Alhamdulillah, I’m A Mother

Assalamualaikum readers. Actually aku dah send dua kali confession kat sini dengan nama Lavender. Confession dah disiarkan tapi aku tak ingat title. Aku search balik pun tak jumpa. Kalau admins tahu, boleh paste kan link kat sini ya.

https://iiumc.com/my-memory-lane/

Aku pernah cerita sebelum ni yang aku dah berdaftar sebagai OKU atas nasihat seorang commentor. Aku juga dah cerita yang aku bakal menjadi seorang ibu.

Alhamdulillah. I am finally a mother! Setelah tiga kali mengandung. Dua kali keguguran. Stroke dan sakit APLS.

Aku dah pun bersalinkan seorang putera sulong. Aku bersalin secara emergency ceaser. Sepatutnya bulan 5 due. Tapi atas sebab aku tiba-tiba diserang sakit aku tu, terpaksa beranak awal @ 32 weeks.

Sebenarnya tujuan aku menulis ni bukan nak cerita progress aku. Aku sebenarnya nak minta readers semua doakan aku & anak aku. Disebabkan baby premature, dia sekarang ada dekat NICU.

Alhamdulillah, walaupun premature dua hari je dia guna alat bantuan pernafasan. Selepas tu dah boleh bernafas sendiri.

Baby aku kuat. Tapi tadi doktor datang bagitau aku baby perlukan darah merah. Jadi doktor ambil darah aku sikit untuk test & minta consent untuk transfuse darah pada anak.

Aku mohon readers doakan lah anak aku ya. Semoga tiada apa-apa komplikasi yang serius. Semoga anak aku membesar dengan kuat & sihat. Amiin Ya Rabb.

Aku masih dalam wad. Tak aku sangka sakit aku tu terus jadi makin teruk selepas beranak. Masa nak operate pun doktor bius dah bagitau aku risiko aku mati dalam dewan bedah sangat tinggi.

Tapi aku dan suami dah redha. Tak ada jalan lain. Sampai pakar bius tu pun confuse. Dia tanya aku faham tak risiko aku ni. Sebab aku dan suami sangat tenang. Aku cakap aku dah terima semua.

Pagi tu doktor bagitau ceaser. Tengahari masuk dewan bedah. Alhamdulillah petang aku dah selamat dibedah. Dan Alhamdulillah aku dan anak dua-dua okay.

Selepas tu bermula episode aku sakit balik macam tahun 2019. Tulang belakang sakit mengeras (aku GA, tak guna epidural, jadi ini bukan kesan bius), joint bahu aku berdenyut, rusuk berdenyut.

Lepas tu semua start sakit dan mengeras. Aku beraduh setiap kali nak mengiring. Sakit sampai doktor bagi tiga jenis ubat tahan sakit + masuk morphine.

Tapi Alhamdulillah, tahun 2019 dulu sakit sampai ke kaki jadi aku tak boleh berjalan. Kali ni sampai ke pinggang. Aku masih boleh berjalan. Cuma pandemik ni menyukarkan suami datang nak urus aku.

So aku mintak jasa baik doktor benarkan lah, sebab aku tak mampu nak angkat tangan nak urus diri sendiri. Aku minum air pun terketar-ketar. Alhamdulillah, doktor bagi.

Cuma sekarang ni doktor dah bagi ubat kuat untuk control sakit aku. Platelet aku masih menurun walau dah diberi ubat berhari-hari.

Sepatutnya minimum bacaan 150. Tapi aku dah 34. Rendah sangat sampai doktor tak berani nak start cucuk ubat cair darah dekat aku. Aku masih dalam wad untuk pemantuan dan untuk pain management.

Aku ada mintak ubat prednisolone yang aku dapat masa nak recover tahun 2019 dulu tapi doktor kata ubat yang diorang bagi lagi kuat. Tapi takda kesan. Wallahualam.

Aku mohon readers semua doakan lah aku sembuh dari penyakit aku. Aku down sampai susu nak bagi kat anak pun tak keluar. Aku kesian dekat anak aku. Aku nak jadi ibu, isteri, anak & menantu yang baik & berguna.

Suami aku banyak tolong aku. Siang hantar air ubat, tengahari datang urut & suapkan makan. Aku kesian dengan dia sebab dia kena uruskan bisnes doorgift sorang-sorang. Aku dengan tak sihat macam ni.

Aku tau, aku tak sepatutnya down macam ni. Aku dah ada anak. Aku kena kuat untuk anak aku. Tapi entah lah. Aku sedih fikirkan anak & suami dengan keadaan aku macam ni.

Aku betul-betul perlukan doa dan semangat dari semua readers. Mana la tahu, ada antara doa readers kat sini diangkat dan dimakbulkan. Amiin amiin ya rabbal’alamin.

Tolong lah doa kan aku dan anak aku. Terima kasih yaa.

Assalamualaikum.

– LAVENDER (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *