Hi, i want to give my 50cent and share experience regarding career prospecting for our new generation yang bakal bergraduasi this year and so on.
Buat adik-adik yang bakal bergraduasi tahun ini dan tahun-tahun mendatang, aku nasihatkan terus masuk ke dalam industri.
Carilah kerja di mana-mana waima menjadi cashier di pasaraya ataupun cikgu tadika. InsyaaAllah ada peluang untuk kamu walaupun luar dari bidang degree kamu. Semua itu adalah kerja yang mulia untuk masyarakat.
Kesusahan mencari kerja kadangkala memenatkan dan menyesakkan fikiran kamu. Ramai yang mengambil jalan mudah lalu memasuki alam postgrad lalu menjadi research assistant (RA).
Ya benar, kamu dijanjikan dengan elaun RM1,200 dan sehelai ijazah sarjana. Tetapi akan ada segelintir yang bakal terperangkap dengan masa dan kebuntuan dalam menemukan jalan hidup yang diimpikan.
Bukan sedikit yang akhirnya menghadapi kesukaran mencari tempat dalam industri selepas mendapatkan sehelai ijazah sarjana dan PhD. Keresahan dan kebuntuan sebegini dah banyak dibincangkan dalam group Doctorate Support Group.
Ramai yang akhirnya mendapat mental illness dek kerana sukar mendapat tempat dalam industri hatta industri akademik sekalipun.
Nasihatku, lihatlah pointer degree kamu. Jikalau bawah CGPA 3.00, buanglah niat kamu untuk menyambung pelajaran sarjana dan PhD. Industri akademik sekarang tidak akan mengambil fresh grad Phd untuk menjadi lecturer dengan pointer degree bawah CGPA 3.00.
Industri lain pun tidak berani mengambil kamu bekerja due many reasons. Yeah, thats lot of things to argue but its a fact. Pahit untuk kita semua telan dan hadam. *(Harap ada commentator yang boleh share experience mereka juga)
Ya, ada yang akan argue kehendak menuntut ilmu jangan ditahan dan apa hak aku untuk menghalang kamu semua menyambung pelajaran sarjana dan PhD.
Pesananku, lebih baiklah tuntut ilmu dan pengalaman di lapangan kerja berbanding alam posgrad. Di lapangan kerja, ada peluang dan ruang untuk memperbaiki diri dan membina kerjaya dari bawah kemudian mendaki ke aras lebih tinggi.
Tetapi di alam posgrad, kamu akan stuck in your own time. Akhirnya setelah beberapa tahun dan habis pelajaran, kamu tetap dipandang sebagai seorang fresh grad tanpa apa-apa pengalaman.
Pada ketika itu, kamu akan pandang ke belakang dan mengenang berapa tahun sudah dihabiskan berjuang untuk sehelai ijazah sarjana dan PhD tetapi dipandang sepi oleh orang yang berpengalaman dalam industri.
Tiada siapa yang akan dapat menolong melainkan tuhanmu. Supervisor tidak akan mampu menolong kerana mereka pun sibuk meneruskan survival dalam bidang mereka sendiri.
“Kamu grad, byebye and goodluk from me. I’ll find another one to help me to survive, to make papers, to achieve my kpi.” — Pahit untuk kita telan, tapi lebih kurang beginilah keadaannya sekarang.
Ingatan ku sekali lagi dik. Berusahalah di dalam ruangan yang lebih flexible dan full of potential, iaitu lapangan kerja. Posgrad adalah satu perangkap buat fresh grad degree pointer CGPA below 3.00. Mungkin juga sama buat yang berpointer degree above 3.00.
Buat rakan-rakan postgrad lain, stay strong and do something right before its too late. Letakkan usaha kamu pada tempat yang betul, insya allah ada jalannya. I’ve found my way and i quit before its too late. The struggle is real guys. Sekian.
– Hazeem (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit