Alam Barzakh Mengejar Aku

Salam alaykum.Hai.hopefully admin dapat siarkan confession aku..

Aku takut mati??Ye, aku takut. Alam barzakh yang aku bayangkan mungkin yang realitinya lebih dahsyat. Wallahu ‘alam.

Setahun selepas kematian ayah aku, satu perasaan takut yang teramat sangat menyelubungi diri aku. Yang peliknya, perasaan takut ni waktu malam je datang. Masa ni bulan puasa. Mungkin sebab terbawa-bawa perasaan rindu kat arwah ayah. Arwah ayah meninggal masa bulan puasa ketika tidur. Tahun sebelum tu tak sempat langsung sambut puasa sama-sama. Jadi setiap kali bulan puasa rindu jadi membuak-buak. Aku asyik terfikir macam mana ayah aku kat dalam kubur. Is he okay? I missed you so much.

Perasaan ni terbawa-bawa sampai aku terfikir kalau aku mati time aku tidur camana. Aku tak boleh tidur sepanjang malam dekat dua minggu masa bulan puasa. Setiap kali nak tidur, aku bayang malaikat datang nak ambik nyawa aku. Sampai tersesak nafas aku sebab takut sangat. Sebelum tidur, memang aku dah solat taubat siap-siap. Then, siap-siap nak tidur. Apa yang aku buat, aku dengar ayat Al-Quran guna earphone sampai aku terlelap dekat pukul dua tiga pagi camtu. Okay, masa ni puasa kat rumah.

Bila dah tertidur, terjaga bangun sahur ni cuak betul. Aku bangun then tengok katil kot kalau jasad aku tertinggal kat situ yang sebenarnya roh aku je yang bangun. Pernah tertidur lepas sahur dalam 10 minit then terjaga tengok ada orang bertelekung tengah solat tepi aku. Terkejut jangan cakap la. Time tu aku fikir aku dah disolat jenazahkan dah. Ok tu mama aku sebenarnya.

Benda ni berlarutan hampir dua minggu setiap malam. Siang-siang tak rasa takut pulak. Dalam hati cakap, “ingat siang-siang takboleh mati ke?”Bila malam nak tidur je, takut menggila tak senang duduk. Aku tak ready nak mati lagi Ya Allah. Dosa aku banyak. Aku taknak kena seksa dalam kubur. Sorang-sorang. Dari saat arwah ayah aku dimandikan sampai dikebumikan masih lagi segar bugar dalam ingatan aku. Masa dikafankan dengan dikebumikan tu, aku nangis teresak-esak jugak la sebab aku dah tak dapat tengok ayah aku lagi dah. Aku terbayang-bayang kalau aku yang melalui semua tu. Ya, kita semua akan lalui semua tu. Pasti akan lalui sebab mati kan pasti.

Tapi serious la, aku takut. Aku asyik terfikir sampai tak boleh tidur. Terfikir yang malaikat datang ketuk pintu bilik aku padahal tu sebenarnya family aku yang ketuk. Terfikir yang aku kena seksa dalam kubur. Terfikir yang roh aku sendiri datang melawat rumah sebab rindu sangat. Terfikir yang aku taknak hidup sorang-sorang dalam kubur. Ya Allah, betapa hati aku terlalu attach pada dunia sampai aku takut nak tinggalkan semua ni. Mungkin Allah hadirkan rasa tu untuk ingatkan aku yang mati tu bila-bila je dan pasti. Bukan orang yang beriman sepatutnya dia tak takut mati ke? Hmmm, sedih sebab iman aku nipis senipis-nipisnya. Ya Rabb, payah sangat nak istiqamah. Aku pernah tanya someone, kenapa nak tinggalkan maksiat tu susah?Dia jawab “sebab syurga tu mahal.”

Dekat dunia penat susah payah, dekat syurga boleh rehat. Tapi aku rasa diri aku macam sebaliknya pulak. Hmm….T____T

-OrkedEnisa-

– orked enisa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit