Alam Ghaib (Hantu Air)

Hi semua. Ini aku Lyla. Kalau korang masih ingat la. Yang mana baru kenal boleh recap perkongsian aku dalam link ni..

1. Alam Ghaib (Pertama kali Berubat) https://iiumc.com/dunia-ghaib/

2. Alam Ghaib (Aki Nabalu) https://iiumc.com/alam-ghaib-aki-nabalu/

3. Alam Ghaib (Nyayie ngesot) https://iiumc.com/alam-ghaib-nyayie-ngesot/

4. Alam Ghaib (Jin Piyed) https://iiumc.com/alam-ghaib-jin-piyed/

6. Alam Ghaib (Maliau Basin) https://iiumc.com/alam-ghaib-maliau-basin/

Dah hujung tahun ni biasalah masing-masing baru nak kejar kpi lain, nak habiskan budget lain. Jadi tugas luar bukan main banyak lagi. Sebab ni lah aku belum sempat nak kongsi kat sini.

Korang punya replies aku baca semua. Mana sempat aku jawab, aku jawab. Sebelum ni aku kongsi tulisan pengalaman waktu malam. Masa rehat sebelum tidur. Dan tiap kali tu juga anjing luar rumah bunyi mendayu betul.

Kali ni aku menaip waktu lunch panjang hari jumaat. Selalu aku merayap pergi salon la, windows shopping la, massage segala bagai. Me time sikit. Tapi hari ni aku lepak kedai kopi je layan kek tiramisu.

Sekarang ligat podcast shares pengalaman seram masing-masing. Ada yang aku sempat tengok, aku tengok. Ada yang tak tau lah dia ambil cerita siapa sebab tengok tak macam real.

Ada yang dia memang tak sihat, tapi props studio podcast tu over sangat guna tukar suara lah bagai. Aku tak sebut lah podcast siap.

Korang kena tahu, bila baca atau tengok cerita macamni sebenarnya memanggil makhluk tu. Sebagai penyampai tak boleh details sangat.

Kalau aku, aku cuba potong feel dengan hehe yang korang tak suka. Dan sebagai pembaca jangan terlalu feels sangat. Berani sangat tak boleh, penakut sangat pun tak boleh.

Kali ni aku nak share pengalaman tentang hantu air. Baka ni ada beberapa jenis. Ada jenis air terjun atau sungai, ada jenis air laut. Aku ni banyak tempat merayap, banyak macam juga yang pernah jumpa.

First aku nampak masa kecik waktu family picnic dekat air terjun. Aku membesar kat kampung, jadi memang lasak. Dulu aku boleh berenang tapi tak pro. Waktu tu dalam umur 6-7 tahun. Ingat-ingat lupa.

Yang pasti sejak tu aku macam trauma nak berenang. Terus sampai sekarang jadi tak pandai berenang sampai sekarang sebab panic, lagi-lagi air gelap.

Dalam hutan tempat air terjun kan redup sebab banyak pokok tinggi. Walaupun air terjun jernih, lantai pasir coklat jadi gelap-gelap sikit air tu.

Awal sampai air terjun tu aku memang rasa tak best. Tak tau kenapa rasa nak diam je sampai mak aku tanya aku demam ke sebab dalam keluarga, aku ni mulut riuh. Mak rasa dahi leher tak panas. Jadi waktu picnic tu aku main-main air dekat tepi je.

Sebab semua pandai berenang, jadi kitorang memang cari port yang dalam sikit. Lepas makan bekal mak aku masak, aku acah macam ada tenaga sikit.

Nampak bapak, 1 2 3, dushh dalam air. Lepastu abang aku pulak follow. Aku pun excited terus bangun. 1 2 3, dush dalam air. Tapi aku rasa dalam betul air tu.

Waktu awal sampai, bapak dah test berdiri dalam air. Kedalaman dia tak terlalu dalam pun. Kalau bapak jengkit kaki, boleh keluar kepala. Aku waktu tu tinggi paras bahu bapak.

Dalam air tu aku cuba lompat, kaki tolak air untuk naik tak sampai-sampai atas. Kaki aku berat, aku ingatkan tersangkut rumpai ke apa. Aku dengan berbaki nafas yang ada, dengan cahaya tengahari samar² dalam air.

Aku buka mata besar tengok ke bawah. Menguraii rambut kembang, muka dan tangan macam kulit kayu buruk bertaut kat kaki aku. Lagi lah aku meronta nak lepas.

Aku ingat lagi ‘dia’ tarik kaki kiri, kaki kanan aku cuba nak sepak dia. Time tu aku rasa lama bergelut dengan dia.

Sampai hati aku terdetik sebut “Allah”. Tiba-tiba aku rasa badan aku kena tarik naik ke atas. Bapak aku yang selam dalam air dan selamatkan aku.

Time tu mak bising kat tepi tak tau dia nak marah siapa sebenarnya, marah aku ke marah bapak.

Part dekat aku, dia marah cakap dah tau tak sihat jangan la lompat macamtu. Part dekat bapak, dia cakap awak lah ni tunjuk bukan-bukan, budak ikut. Aku tersedak sikit je lepastu tak masuk air lagi dah.

Kali ke dua aku jumpa jenis yang sama waktu naik bot dengan sepupu aku. Kebun pakcik aku tepi sungai. Air sungai coklat memang banyak buaya tempat tu. Kitorang nakal sikit walaupun sama-sama perempuan, perangai masa kecik tak macam perempuan.

Sepupu aku nak ajak pergi kedai kampung seberang ada jual jajan sedap. Time tu dah nak magrib dalam pukul 6 lebih.

Aku umur 7-8tahun, dia tua setahun je tapi memang pandai bawak bot, moto, kereta semua. Aku setakat pandai bawa motor je waktu umur tu sebab lebih kurang bawa basikal.

Nak jadi cerita, time sampai jeti kampung seberang aku nampak setompok rambut panjang terapung tepi jeti tu macam ada oramg tengah menyelam. Sepupu aku kat atas jeti tengah ikat tali bot, aku masih dalam bot cuba nak tengok rambut tu.

Sepupu aku tengur, “oi kite mandi esok lah.. Ni pegi kedai dulu.” dia ingatkan aku nak terjun air. Aku bangun tengok kat dia cakap ada rambut.

‘Pluppp!’ bunyi macam baling batu dalam air. Dia tengok aku, aku tengok dia. Kitorang naik darat, pergi kedai. Sampai kedai jumpa jajan terus lupa diri dan balik macam biasa.

Pagi esoknya kitorang recap balik cerita semalam. Cerita dekat makcik pakcik semua time breakfast. Mak aku macam biasalah, signal mata tanda selamatlah nasib aku balik rumah kejap lagi.

Mak-mak mesti faham signal sharingan tu. Nak meletus peha aku duduk jauh pulak. Pakcik aku nak sedapkan hati, cakap bunyi udang galah tu yang bunyi macam ikan kecik melompat. Cerita situ habis situ je.

Aku pernah outstation hotel sebelah pantai dekat pahang. Kebetulan time tu air pasang. Hotel pacak bendera merah tak bagi mandi. Yang kat sana pengalaman aku lebih kurang pengalaman dekat bali. Next story aku share yang ni k. Panjang sangat pulak nanti.

Jangan biarkan hidup anda diselebungi misteri.. Hehe..

– Lyla (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *