saya sangat suka seafood. Semua jenis seafood yang boleh makan memang saya bedal je. Sekarang ni bau je seafood rasa nak muntah terus.

Hari tu ada la saya beli lobster sikit sebab sebelum pregnant teringin. Masa pregnant beli, saya bau sikit je muntah terus. Last2 suami makan sorang.Tu baru bau-bau.

Kena pulak weekdays. Kerja saya memerlukan commitment yang tinggi. Kena cergas buat kerja sebab client sentiasa request “URGENTLY”.

Tapi sejak pregnant ni saya rasa saya ambik masa 2 kali ganda untuk siapkan satu kerja dalam sehari tu. Dengan ke hulu ke hilir, sesak o nafas dengan pakai mask. Sebelum pregnant tak macam ni.

Kadang tu bila banyak sangat jalan sana sini cepat-cepat, perut rasa sakit sikit saya slow kan kerja. Tengok PC lama sangat saya rasa loya.

Kadang ada request dari team lain pun nak cepat manjang, orang takkan faham seksa nya alahan teruk ni. Kalau faham pun ada limit. Takkan tiap hari orang nak faham ko punya alahan je kan.

Lagi satu, bila mengadu dekat suami, dia faham dia banyak bantu, tapi tulah, time tengah mengadu tu dia punya muka takde reaction apa. Tu pun buat emosi saya tak stabil. Rasa macam “ni anak u tau, u punya pasal la i pregnant” hahaha.

Cerita dekat kawan pulak dorang jadikan bahan gurau siap cakap saya ni drama queen. Memang takde sapa faham perasaan kita yang macam tisu ni.

Tapi Alhamdulillah suami sangat-sangat membantu even muka takde reaction nya tu buat orang sakit hati. Banyak tolong buat kerja rumah. Dia tak pandai masak, jadi kami order je. Selalu fikir “tak sihat ni makanan luar” tapi terpaksa dah sebab saya terus muntah bila bau benda mentah.

Yang kesian tu kadang-kadang suami pun saya rasa busuk (suami saya wangi ye, ketiak pun wangi hahaha). Tapi best nya pregnant ni suami layan macam puteri. Mintak makan apa je semua dapat.

Satu je belum dapat lagi, tu pun sebab pkpb skrg ni. Saya teringin nak pergi Pantai Sekinchan cari siput timba, rebus dan makan fresh2 tu. Tapi belum dapat sampai sekarang.

Pregnant ni saya makan tak banyak tapi kerap sebab makan je keluar balik, terus lapar balik. Suami banyak belikan roti dan biskut buat stock sendiri dekat office.

Ada satu kerenah yang saya teringin sampai ter menangis, ada sekali tu teringin sushi tapi saya nak tengok sushi tu pusing-pusing macam kita makan dkt sushi king tu ye kawan-kawan. Ingat nak pergi lepas magrib la untuk dinner konon.

Sekali pkpb ni sushi king area rumah kami 8.30pm dah siap-siap nak tutup. Time tu sebak dah. Suami belikan sushi biasa tapi dia ada cakap “siang tadi dah makan sampai 90+ kan, tak payah mengada”

Uish dengar je suami cakap macam tu terus berjurai air mata (time ni malu dengan suami tapi tak boleh berhenti air mata tu).

Kadang-kadang saya rasa stress sangat dengan loya teruk ni sampai saya menangis mengadu dekat Allah,

“Ya Allah, Kau dah berikan ada rezeki zuriat awal ni, permudahkanlah urusan aku membesarkan dia dalam perut aku ni, aku penat Ya Allah siang malam loya” lepas tu istighfar banyak-banyak sebab rasa tak bersyukur.

Bila tengah malam tak dapat tido, tengok suami tido lena ya amat, tu pun saya jadi sedih. Doctor cakap 3 bulan pertama ni biasa memang alahan teruk. Mintak2 lah 3 bulan je. Tak larat nak loya sepanjang 9 bulan oi.

Semoga suami saya tak fade-up layan kerenah mak buyong manja dia ni. Semoga baby dalam ni sihat belaka, kalau boleh twins ke kan hahahha. Belah ayah ibu memang banyak twins, saya pun ada adik twins, jadi saya banyak doa mintak twins hehe tapi takdela terlalu mengharap.

So conclusion nya dekat sini, macam mana orang boleh cakap dia enjoy the process being a mom, maksud saya dorang cakap dorang enjoy morning sickness semua tu. I CANNOT SISSSSSS. Saya tak faham bila orang cakap macam tu.

Saya akhiri confession saya ni dengan doa semoga wanita-wanita yang dah berkahwin di luar sana diberikan zuriat, dipermudahkan urusan ketika dan selepas pregnant. Pada sesiapa yang sedang berusaha mendapatkan zuriat, semoga kalian dikurniakan zuriat cepat-cepat.

Terima kasih banyak sudi baca confession tunggang-langgang saya ni. Lega rasanya dapat luahkan.

Assalamualaikum kawan-kawan.

– MANJA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *