Assalamualaikum kepada semua pembaca.Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada admin if approve confession aku ini untuk disiarkan.Tapi aku harap sangat2 supaya diapprove supaya menjadi penggajaran kepada semua selepas membaca cerita aku ini.Okay cerita ni sebenarnya baru sahaja berlaku dekat aku tadi.
Tadi aku tidur pukul 3 lebih sebab penat sangat dan aku pon ingat nak bangun sebelum asar sebab orang cakap tidur selepas asar tak elokkan, tapi dulu selalu je tidur lepas asar sebab mengantuk sangat.Tapi sekarang aku cuba tak tidur selepas asar atau sampai asar.Okay okay back to the story,nak dijadikan cerita aku tetiba je tadi tersedar la bila azan asar berkumandang,lepas tu aku pon ingat nak bangun la bila bunyi azan tu sebab nak pergi solat.Tapi aku rasa macam mata aku ni berat gila dan tak boleh nak bangun,so aku pon decide xpela sekejap lagi aku bangun.Pastu aku pon sambung tidur.Lepas tu aku nampak kawan aku bangun untuk pergi solat(tapi dia memang bangun nak pergi solat pon)
Haaa bila aku decide untuk sambung tidur ni la perkara pelik macam dah start berlaku.Aku rasa aku macam sambung tidur lama sangat dan aku pon try la nak bangun untuk solat asar sebab takut dah lambat.Masa tu la masa aku nak bangun solat tu aku rasa yang aku betul-betul tak boleh nak bangun.Dan dalam aku struggle nak bangun tu aku macam nampak yang kawan aku ni still solat lagi.Pastu aku macam pelik la,kenapa dia tak habis solat lagi sebab aku rasa aku dah tidur macam lama juga.
Tapi time tu aku tak fully sedar lagi,dia kira macam separuh sedar je.Masa aku separuh sedar tu aku macam rasa ada dua lagi orang lain dalam bilik aku,dan orang ni aku kenal.Tapi sangat-sangat mustahil untuk dua orang manusia ni ada dalam bilik aku sebab mereka ni orang jauh.Lepas tu aku macam mintak tolong salah seorang daripada diorang ni untuk bangun kan aku sebab aku macam mengantuk gila sampai xboleh nak bangun.Tapi dia ignore je aku..huhuhu..Situasi aku macam orang mamai tapi struggle nak bangun juga.
Lepas tu macam mana entah aku pon tak tahu,aku macam dan boleh bangun.Tapi ni bukan bangun betul-betul,tapi macam roh aku je yang bangun,bukan badan aku.Aku sebenarnya tak tau nak kategorikan cerita ni mimpi atau roh aku yang bangun.Lepas tu bila aku bangun aku terus la pergi toilet untuk ambil air sembahyang.Dan bila aku bukak je pintu bilik aku,aku nampak kawasan ruang tamu rumah gelap je,then bila aku sampai toilet aku nampak toilet tu sangat la usang.Dia sebenarnya masih toilet yang sama macam sebelum ni,tapi toilet yang aku nampak kali ni sangat usang.
Dari pintu masuk toilet nak ke paip sangat jauh padahal sebelum ni dekat je,dan dekat dalam toilet tu macam ada banyak rumput dan keadaan dia macam dah lama gila orang tak guna.Jadi aku pon tetiba terfikir,macam mana kami boleh tahan dengan toilet ni selama ni.Oh ye lupa nak cerita,selain dari kes toilet yang tetiba jadi usang tu,aku juga rasa macam ramai orang dekat toilet tu.Dan orang-orang tu bukanlah orang rumah aku.Aku ada nampak sekempulan remaja lelaki pakai baju putih yang nak ambil wuduk dekat situ.Yang pelik lagi diorang macam nak ambil wuduk dekat toilet yang sama dengan aku.Btw rumah aku ada bnyak toilet.
Oh ye aku ingat sikit-sikit muka diorang,muka diorang handsome dan bersih.Lepas tu, tengah aku nampak wuduk tu air tetiba tak ada.Lepas tu, macam mana entah tetiba ada macam seorang perempuan.Tapi aku tak ingat sangat macam mana cerita dia.Bukan perempuan tu je, ada juga seorang budak perempuan kecil.Tapi aku masa tu macam tak pelik pon sangat pasal kewujduan tiba-tiba orang-orang ni,aku just pelik pasal toilet yang tetiba jadi usang tu je.
Lepas tu aku macam terus bagi tahu kawan aku pasal keadaan toilet tu,then aku macam ajak diorang pindah rumah terus.Tapi ni still bukan dalam alam realiti.Akhir sekali macam mana entah aku tetiba ada dekat atas katil balik,lepas tu akhirnya berjaya bangun.Bila aku tgk jam,aku sebenarnya tidur lebih kurang 20 minit je dari waktu asar.Tapi aku rasa macam lama sangat.Lepas tu aku jadi macam takut sikit nak pergi toilet rumah aku tu..hahahaha
Sebenarnya apa yang aku nak cerita dekat sini,pengajaran dia kita jangan lama-lama sangat dalam toilet sebab dalam toilet tu la tempat syaiton suka duduk.Lepas tu jangan lupa baca doa masuk dan keluar toilet(aku pon kadang-kadang lupa,hehehe)..Dan satu lagi aku just nak pesan dalam dunia ni bukan hanya ada kita je.Apa-apa pon sorry kalau terpanjang dan sorry sebab aku xboleh nak clarify sama ada apa yang aku alami tu mimpi atau apa.Ada lagi sebenarnya cerita dia,tapi aku cerita yang penting je okay..Aku just nak korang ambil pengajaran sahaja okay…byee..thank you sudi baca..
Maaf kalau cerita ni tak best.xoxo
– Miss Bunga
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit