Assalammualaikum. Ini merupakan kisah pertama hasil coretan Hisui dari pengalaman sendiri dengan harapan akan dapat disiarkan di halaman Confessions. Hisui masih lagi bergelar seorang pelajar yang akan menamatkan sesi persekolahan menengah pada tahun hadapan tapi apa salahnya kalau mahu berkongsi sedikit tentang apa yang terjadi? Kisah yang berlaku sekitar 2005-2006; ketika zaman sebelum menginjak ke alam sekolah rendah, Hisui merupakan seorang yang tidak kisah dengan penampilan sangat. Such a contrast to nowadays when budak darjah 2 pun pergi sekolah pakai make up. Apa lah sangat nak dibandingkan dengan Hisui yang waktu tu tahi mata berselebet dengan gigi yang berlopong di tengah-tengah.
Masa tu Hisui berumur setahun jagung lagi, dah namanya pun budak-budak jadinya Hisui pun jenis yang pundi kencing tidak terlatih lagi. Kalau malam-malam tu tak pergi buang air sebelum tidur, kena goreng dengan mak lah jawabnya sebab mesti katil basah dek terkencing malam. Ala jangan nak gelak sangat— kita tahu semua orang pun pernah lalu phase camtuh. Waktu tu Hisui kecil lagi tak ingat lah pulak bila kami pindah ke rumah sekarang— tapi waktu kejadian berlaku agaknya baru lagi pindah. Rumah Hisui letak jauh sikit dari bandar waktu tu tapi ada banyak kemudahan. Ada pasar basah kat belakang, pastu sekolah rendah pun dekat so boleh lah jalan kaki. Apartment kecik je tapi boleh lah muat untuk kami yang tak seberapa ramai waktu tu and time tu semua orang kecik lagi. But sekarang, sekitar kami telah dibangunkan dan rasa macam kami duduk di tengah bandar pula.
Orang tua selalu cakap kalau rumah baru mesti ada ‘benda’ tinggal kat situ.
Tapi Hisui dulu budak-2 mentah mana nak kisah apa orang tua nak cakap. Makin dilarang, yang itulah nak dibuat. Jadi, suatu malam tu Hisui degil, merajuk agaknya dengan family, tak pergi tandas sebelum tidur. Ingat tu ingat tapi ye lah— ikutkan hati sangat (ala bebudak lagi k). Lagipun mak Hisui bukannya orang yang suka pujuk hahaha. Malam tu waktu semua orang tengah tidur Hisui terjaga, tangan duk raba katil..Hmmnn basah, mati lah. Dah lah bilik gelap, lampu kat koridor luar tu je yang berlampu. Nak dikatakan bilik tu cam gelap tapi masih lagi nampak sebab ada light rays masuk dari koridor. Bilik Hisui kecik tapi boleh share dengan kakak, nenek and bibik. Yang selalu melayan Hisui kalau terkencing malam ni bibik je..
Mana tahu yang tetiba malam tu ada ‘orang’ lain yang layan pulak.
Bibik selalu tidur dekat tepi katil, kat bawah. Bentang kan lembek, dia tidur sorang kat situ. Tepi dia almari sebelah kiri and kalau pusing kanan nnti ada katil plak. Long story short, memang tempat yang dia tidur tu muat untuk sorang jalan je. Disebelah katil ada tingkap (dekat hujung kaki bibik sebab dia tidur menghadap tingkap tiap malam). Dah bangun tu Hisui turun katil, hati-hati pergi toilet takut orang lain terjaga. Lepas tu everything went blur sikit hehe tak ingat sangat but one thing clear, Hisui was not in my right mind. Ya know when korang bangun dari tidur mesti rasa mamai and I’m not kidding when i said everything went blur. Literally.
Pandangan Hisui kabur jugak dalam bilik. Maybe disebabkan mata nak adjust pada tahap pencahayaan dalam bilik? or maybe sebab Hisui was really sleepy. Dah ambik satu tuala kecik pastu letak kat spot yang kene kencing then boleh je tidur. Time kecik mana pikir panjang, asalkan boleh je lah. Memang mengantuk sangat. Pastu time dah nak tidur lupa plak yang Hisui tak pakai seluar. Yang seluar malam tu Hisui dh campak dekat laundry basket kot. Entah.
Haa. Part ni pelik sikit bila kenang.
Kan cakap tadi, bibik tidur dekat dengan almari. Kes tak nak kene caught red handed ni lah Hisui nak kene senyap-senyap ambik seluar baru. Hisui pun berjengket kaki sebab tak nak kena bibik pastu tangan tu cepat je sambar tombol laci. Tarik punya tarik asal lak tak bukak laci ni hmnn. Dah lah ngantuk time ni plak nak buat hal laci oh laci.
Tiba-2 Hisui kene tegur dengan sorang budak ni yang duduk dekat hujung kaki bibik. Membelakangkan tingkap. Muka dia tak jelas but Hisui was and still sure it’s a boy.
“Cari seluar ke?”
Hisui pun cakap lah ‘Ya’.
Then dia bagi seluar pendek milik Hisui. Mana dia dapat tah. Tak pikir pape sebab serious ngantuk. Dah pakai terus tidur.
Keesokkan paginya, mestilah kene tangkap jugak ngan nenek sbb kencing pastu tak kejutkan orang. Dah tu dia bebel lah pasal ‘kene tidur dengan najis lah’, ‘nasib baik mandi sebelum solat subuh’ lah macam-macam. Hisui tak rasa bersalah pun kene tangkap sebab benda pun dah jadi hmn :/ Bibik pun like always tukar cadar and everything. Pastu mak pun soal selidik lah Hisui, bila kencing, kenapa tak pergi tandas, kat mana lagi kene and etc. Sebab nak bersihkan lah kot dia tanya mcm boleh dijatuhkan kesalahan undang-undang negara. Soalan biasa lah bagi Hisui bila terkencing malam. Tapi Hisui ingat bila mak tanya ni..
“Pastu seluar baju tukar sendiri camane?”
Hisui tak ingat sendiri reply apa tapi Hisui cakaplah ada budak bagi seluar kat Hisui. Lahai bebudak kot— soal sepatah itu lah yang dijawabnya. Pastu mak punya air muka jadi cam confused, orang lain yang dengar tu pun terkedu. Apahal? Salah ke apa yang Hisui cakap?
Nenek nampak cam lain pastu pandang-pandang mak. Hisui buat tah endah je lah. Klau orang tanak bagitau suka hatilah. Kisah ape.
Bila dah besar sikit, Hisui teringat balik insiden tu. Rasa seram sejuk pulak. Obviously, tu bukan adik laki Hisui. Waktu tu adik was an infant lagi. Bulu roma naik. Disebabkan tak pikir panjang tu lah nasib lah tak diapa-apakan. Sapa budak tu? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Bila Hisui cerita balik apa yang Hisui sedar bila dah besar dekat mak dengan nenek, dorang cakap takde pape lah tu. Kelakar dorang kata sebab budak tu tolong ambikkan seluar untuk Hisui.
Tapi Hisui tak rasa kelakar.
And Hisui tak rasa tu orang ataupun hantu.
Katakan lah budak tu merupakan sesuatu yang tak pernah diceritakan di dalam Al-Quran kerana kewujudannya hanya Allah saja yang tahu. Bukannya Hisui percaya tahyul ke apa.. tapi Hisui percaya yang dunia ini diciptakan dan dijadikan dengan luas oleh-Nya atas sebab sendiri. Hisui percaya ada makhluk lain yang hidup dan mempunyai berbagai ragam, personaliti tetapi tidak lah juga Hisui meletakkan kepercayaan kepada makhluk ini sepenuhnya. Mereka juga merupakan makhluk Allah walaupun dari segi fizikal mereka adalah atas daripada manusia. Akan tetapi Hisui percaya yang Allah menjadikan manusia sebaik-baik makhluk di muka bumi ini. Tiada makhluk lain yang lebih tinggi dari kaum Adam dan Hawa yang dicipta dari tanah.
Tak kisah lah kalau nak kata Hisui ni gila ke apa tapi Hisui percaya kewujudan lain di alam lain tetapi bukan lah niat untuk menyembah mereka. Kalau sesiapa yang baca buku Laksamana Sunan bersiri karya Ramlee Awang Murshid mesti pernah dengar Bangsa Polip kan? Bangsa bersayap, serupa manusia tetapi taat melakukan ibadah kepada Allah. Mungkin ianya bukanlah fiksyen semata-mata? Wallahu. Akal manusia ni ada batas. Hisui pun tak nak fikir apa yang ada di luar sana sesungguhnya apalah daya seorang manusia tidak sempurna ini. Hanya Allah Maha Mengetahui. Sekian.
**oh btw Hisui means Jade in Japanese. Memang keturunan Jepun pun.
– Hisui
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit