Alat-Alat Pertukangan Wajib Ada Di Rumah

Assalamualaikum semua. Ramai yang dah cerita tentang cara pengurusan rumahtangga. Namun tak ramai yang sentuh tentang alat-alat pertukangan asas yang wajib dimiliki setiap rumah.

So saya akan senaraikan alat-alat yang pasti membantu kerja-kerja baikpulih mudah di rumah anda. Maaf kalau ada bahasa rojak sebab nak bagi semua senang faham.

Sebelum tu, saya nak tekankan betapa pentingnya alatan-alatan ni. Adakalanya berlaku beberapa kerosakan kecil dalam rumah yang senang untuk dibaiki.

Namun disebabkan kita tiada alatan-alatan ini, kita terpaksa hadap masalah tersebut setiap hari. Contoh mudah, tingkap susah dibuka disebabkan karat. Kalau ada WD40, sembur sahaja, dah selesai.

Ok lah, berikut adalah alat-alat asas yang saya rasa perlu untuk disimpan di semua rumah.

Alatan tangan,

1. Pemutar skru rata dan philips (DIY)

2. Playar (DIY)

3. Tukul kuku kambing (DIY)

4. Pita ukur (DIY. 5 meter dah cukup)

5. Timbang air (DIY)

6. Beberapa jenis skru, paku, dan bolt (DIY)

7. Test pen (jenama Stanley atau Philips harga dalam rm5. Jangan beli jenama murah sbb mata test pen murah senang rosak)

8. Box cutter (saya panggil pisau tolak. Cari brand SDI. Ada jual di mydin ataupun kebanyakan kedai buku)

9. Tool box (DIY. Cari yang bersaiz besar supaya boleh masuk kesemua alatan tangan dan barang guna habis)

Mesin ringkas,

1. Drill (lebih baik kalau beli 2-mode rotary hammer drill. Jenama murah dan baik adalah BOSCH tapi china brand pun ok)

2. Tangga (seeloknya 7 step)

3. Extension wire (saya pakai jenama SELAMAT. 5 meter dah cukup)

Barang guna habis,

1. Black tape (nama lain adalah electrical tape, atau PVC tape)

2. White tape (nama lain adalah PTFE tape, ataupun tape paip)

3. WD-40 (beli yang ori, bukannya jenama DIY ataupun brand knockoff yang lain mcm W4, WQ40. Trust me those knockoffs perform like s***)

4. Cellotape (DIY)

5. Cable tie 8 inci (DIY)

6. Tali rafia (DIY)

*Senarai yang saya remark DIY, boleh cari di MR DIY je. Murah-murah.

Alat2 ini pada saya wajib ada di semua rumah. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu kerja-kerja DIY ringan di dalam rumah. Contohnya, pasang langsir baru ataupun pasang tv baru.

Takkanlah kita nak upah orang semata2. Kalau ada alat-alat ni dapatlah kurangkan pening kepala kita nak cari alat-alat dikemudian hari.

Okay, sekian. Kalau rajin nanti saya share tentang barang2 yang boleh dibuat spare di dalam rumah.

– Hafizbawang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *