Alam Ghaib (Aki Nabalu)

Hi semua. Aku Lyla. Sebelum ni aku ada post tentang pertama kali seumur hidup pergi berubat.

https://iiumc.com/dunia-ghaib/

Aku baca semua replies korang. Terima kasih tau buat aku rasa seronok menaip. Rasa macam ada tempat baru nak borak walaupun irl korang tak kenal aku pun. Risau juga overshare karang kut sedara mara boleh detect aku.

Harap mana yang macam kenal, korang senyap² la ea. Jangan pecahkan identiti aku! Haha.

Kali ni aku nak kongsi kisah aku dengan gunung kinabalu. Panjang sikit tau cerita kali ni. Harap korang tak boring la.

Aku bukan kaki hikers, tapi dah 3x juga aku naik gunung ni haha. First dan 2nd aku naik dengan kawan. yang 3rd ni naik dengan suami.

Aku rasa lepas ni aku betul² pencen. Satu, sebab aku dah tak fit macam dulu. Kedua, sebab dia dah naik harga mat haha. Ketiga, makhluk² gunung ni extream. Lepas balik gunung aku perlu tenangkan diri sehari baru rasa otak kembali normal. Ye lah kampung diorang kan.

Aku ni jiwa hutan. Suka bau embun daun kayu hutan. Selain gunung kinabalu kalau dalam Malaysia ni gunung ledang dan gunung stong je aku pernah naik, sekali tiap satu. Kalau Sabah, aku pernah ke Maliau Basin juga. Kat sini team aku kena kacau lagi seram.

Siapa pernah dengar Aki Nabalu? Kalau korang pernah tengok movie Tombiruo, korang mesti tau. Aki Nabalu ni penjaga gunung kinabalu mengikut kepercayaan kaum kadazan dusun. Dia digambarkan seorang dukun yang dah menyatu dengan alam ghaib. Bertubuh bidang dan gagah, penjaga gunung kinabalu.

Ada juga kawan sabah aku pernah cerita, aki nabalu ni berbulu satu badan, tinggi dan besar macam kingkong. Kalau makhluk sifat macam tu, dekat semenanjung panggil hantu raya kan? Tak pun orang jawa panggil gunderuwo. Dia lah salah satu yang aku terjumpa masa kat gunung kinabalu. Haha..

Aku dengan suami tak plan sangat pun untuk naik gunung. Kitorang pernah lah bercita² nak naik sama², borak kosong sebelum ni. Satu hari dekat office aku gatal tangan buka website sabah parks dan kebetulan ada 2 slot kosong bulan berikutnya. Aku text suami. Tak sampai berapa minit suami aku balas resit pembayaran. Dia dah booked. Random betul.

Dengan tak training apa, kasut hiking pun entah mana. Minggu depan pula aku kena outstation. Memang singkat kata, kitorang berdua tak ready. Seminggu sebelum naik tu je aku dengan suami sempat briskwalk keliling bandar dalam 8km. Tapi tu jalan flat bukan mendaki. Lepas briskwalk, masuk mall, grab gear hiking mana yang ada je.

Bermula lah aktiviti kami. Sehari sebelum hiking aku tidur awal. Lepas isyak dah tidur. Sabah isyak awal sejam. 1pagi aku bangun kemas² kemudian suami drive dari kota kinabalu ke kinabalu parks jam 3pagi. Kitorang memang suka drive malam sebab sejuk dan jalan lengang. Bawa santai², 5pagi dah sampai. Subuh dekat masjid pekan nabalu kemudian quick nap sementara tunggu pejabat daftar buka.

7pagi aku kejut suami. Kereta kami park dekat kawasan parking sabah parks. Kat sana lengkap tandas semua. Ada chalet juga untuk siapa nak menginap. Tapi takat beberapa jam je, kereta kami pun dah macam caravan. Lepas dah bersih², aku ada bawa bekalan makanan untuk kami alas perut.

Selesai breakfast, kami daftar dan dapat seorang malim (guide) bernama pakcik Yabis. Pakcik Yabis malim untuk kami berdua je waktu tu. Sampailah tiba² ada solo hiker perempuan dari singapura nak tumpang malim. Aku dengan suami beri izin je la sebab tak effect apa pun.

Total berat beg kami berdua 7kg. Suami tak beri aku bawa beg berat. Jadi aku bawa beg air je, beli dekat decathlon. Function gila. Coklat² dan snek semua dalam beg aku. Lepas briefing, bacaan doa sikit dan bermula lah pendakian 3000m awal kami. Kami mula agak lewat dalam 10pagi.

Untuk siapa yang tak tahu, tinggi gunung kinabalu dalam 4000m. Ada 8 checkpoint atau pondok rehat dan semua pendaki perlu sampai ke checkpoint 7 untuk rehat dan bermalam terlebih dahulu. Sambung pendakian tengah malam dan turun keesokan harinya.

Dari gate timpohon ke checkpoint 7 ni tak extreme sangat. Aku dah naik ledang dengan stong yang pacak tinggi dan perpaut akar kayu, gunung kinabalu pada aku santai sikit. Sebab tu aku gila naik sampai 3x. Haha.. yang mencabar dia nak ke peak sebab berjalan dengan headlamp dalam gelap segelap²nya. Suhu sejuk, baju tebal serta angin kuat.

First dan second aku naik ramai², rombongan cik kiah. Waktu tu musim panas, trek cantik kering. Laju speed aku masa tu. Ye la darah muda kan. Berlumba² dengan kawan lagi. yang third ni terkena musim hujan. Aku, suami dan Syida (budak singapore) tu je.

Tiap checkpoint kitorang rehat. Santai² nikmati alam, main dengan tupai. Budak singapore tu mesti rengsek sebab dia macam nak laju tapi terpaksa tunggu pace kitorang. Last², pakcik yabis suruh dia naik dulu ikut team lain supaya tak sesat. Ramai juga rombongan cik kiah yang lain masa mendaki tu.

Masuk checkpoint ke 4, bermula segalanya. Ada lelaki ni urat kaki tegang. Suami dulu pernah join kursus rawatan kecemasan kkm. Basic knowledge tu dia ada. Tiba² terbaik hati dia offer nak tolong. First aid kit memang aku ready sesiap dari rumah. Spray muscle relief sikit. Eh dengan spray tu sekali suami aku bagi orang tu. Geram je aku tengok. Nasib aku standby 2botol dengan yang lain².

Orang kata, haiking ni ada pantang larang. Kalau niat hiking untuk sampai peak dan turun, buat tu je. Lagi² kalau ada orang cramp atau sakit, elak mengurut dia. Silap cara, angin urat tu masuk dekat pengurut. Wallahualam.

Tapi tu lah yang jadi dekat suami aku. Tak lama, kaki dia pula cramp. Dah lah bawa beg 7kg. Aku nak takeover dia tak bagi. Lepas checkpoint 5 hujan berderau turun. Trek dah macam air terjun. Nak tak nak, kena juga sampai checkpoint 7, panalaban.

Dengan hujan lebat, kami mendaki sampai panalaban agak lewat jam 4petang. 2km pendakian basah lencun. Nasib gear hiking kali ni aku beli yang berkualiti sikit. Basah tapi tak serap air dan masih ringan. Suami lah paling kesian, kaki dah mula bengkak dia paksa juga.

Pandangan aku waktu naik kali ni terhad. Kalau checkpoint 1 sampai 4 aku bermain dengan tupai dan ulat hutan. Checkpoint 5 sampai 7 aku hanya mampu berjalan tunduk tengok kasut je sebab hujan sorok kepala dalam raincoat.

Sampai bilik, bersih². Tak mampu nak mandi sebab terlalu sejuk dan tempat kami tak ada heater. Bilik konsep katil singgle asrama. 1 bilik ada dalam 8orang. Campur laki perempuan dan semua tak kenal. Masing² pun penat masuk bilik memang untuk tidur sahaja. Tapi beg memang kami kunci siap².

Kitorang ke kafe untuk makan. Kafe di panalaban style buffet macam hotel. Makanan dah include dengan yuran waktu pembayaran. Makanan dia sedap juga. Mungkin sedap tu sebab masing² tengah lapar dan suhu sejuk lagi kan. Haha..

Selesai makan, masuk bilik dan tidur. Aku urut kaki suami sebelum tidur sambil selawat dan doa jangan lebih teruk dan jangan jangkit ke aku pula, haha.

Nasib lengkap aku sediakan heat patch, muscle patch, muscle cream, muscle spray. Semua ada. Kat situ ada kedai runcit. Tapi harga kayangan. Kalau kat bawah gunung harga RM8, atas gunung harga RM40. Haha.

Jam 1pagi hujan berhenti, kami semua dikejut untuk sambung pendakian (summit attack). Suhu pagi tu 1°C. Beg 7kg boleh simpan dulu, nak turun nanti baru ambil semula.

Syukur sebab bengkak suami surut. Kami makan untuk tenaga, briefing lagi dan teruskan pendakian. Buat siapa yang tak larat, tak perlu sambung pendakian pun boleh terima sijil tapi tak berwarna.

Aku ni memang suka bergelap. Rumah aku awal tutup lampu sebab mata aku perlu rehat setelah seharian dengan komputer. Suami selau guna lampu tidur je.

Tapi suasana malam atas gunung walaupun masing² ada headlamp, pandangan hanya bulat ikut bentuk lampu tu sahaja. Kiri kanan atas hitam pekat. Hunan baru berhenti, bulan tertutup awan. Jadi memang tak ada sumber cahaya yang luas.

Aku dan suami berjaya sampai puncak sebelum subuh. Solat subuh atas puncak dengan angin kuat memang epic buat kami. Sebelum² ni aku sampai lebih awal dan terus turun balik. Jadi laju aku sampai timpohon gate semula. Tapi kali ni aku dan suami memang ambil feel puas².

Mana cerita alam ghaib? Maaf lah, panjang aku kongsi detail. Subuh awal, sunrise pun awal. Atas gunung nampak matahari dulu. Walaupun sabah 6pagi dah terang. Atas puncak 5.30 lagi dah start panas.

Bila dah terang, semua trek yang gelap tadi nampak macam padang batu luas. Tapi tetap mena hati², sebab boleh tergelincir kalau keluar trek. Bentuk² batu atas puncak tu yang unik. Pandangan aku nampak macam bangunan yang banyak tingkap, perumahan ‘dia’ mungkin.

Rasa macam ramai betul tengah perhati aku dari jauh. Aku tak berani angkat kepala sangat bila dah rasa sesuatu. Sebelum ni aku naik terus zup turun. Memang setakat uji pace je. Kali ni dengan suami banyak santai aku kena lawan rasa tak sedap hati tu.

Tak sedar pun dah berjam kami dekat atas. Sebelum turun dari panalaban, kami makan dulu. Tup² jam 12 juga baru gerak turun. Lewat sangat. Suami tak dapat nak bergerak laju. Kaki dia bengkak balik. Aku nak bawa beg dia tak bagi lagi. Hampir bergaduh juga atas gunung tu. Last² aku bayar pakcik yabis bawa kan beg kami.

Sebab dah terlalu lewat, sampai checkpoint 5 sekali lagi hujan lebat turun. Kali ni perasaan bercampir baur. Dengan penat satu hal, baru lepas gaduh dengan suami satu hal lagi. Pakcik yabis pesan suruh kami jalam dulu. Nanti dia kejar dari belakang. Budak singapore tu dah ikut group lain turun awal.

Pelik. Waktu naik punya lah ramai. Waktu turun tak jumpa batang hidung. Dalam hujan lebat, macam kami berdua je dalam hutan tu. Walapun baru lepas gaduh, kalau ada jumpa ulat atau serangga cantik, suami aku panggil aku suruh tengok. Lagi lah kami leka berdua.

Last yang aku ingat suami panggil suruh tengok katak cantik, tapi tak sempat aku tengok suami kata dah lompat dalam semak. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Rasa kena perhati dari atas puncak tadi hilang sekejap waktu makan, lepas checkpoint 5 sambung balik rasa tu. Hujan lebat, mata aku hanya tengok tanah dan kasut suami depan aku je.

Rupanya memang betul perasaan kena perhati tu. Bila aku angkat kepala, tengok dalam semak dan hutan keliling, ramai ya. Aku terus bagi warning dekat suami. Jalan je jangan berhenti tengok serangga lagi. Rupa ‘dia’ macam susunan kepala yang bercapuk bedak, mata bulat, hitam putih dalam semak.

Aku tunduk dan istigfar. Baca ayat kursi dan surah yang aku hafal dalam hati. Suami pula tiba² cakap dia dah nampak atap pondok. Jalan sikit je lagi. Aku tanya mana, dia tunjuk depan sana. yang aku nampak atap nipah pondok kayu.

Nasib aku waras lagi dan ingat semua pondok² checkpoint beratap zink moden dan pondok batu bukan macam yang aku nampak waktu tu. Aku terus cakap dekat suami. Tak nak berhenti, jalan terus je. Dah lambat ni.

Pelik juga sebenarnya kalau ikutkan pengalaman aku selama ni turun lebih laju. Kali ni aku tak jumpa² checkpoint 4 tu. Aku teruskan berzikir dan doa tolong dibukakan jalan. Alhamdulillah jumpa checkpoint 4 yang betul. Kami rehat sebab hujan lebat. Kelibat pakcik yabis pun tak jumpa lagi.

Sambung lagi untuk ke chckpoint ke 3. Langit dah mula gelap. Cahaya langit tertutup rimbun pokok. Suasana gelap macam magrib walaupun baru jam4. Headlamp aku dengan suami pulak dah habis bateri padahal guna berapa jam sahaja.

Sebelum ni dah test memang tahan 12 jam. Phone pun sama dah 20%. Padahal tadi full sebelum turun. Dulu jam3 lagi aku dah sampai bawah. Tapi kali ni betul² mencabar.

Aku tak berani angkat kepala lepas apa aku nampak tadi. Aku ikut je kaki suami dekat depan. Ada lalu cerun, aku berpaut pada pokok dan batu kiri kanan trek. Tiba² ada satu batu hitam besar sebelah aku tak sempat pegang, hanya tersentuh sikit rasa berbulu terus reflex tangan aku.

Meremamg tengkuk, laju jantung aku. Aku dengar bunyi berdehem. Nafas garau suara dalam, lebih garau dari harimau, macam makhluk besar. Lebih besar dari lori kontena atas kepala.

Aku tau itu ‘dia’ sebab jantung aku rasa betul² nak tercabut sebab terkejut. Aku terus jalan rapat dengan suami. Aku terpaksa lawan rasa takut tu dan aim aku hanya nak balik.

Tak lama dari tempat berbulu tadi, aku terasa nak tengok depan. Sekali lagi aku angkat kepala sebab tak sampai² checkpoint3. Lagi sekali aku terkedu rasa jantung aku entah jatuh kat mana.

Bayangkan, jarak dengan suami tak sampai sedepa pun. Tapi dalam 5langkah betul² depan kitorang ada 3 perempuan berbaju putih, tinggi lebih kurang aku 170cm. Atas ke bawah serba putih.

Sampai sekarang aku cuba ingat muka dia, tapi ingatan aku diorang manusia yang tak ada muka. Allahuakbar sekuatnya aku dalam hati sebab mulut aku macam terkunci time tu. Bila terlepas je suara aku terus panggil “sayang”.

Suami berhenti, toleh ke aku dan aku terus pegang tangan dia. Aku tak mampu nak beritahu. Suami tengok anak mata aku seakan memahami. Kami toleh semula kedepan, dan ‘diorang’ dah tak ada. Kami sambung jalan.

Ayat kursi aku ulang berkali² sepanjang jalan. Berbekal lampu handphone suami. Depan aku dalam jarak 3m lagi sekali bayangan lelaki dengan seekor anjing seakan tunggu kami. Pelik juga, anjing dia tak berbunyi dan sepanjang dalam trek tak pernah jumpa anjing pun.

Suami pun nampak sebab suami berani cakap ada orang depan tu dan dah nak sampai. Rupanya memang betul akhirnya kami jumpa checkpoint 3 tapi orang tu tak ada.

Hampir 2jam kami sesat. Pakcik Yabis masih tak jumpa². Kami teruskan je sampai timpohon gate. Kali ni betul² rasa laju dari checkpoint 3 ke 1. Bila dah dengar air terjun rasa lega betul. Ada air terjun berhampiran timpohon gate.

Tak lama macam magic, pakcik yabis muncul sambil berlari dengan beg kami. Dia cakap yang dia tertidur lena betul dekat atas tadi. Tak pernah selama dia kerja, dia tertidur. Mujur ada kawan dia kejut. Dia terkejut yang kami pun baru sampai.

Di timpohon gate baru jumpa beberapa pendaki² lain dan Syida yang menunggu van masing². Aku cari orang yang bawa anjing tadi, tapi tak ada. Aku cuba tanya penjaga kaunter, ada pendaki atau malim yang bawa anjing turun gunung hari ni? Tapi penjaga tu muka tersempar dan hanya geleng.

Pakcik yabis cakap ada 2 kumpulan lagi yang masih tersangkut, belum turun. Semua malim kena ready kalau diorg masih belum sampai, malim akan naik balik untuk cari. Kami sampai betul² lewat. Jam 7malam.

Kami berdua dah keletihan. Selesai semua, suami terus drive ke hotel di pekan nabalu yang telah kami book awal. Checkin, bersih² terus dua² pengsan.

Aku kalau total blackout cepat recharged. Esok pagi aku dah segar sesegarnya. Bengkak kaki suami pun mulai surut. Lepas breakfast baru aku berani buka cerita apa aku nampak dekat suami. Suami kata dia tak nampak tapi dia rasa ada sesuatu betul² tak kena dengan kejadian semalam.

Aku text pakcik yabis bercerita tentang kejadian semalam. Pakcik yabis cakap sepanjang dia jadi malim, cerita aku memang sama cerita kebanyakan pendaki yang terkena. Dia tak pernah ada peluang jumpa dan nampak benda² macam lagi. Tapi dia memamg pelik sebab boleh tertidur lama atas gunung sedangkan aku tak sampa² lagi.

Checkpoint 3 ke 5 memang ada perkampungan ‘dia’. Malim beberapa kali ubah trek sebab tak sepakat dengan ketua kampung ‘dia’. Bayangan yang dengan anjing tu pula, malim² percaya tu jelmaan bekas malim yang meninggal dekat gunung dengan anjing dia dulu.

Ni waktu cerita balik pun aku masih meremang teringat situasi waktu tu. Tengah taip tak pernah² rumah aku ada cicak, tiba² bunyi cicak kuat tapi entah mana. Kucing aku pulak tak pandai tangkap cicak. Nempel je sebelah aku ni.

Maaflah kalau cerita aku panjang dan susunan ayat aku tak cantik kali ni. Nanti kalau ada masa aku kongsi kisah yang lain lagi.

– Layla (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Menariknya cerita ni terasa kami yang x pernah hiking bersama² hiking juga..teruskan cerita ya..activenya anda suami istri di berikan Allalh stamina dn kesihatan yg kuat utk naik gunung² tinggi ..trima kasih berkongsi ,tak semua Allah bukakan hijab utk tgk makjluk lagi satu kecuali hati anda bersih dn ikhlas,insyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *