Alam Ghaib (Jin Piyed)

Hi semua. Aku lagi, Lyla..

Sebelum aku mula, maaf kepada yang terganggu dengan cara penyampaian cerita sebelum ini. Banyak ‘haha hehe’ yang tak lawak pun.

Ada part aku terkenang balik moment sendiri, tak sadar tertaip ‘haha’ tu. Ada part aku cuba untuk tak jadikan kisah aku seseram yang sepatutnya sebab ini kisah betul.

Bukan apa, risau silap penghayatan seram terlalu sampai kepada pembaca lain jadi nanti. Sebab pernah jadi dekat kawan matrikulasi aku dulu. Tapi itu pun sebab matrik kami memang kampung ‘dia’. Ceruk kelapa sawit kan hehe.

Apa pun, terima kasih tau. Aku faham je kekadang kite nak feel tapi tak sampai sebab orang cerita tak kena gaya. Aku cuba betulkan slow² balik. Seronok rasa ada interaksi macam dapat kawan² baru. Mana yang baru baca, boleh recap balik cerita yang aku pernah share.

Pertama kali seumur hidup pergi berubat:
https://iiumc.com/dunia-ghaib/

Aki Nabalu:
https://iiumc.com/alam-ghaib-aki-nabalu/

Nyayie Ngesot:
https://iiumc.com/alam-ghaib-nyayie-ngesot/

Sementara aku tengah tunggu flight sorang diri ni. Aku nak kongsi kisah Jin Piyed (period/haid). Dekat airport ni pun aku beberapa kali nampak yang tak berkepala. Tak tau lah mana pergi kepala dia haha.

Tapi kali ni aku naik tambang murah, jadi meriah sikit sini. Last flight pun tak lah rasa yang pelik².

Sebelum aku melalut jauh, kisah yang aku nak cerita ni waktu aku sekolah menengah. Aku upsr stright A, tapi aku tak nak duduk asrama. Aku dapat sekolah kluster harian. Sekolah aku antara sekolah tua yang wujud sejak zaman merdeka lagi.

Ada beberapa bangunan lama yang masih diguna pakai. Bangunan baru pula dipisahkan dengan padang bola. Waktu aku tingkatan 3 kena duduk bangunan lama.

Benda paling seronok ialah bila buat² tolong cikgu nak hantar buku. Bukan main jauh merentas padang jalan slow². Sambil merayap sambil buat kerja jadi tak lah rasa bersalah sangat.

Kejadian ni berlaku waktu pagi. Sekolah aku jauh sikit dari taman perumahan aku. Dalam taman aku, aku je yang sekolah dekat situ. Tiap hari pukul 6 lagi aku dah jalan sorang² naik bas tambang untuk ke sekolah.

Jalan gelap² dah jadi benda biasa. Ada time jumpa orang gila tunjuk siput (kontol dia), aku jerit dia lari. Ada time jumpa anjing gila, tapi ada anjing baik backup aku sebab dia selalu nampak aku jalan sorang. Scary, tapi aku gamble je.

Sekolah aku strict, kena datang awal. Tak ada perhimpunan harian. Sampai² boleh terus masuk kelas. Aku memang selalu orang pertama teman makcik guard buka pagar tangga block sebab sampai paling awal.

Perut aku meragam hari tu. Aku sangat jarang guna tandas pelajar. Aku lebih sanggup jalan jauh pergi tandas cikgu sebab sana bersih.

Nak jadi cerita, dah hujung tanduk. Aku pergi je tandas pelajar blok aku tu gelap². Sekolah aku banyak pokok besar. Kalau keluar matahari pun masih redup² lagi.

Otak aku tegak je fikir nak lepaskan hajat. Sampai depan tandas, aku buka lampu. Ketik suis, tak hidup. Haihh lampu rosak pulak. Kedudukan tandas ni hujung bangunan dan hujung sekolah. Sebelah pagar tu ada hutan sikit, kemudian loji kumbahan.

Hajat pun dah hujung tanduk sangat. Lampu tak hidup pun aku beranikan juga diri buka pintu tandas. Kaku aku. Kejung rasa macam kena freeze.

Aku nampak sosok ngerbang serabai terbongkok² dari belakang tengah selongkar tong sampah pad. Ada beberapa bersepah atas lantai. ‘Dia’ berhenti, dan toleh aku. Mata bulat merah, muka marah.

Aku jalan mengundur keluar tandas sambil istigfar dalam hati. Mulut terkunci. Nasib dekat luar matahari dah keluar. Selangkah keluar tu rasa macam selangkah aku terlepas masuk dunia sebenar dan baru aku dapat lepas bernafas.

Aku terus jalan laju tak toleh² melintasi padang menuju kantin. Kantin ada ramai orang. Hilang terus rasa nak membuang hajat. Termasuk balik dah. Nasib juga tak terkucil depan tandas tu. Kalau tak satu masalah lagi. Aku duduk dekat meja makan, termenung cuba brain balik apa yang aku nampak tadi.

Walau banyak kali jumpa macam² rupa, tiap kali jumpa aku masih juga terkejut dan takut. Tak lama kawan aku sampai. Nampak aku dia tegur, kenapa breakfast tak bagitau dia sebab selalunya aku tukang habiskan bekal dia je. Aku tak cerita. Aku cuma minta teman pergi tandas blok depan.

Selesai hajat, cuci muka dan hari pun dah cerah, masuk kelas belajar macam biasa tak ada apa². Sepanjang hari tu aku tak ke tandas.

Nak jadikan cerita, minggu tu adalah minggu sukan. Jadi siapa sesi petang, dia sukan waktu pagi. Siapa sesi pagi pula kena sukan waktu petang.

Selesai kelas, ramai yang balik ke rumah terlebih dahulu untuk lunch kemudian datang balik ke sekolah. Aku dengan geng tak balik sebab rumah aku jauh. Blok aku tu tak digunakan untuk pelajar sesi petang.

Jadi selesai waktu sekolah memang lepak dalam kelas sahaja siapkan kerja sekolah yang ada.

Tengahari bawa ke petang. Kami selesai sukan dalam jam 5. Waktu tu aku lepak kat surau untuk asar. Tiba² dengar kecoh budak² laki dari sebelah tirai berlari keluar surau jerit ada yang kena histeria.

Aku dengan geng tertanya² siapa. Sebagai budak yang perihatin (sibuk nak tahu) kami lipat telekung laju² dan keluar ke arah padang tempat ramai orang berkumpul.

Kedudukan bangunan baru, kantin dan surau atas bukit, padang di tengah dan blok lama tu paling hujung kebawah bukit. Jadi kami yang dari atas ni nampak lah juga orang berkumpul dekat bawah tangga blok lama tu, cuma tak nampak siapa.

Laju betul gosip sampai menyampai dari budak² yang lalu lalang sebut nama dan kelas budak yang kena histeria tu. Kawan kelas sebelah kami.

Dia naik blok tu sebab nak ambil buku dekat kelas dengan kawan² tapi dia singgah tandas sorang², kawan yang lain tunggu kat kelas. Tak lama kawan² dia dengar dia jerit. Kawan dia tengok dia dah pengsan depan tandas.

Terus terflashback apa yang aku jumpa pagi tadi. Aku tarik kawan aku supaya tak pergi dekat lagi dan terus balik rumah sahaja. Aku buat alasan yang aku nak kejar bas tambang.

Tu bukan pertama kali aku jumpa jin selongkar sampah. Kali ke dua dekat matrikulasi. Yg ni extreme sikit sebab bilik aku dekat dengan tandas, jadi aku tak dapat lari jauh. Yg ni aku simpan next la ea. Hehe.

Aku rasa perlu ada subjek pendidikan ‘perempuan’ untuk ajar pelajar perempuan apa perlu buat kalau datang bulan, macamana cara yang betul untuk bungkus dan buang pad, apa perlu buat kalau bocor. Sebab kesedaran ni tak semua faham dan tak semua ibu bapa ajar.

Ada kawan² yang pakai pad jenis kain jadi kena cuci, ada yang pakai pad pakai buang tapi masih juga cuci, ada yang buang tak gulung kemas. Benda² macamni lah yang punca jin² suka.

Macam aku dulu pun firsttime belajar dari kawan. Mak akak² aku mana nak ajar. Tak semua orang ada kelebihan bonding belajar dan mengajar hal² peribadi ni dari keluarga.

Bila dah besar ni, aku ada anak² sudara perempuan. Aku yang ajar diorang, slow² jadi kawan. Aku kenangkan mak² diorag tak ajar aku dulu, risau benda ni mak² diorg tak ajar diorg juga.

Aku sambung cerita ni sebenarnya waktu brekafast dah sampai hotel tempat outstation aku. Semalam waktu nak start menulis kapal dah sampai, flight aku flight last. Sampai, chckin, tidur.

Hotel aku ni pun hotel lama zaman british. Boleh pulak aku mimpi ada anak mat saleh kena bunuh pakai baju gown. Lawa budak tu.

Bangun² tadi membuang dan ada sedikit darah. Aku pernah check hospital kut ada buasir atau cancer ke apa. Tapi alhamdulillah semua sihat.

Tapi tu lah yang aku perasan dgn badan aku, bila tak kena tempat, atau ada yang tak kena cuba interaksi mesti aku macamni sikit. Tak ada rasa sakit apa pun cuma tiba² jadi. Nak kata aku makan tak betul semalam aku makan biasa je.

Aku ada 3 malam lagi nak tidur sini. Harap² semua ok lah. Nanti dah balik aku share mimpi anak ompoteh tu. Haha..

– Lyla (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Salam, nak tanya part yand pakai pad pakai buang tapi cuci. act tak boleh cuci ke ? benda tu tetap suka ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *