Assalamualaikum.. terima kasih iium confession sebab bagi ruang untuk aku share cerita aku.
Sebelum memulakan confession aku pada kali ni, let me introduce myself. Cukuplah korang kenal aku dengan nama Cik B. Aku baru sahaja tamatkan pelajaran aku di Moscow lulusan ijazah perubatan. Tak perlu tahu sejarah aku yang lepas sebab apa yang bakal aku ceritakan dekat sini takde kaitan pun dengan apa yang terjadi sekarang.
Aku tahu apa yang bakal aku ceritakan di sini tak semua orang boleh terima dan percaya. Terpulanglah nak percaya atau tak, tapi jika ada manfaat ambillah sebagai peringatan dan tauladan. Kalau tak ada manfaat yang korang boleh dapat, anggaplah ini hanya luahan seorang kawan kepada kawannya.
Sebelum balik ke Malaysia, ada sesuatu yang pelik berlaku. First, pernah sekali aku terjaga dari tidur sebab ada orang tarik selimut aku. Tanpa fikir apa-apa aku tarik balik selimut aku dan sambung tido. Dalam masa yang sama sempat jugak aku pusing sebelah nak tengok roomate aku ade ke tak, manalah tau kot kot dia nak prank ke apa tapi for sure dia tak pernah buat macam tu sebelum ni. Okay benda ni habis sampai sini je. Yang lain aku tak nak cerita. Aku mention cerita ni je sebab yang aku sedar/ingat, time ni lah aku start rasa something wrong. Tapi aku abaikan aje memandangkan 2 years ago aku dah biasa hadap benda macam ni.
Setibanya di Malaysia, makin hari makin banyak perkara pelik yang berlaku. Silap aku sebab anggap benda ni biasa dan tak ada apa apa yang pelik pun. Macam aku selalu fikir, alah kebetulan je.
Suatu hari, kami sekeluarga decide nak pegi berkelah dekat satu tempat ni, maaf aku terpaksa rahsiakan tempat ni. Lagipun aku tak rasa tempat ni menjadi punca semua ni terjadi, so korang tak perlu risau. Kami pergi sana konvoi empat buah kereta. Lepas siap mandi makan semua kami bertolak balik ke rumah. Adik aku balik dengan sepupu aku, naik kereta lain. Aku drive kereta mak cik aku. Adik aku lagi sorang drive kereta mak aku. Adik aku yang naik dengan sepupu aku sampai rumah dulu dan aku paling last sebab hantar kereta dan anak-anak pak cik aku dulu dekat rumah dia. Sampai je rumah, aku dengar adik aku jerit. Time tu dah maghrib. Adik aku jerit pastu terus berlari keluar rumah ikut pintu depan.
Mak aku dah cuak dah. Kenapa kenapa? Mak aku tanya adik aku. Pastu adik aku cakap ada burung terbang dalam rumah. Aku, adik aku lagi sorang dan mak aku krik krik kejap depan pintu sebab hairan. Celah mana burung nak masuk sebab semua pintu tingkap tutup. Tapi adik aku yang lagi sorang tu terus masuk rumah tutup semua lampu. Dia biarkan lampu dapur basah je terbuka. Pastu burung tu pun terbang ke arah tempat yang cerah tu and last skali burung tu keluar ikot pintu dapur. Time tu mak aku cakap kalau orang tua tua dulu ada cara nak halau burung tetiba je masuk dalam rumah ni. Tapi semua anak anak ni buat tak tahu je, pergi mandi solat maghrib semua. Stop sampai sini.
Suatu hari, aku dan adik aku pergi melawat sedara kami di hospital. Jauh jugak dari rumah kiteorang, amik masa dalam satu jam setengah jugaklah perjalanan. Dalam perjalanan pulang ke rumah, masa tu maghrib jugak, adik aku lalu jalan shortcut sebab memang aim nak solat dekat rumah je, tak nak singgah memana dah. Sampai satu kawasan ni, jalan selekoh, aku nampak ular besar gila melintas atas jalan raya.
“Eh ular!” Kaut jugak aku jerit nak bgtau adik aku sebab tak nak dia langgar ular tu. Tapi adik aku buat bodoh je. Dia cakap mana ada ular, tak de ape pun.
“Betul aku nampak ular tu besar kot, tapi rasanya macam kita dah pijak dia”
Okay perbualan kami terhenti seketika. Keadaan sunyi je. Pastu aku cakap dekat adik aku “rasanya macam kena singgah memana je sebelum balik ni”
Adik aku macam faham je. Adik aku jawab ” okay kita singgah kedai jap nanti”
Sampai je dekat kedai adik aku suruh aku turun sekali. Kami pun jalan masuk kedai. Pastu adik aku cakap ” aku rasa macam ada orang tumpang je dekat belakang tadi lepas kau cakap kau nampak ular tu ”
Meremang bulu roma aku masa tu. ” Aku pun rasa benda yang sama weh sebab tu aku ajak singgah memana dulu sebelum balik ” balas aku lagi.
Tak tahu nak beli apa, beli jela air pape. Lepas siap bayar, kami berdua masuk kereta tanpa tengok seat belakang. Dalam kereta tu adik aku cakap macam kena singgah lain lagi lah tapi tulah dah 7.45pm, solat pun belum. Aku decide nak balik jugak sebab dah lewat takut terlepas maghrib pulak dek syaiton yang direjam ni. Sampai je rumah, solat semua, terus cerita dekat mak aku. Pastu kiteorang tengok tv, serious rasa macam ‘perempuan’ tu ada je dalam rumah kiteorang.
Keesokkan harinya, adik aku cerita benda ni dekat pak cik aku. Pak cik aku ni imam masjid kampung kiteorang, dia jenis boleh rasa kalau ade pape yang berlaku. Bila adik aku cerita dekat dia, dia cakap yang aku nampak malam tu bukan ular tapi benda yang berupa ular. Sekali lagi aku buat tak tahu je. Dah memang ular yang aku nampak. Pastu habis sampai situ.
Pada malam minggu, kalau ramai ramai kumpul dekat kampung, biasanya kiteorang akan pergi main futsal. Suatu malam, lepas , main futsal aku ajak la dieorang pegi 7e untuk beli air sebelum balik rumah. Dah aku yang driver dieorang terpaksa akur jelah haha. Okay dalam perjalanan nak balik tu lalu dekat satu kawasan ni, gelap jugak area situ, then aku nampak sorang laki berjubah putih berjalan dekat tepi jalan. Aku tengok jam. Masa tu dah almost 11 mlm. “Uish lewat betul balik masjid” aku bermonolog sesorang. Pastu aku tengok lagi skali mamat berjubah putih tu ikot side mirror….. guess what? Dah tak de okay dah hilang dah. Pastu aku cakap dekat adik aku, “dik, kau ingat eh tempat ni”
Adik aku dah faham dah.
Sampai je dekat rumah adik aku tanya. Pastu aku pun bgtaulah dia. Aku tak cerita dalam kereta tu sebab sepupu aku dalam kereta aku tu ramai bebudak lagi. Sekolah menengah, sekolah rendah. Aku tak nak cemarkan fikiran dieorang dengan cerita macam tu sebab tu aku diam je dalam kereta malam tu. Keesokkannya aku cerita dekat mak cik aku. Mak cik aku tanya dekat mana nampak tu? Aku cakap la dekat dengan masjid ………. ade macam kedai kedai sket. Pastu mak cik aku jawab oh situ memang kalau yang kemalangan confirm mati. Banyak dah kemalangan berlaku area tu. Aku pun macam oh okay….. takde ape kot. Okay habis macam tu je.
Pada malam minggu seterusnya kami pergi berfutsal lagi. Selalunya empat kereta tapi malam ni dua kereta je sebab memasing penat dengan majlis aqiqah anak sepupu aku tengah hari tu. Kiteorang main dalam 30 min, pastu adik aku ajak balik. Semua macam alah rileks lah baru 30 min kot. Dengan muka paksa rela adik aku sambung main. Lepas satu jam sepupu aku datang. Beriya la kiteorang main bila makin ramai. Almost 11 pm kiteorang memasing dah penat pastu sepupu aku yang umur 5tahun tu nangis nak balik sebab lapar. So kiteorang pun balik.
Semua dah masuk kereta dah, tinggal sepupu aku ni rajin pulak dia pegi tutup semua lampu. Aku redha je tunggu dia dalam kereta. Sepupu aku dah gerak. Aku pun start undur kereta. Pastu sepupu aku tanya ” eh semua orang dah naik kereta ke? Asal aku nampak ade orang tengah padang weh?”
Aku dah cuak dah time tu. Aku pun pasang je cd mengaji tanpa bagi respon pape dekat sepupu aku. Pastu sepupu aku ulang lagi soalan sama sebab dia risau kot kot ada yang tertinggal dekat situ. Aku pun suruh adik aku call sepupu aku. Pesan dekat dia supaya jangan balik rumah terus, jumpa dekat kedai. Call adik aku lagi sorang supaya semua orang kumpul sana dulu sebab nak kira total semua cukup ke tak.
Kebetulan pulak kedai tutup!!!! Allahu rabbi.
Tanpa fikir panjang, aku suruh semua orang park kereta depan masjid, pastu memasing kira berapa orang dalam kereta. Semua orang cuak kelam kabut dibuatnya. Kira punya kira semua cukup. Pastu adik aku tanya ” mesti ko ada nampak pape kan?” Dengan selamba aku cakap “not me, jom kite pegi minum dulu, cerita dekat sana”. Kiteorang pun konvoi la tiga buah kereta pegi kedai.
Adik aku yang drive kereta satu lagi tanyalah kenapa. Then sepupu aku start la cerita dia nampak orang sebelum balik tadi. Pastu adik aku yang tanya tu diam… tetiba dia bersuara “sebenarnya aku nampak orang tu masa memula sampai lagi. Tapi bila aku buka lampu orang tu dah takde so aku assume tak de pape lah. Tapi lepas kite main 30 min, aku rasa semacam je. Aku ajak balik semua orang tak nak”
Aku pun cakap la aku terbau benda busuk time aku jaga gol sebelah yang korang nampak macam orang tu. Semua yang pernah gilir gilir jaga gol sebelah sana pun pandang sesama sendiri. Dieorang pun rasa macam ada benda tak kena tapi memasing buat bodoh, memasing fikir alah takde apa kot. Lepas minum air semua, kiteorang pun balik rumah. Almost 12 malam jugaklah kiteorang sampai rumah. Mak aku pun start call, mak cik aku pun start call sepupu aku tanya kiteorang kat masa sebab kiteorang tak pernah balik lebih 11.30 mlm.
Sampai je rumah macam biasa mengadu dekat mak. Kebetulan maksu aku ade dekat rumah jugak time tu. Panjang lebar cerita, last skali mak aku suruh semua orang tido dalam bilik dia. Sebab banyak benda berlaku lately. So kiteorang pun akur je tido reramai dalam bilik tu. okay sekali lagi cerita ni habis sampai sini. Kiteorang pun dah lupa dah benda ni.
Satu hari, aku sakit perut. Sakit kali ni lain macam. Aku tak boleh nak makan, tak boleh nak minum air. Kalau makan je rasa macam nak muntah. Terguling guling tahan sakit. Sesak nafas. Luckily mak aku balik tengah hari tu, mak aku tak jadi nak bebel bila tengok aku meronta-ronta sakit atas katil. Makin lama makin sakit. Sakit dia tu ya Allah azab sangat aku rasa. Aku sakit tapi aku xleh duduk diam. Aku tarik rambut aku sendiri, rasa macam panas, tapi kaki aku sejuk yang amat, bibir terketar-ketar, meronta sana sini. Mak aku sampai tak jadi masuk ofis, sepupu aku yang tengok aku time tu pun dia geleng kepala.
Sebab dieorang kesian tengok aku meronta ronta sebab sakit sangat, kak long (sepupu aku, semua orang panggil kak long sebab dia cucu first kot?) aku call mentua dia sebab nak bawak aku pergi jumpa ustazah. Dipendekkan cerita, sampailah kiteorang kat sana. Bila aku menghampiri ustazah tu, dia cakap kenapa ni panas semcama ni, bawak apa ni? Masa tu aku tak leh fikir apa dah. Aku sakit sangat dan penat yang amat. Ustazah tu baca ayat biasa biasa je, al fatihah, ayat qursi, ayat seribu dinar, potongan surah yasin pastu ada beberapa ayat lagi yang selalu je kita amal tapi aku lupa ayat apa sebab aku tak boleh fokus dah bila lama sangat dia baca sebab aku terlalu penat. Habis je ustazah tu baca, aku muntah. Banyak sangat. Satu pertiga paper bag kot. Tu first time dalam hidup aku, aku muntah banyak macam tu. Masa muntah tu sakit tak tahu nak cerita macam mana.
Pastu aku pegi basuh muka semua. Pastu aku sandar dekat sofa rumah ustazah tu. Aku tak cakap pape dengan ustazah tu sebab aku penat dan aku still lagi rasa sakit. Dalam perjalanan pulang aku tido je. Bila aku terjaga tu kak long aku cakap ustazah tu bagitau ada orang letak benda tak elok dalam makanan aku. ‘Dia’ buat ni dah lama dah. Mak aku tak percaya kawan aku buat macam ni. Mak aku cakap la kalau gangguan tu mungkin tapi kalau orang buat tuuuu…tak kot. Entah. Aku tak nak fikir semua tu. Apa yang aku tahu medically doktor tahu apa penyakit aku. Cuma yang menghairankan aku, 4 orang pakar aku jumpa, semua diagnosis dia lain lain. Aku ikot nasihat kenalan aku, juga merupakan seorang pakar, identiti biarlah rahsia.
Last aku jumpa doktor aku, dia cakap macam ni ” saya tak nak tipu awak, saya tak nak bagi harapan palsu dekat awak. Penyakit macam awak ni biasanya akan tanggung sakit sampai bila bila. Apa yang saya boleh bantu cuma untuk kurangkan rasa sakit awak je. Kalau awak tanya kenapa benda nj berlaku dekat awak tapi kawan awak tak jadi macam ni saya pun tak dapat nak jawab ”
Dalam hati aku ‘ ye doctor saya tahu semua ni, saya pun belajar benda ni saya pun dah tanya benda ni dekat cikgu saya dulu ‘. Saya dah berkawan baik dengan pain killer sejak 5 tahun yang lalu kot……
Okay berbalik pada tadi, setibanya di rumah, aku terus masuk bilik dah baring je. Mak aku paksa aku makan tapi aku tak boleh nak makan, rasa macam nak muntah. Nasi air tu rasa macam entahlah aku pun tak tahu aku nak describe macam mana. Waktu tu maghrib lagi, aku jadi resah gelisah. Tak boleh duduk diam. Sakit masih bersisa tapi aku rasa resah,kulit aku rasa macam ada orang kikis pakai pisau, entahlah tak tahu nak cakap macam mana. Aku gosok gosok tangan aku dah macam orang ketagih dadah. Kejap baring atas lantai sambil nangis. Aku pun tak tahu aku nak apa.
Mak aku dah buntu tak tahu nak buat apa. Pastu mak aku pasang juz amal. Aku rasa okay sikit, pastu aku muntah lagi. Aku rasa semua benda dalam perut aku keluar. Rasa nak muntah tapi takde apa dah yang keluar. Tinggal angin je. Dahla tak makan apa, pastu muntah je keje. Lepas muntah tu lega sikit. Aku tertido. Aku rasa malam tu aku boleh tido lima minit je pastu terjaga. Sepanjang malam tu keje aku nangis je pastu guling sana guling sini. Mesti korang tertanya tanya kenapa aku tak makan je pain killer kan? Aku tak makan sebab gastrik aku makin teruk, perut aku pedih yang amat. Bila aku try utk makan, tak sampai 30 minit aku muntah. Aku muntah semua yang aku makan tu. Apa yang aku mampu buat, aku makan ppi dulu sebelum nak makan pain killer tu. Tapi lepas aku makan ppi, aku tertido. Aku terjaga sebab back pain. Time subuh je aku rasa aku tido paling lama.
Start 8.30 pagi aku try nak makan, tapi tak boleh. Senggugut datang lagi. Orang lain senggugut akan baring je. Tapi aku tak. Aku pusing aku jalan satu rumah terbongkok-bongkok sambil nangis tahan sakit. Aku ulang ke hulu ke hilir tempat sama. Aku tak leh stay atas katil je. Aku tak tahu kenapa. Kejap aku tertido dekat sofa depan tv, kejap aku duduk atas lantai dekat depan bilik mak aku. Sampailah tengah hari mak aku balik tanya nak pegi klinik ke tak. Aku cakap nak sebab nak inject, memang tak boleh nak makan pain killer macam tu je sebab aku dah dua hari tak makan.
Sampai di klinik, kebetulan pulak klinik tu pasang surah yasin. Ya allah masa tu aku rasa macam kulit aku terbakar. Rasa macam pedih sakit tapi aku tahu hakikatnya bila tengok dengan mata kasar kulit tangan aku takde apa pun. Aku tak tahu kenapa aku asyik duk fikir takde apa lah. Perasaan je kot. Lepas inject tramal, aku balik rumah. Sampai rumah aku terus baring. Mak aku ajak makan pun aku tak hiraukan sebab aku tak larat. Perut still rasa sakit tapi aku mampu untuk duduk diam dan tidur je. Walaupun aku tido bukan deep sleep pun tapi aku dah rasa okay sangat sebab aku boleh duk diam. Badan aku still sakit, ye satu badan rasa sakit. Aku pun tak tahu macam mana nak describe. Haritu baru aku boleh minum boleh makan, walaupun sikit tapi takpe asalkan boleh makan.
Malam tu still lagi rasa sakit, tapi aku abaikan aje, aku pegi rumah sepupu aku. Saje lepak sebelum dia gerak nak pegi aussie hujung minggu ni. Sembang punya sembang, aku pun balik. Susah jugak nak tido malam tu sebab aku rasa panas sangat. Pukul satu pagi aku terjaga, aku pun masuk tido dalam bilik mak aku. Macam biasa , walaupun aku penat sangat tapi tido aku still terganggu. Aku akan terjaga setiap satu jam sampailah subuh.
Apa yang aku cuba nak sampaikan, jangan korang pandang remeh benda benda macam ni. Jangan jadi macam aku , semua benda “takde apalah”. Tak kesah korang nak judge aku schizo ke apa, bagi aku apa yang rasulullah tinggal untuk kita amal tu bukan benda sia sia. Sebelum aku kena macam ni, aku dah lalui benda yang lagi teruk sampai aku tak boleh tido satu semester. Tapi aku tak nak cerita sekarang. Tengoklah kalau aku rajin aku tulis lagi.
Tak kisahlah kalau korang nak cakap apa yang berlaku dekat aku ni karut je semua. Aku tak kisah. Cuma aku nak pesan, kalau ada benda pelik berlaku dekat korang, kau tak yah la pakai bomoh kain kuning ke apa, tapi kau amallah ayat ayat allah. Aku dah lalui banyak benda sebelum ni. Nak berfikiran positive macam aku tak salah, tapi dalam masa yang sama kau mesti amal ayat pendinding. Untuk kebaikan kau, untuk didikan hati kau jugak. Tak rugi pun bila amal ayat allah, hidup kau pun jadi lebih tenang.
Pasal ustazah tu cakap ada orang letak benda tak elok dalam makanan aku tu pun aku tak kesah, aku pun tak nak tahu kau sape dan kenapa. Betul ke tak apa ustazah tu cakap pun aku tak nak tahu. Aku tak nak didik hati aku dengan sikap dendam atau benci dekat orang. Kalau betul pun ada orang buat macam tu aku doakan dia semoat taubat sebelum dia meninggal.
Pesan aku, binalah persahabatan tu kerana Allah. Jangan ada hasad dengki. Kita hidup tak lama, tak de apa pun nak dikejarkan dekat dunia yang sementara ni. Moga kita lebih fokus mengejar amal untuk kebahagiaan akhirat yang kekal. Doakan aku terus kuat dan lebih ikhlas dalam beramal. Aku doakan kebahagiaan buat semua kawan-kawan aku. Sekian.
Yang ikhlas ,
Cik B
– Cik B
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit