Alhamdulillah, Kini Aku Bahagia!

Assalamualaikum pembaca IIUM Confession. Terima kasih sudi klik dan berminat nak baca kisah percintaan dalam hidup aku, hehe.

Kisah cinta aku bermula sejak waktu sekolah lagi. Aku bukan la perempuan yang baik-baik tak bercinta bagai. Aku pun seperti orang lain juga ada perasaan pada seorang lelaki.

Waktu zaman sekolah ketika aku berumur 14 tahun, aku bercinta dengan bekas classmate aku sendiri (aku naik kelas pertama, dia masih di kelas kedua).

Aku namakan dia J. Peliknya percintaan aku ni, sebelum bercinta aku okay je berkawan dengan J. Aku tak rasa malu, tak kekok atau apa apa saja. Tapi sewaktu bercinta dengan J aku jadi malu terlampau. Kami hanya berhubung melalui surat pada ketika itu.

Oh ya, kami pelajar asrama. Jadi, kalau nak bermesej kena tunggu bila “balik wajib” saja. Hubungan kami baik selama 2 tahun, selepas 2 tahun aku dan J pindah ke sekolah lain. Mungkin J jumpa perempuan yang lebih baik, jadi J curang dan tinggalkan aku.

Selepas ditinggal J, aku tak berkenalan dengan mana mana lelaki. Aku lebih berhati hati, takut untuk terluka lagi.

Tapi, sewaktu aku disekolah baru ada seorang lelaki banyak kali bagi hint untuk dekat dengan aku. Aku nama kan dia S. Aku memang tak boleh anggap S lebih dari seorang kawan.

Aku memang dah bagitahu S awal awal. Jangan luahkan apa apa perasaan, aku tak terima. Tapi S tak give up untuk sentiasa ada dengan aku.

Sampai la satu masa, aku dah terbuka hati pada S. Aku bagitahu dia perasaan aku, tapi kali ini mungkin giliran S pula untuk menolak.

Katanya, S dah ada orang lain. Kalau nak, S boleh jadikan isteri kedua. Bila dengar ayat tu, sekali lagi aku move on dan buang perasaan aku jauh jauh.

Dalam pada itu, S masih layan aku seperti selalu. Tapi aku lebih banyak ignore sebab aku tak suka ganggu hubungan orang.

Lama aku hidup “single” sehinggakan aku dah terbiasa sendiri. Sampai lah aku layak masuk universiti tempatan. Kisah penderaan emosi aku bermula disini. Seorang lelaki bernama M muncul dalam hidup aku.

Pada mulanya, M sangat mengagumkan aku. Sifat M yang terbuka, ramah, dan macam macam lagi perkara baik yang ada pada diri M yang Allah kurniakan kepadanya.

Untuk pengetahuan semua, M banyak berkawan dengan perempuan. Sebelum M mendapatkan hati aku, M sentiasa ada dengan aku. Tapi setelah itu, M tak lagi seperti dulu. Perhatian dia lebih banyak pada perempuan lain. Bila aku mula cemburu, dikatanya aku cemburu buta.

Bagi M, kawan kawan perempuan M adalah orang yang sentiasa ada dengannya ketika susah. Mereka lebih penting dari aku.

Hubungan kami masih bertahan dek kerana aku masih pertahankan. Aku simpan semua rasa tak puas hati bila berlaku pergaduhan. Aku tahankan semua sebab aku rasa kehilangan itu cukup menyakitkan.

Jadi, aku pilih untuk bertahan. Sampailah satu masa, aku dah tak tahan bila M mahu keluar makan bersama kawan baik perempuannya dan menolak ajakkan aku untuk keluar makan bersama. Malam itu, aku pilih untuk diam dan mengumpul semua kekuatan yang aku ada.

Esoknya, aku katakan padanya aku dah tak tahan dan mahu hubungan ini berakhir.

Aku fikir bila dah putus, semuanya baik baik saja. Malangnya tidak. Semua kawan kawan perempuan M memandang aku dengan pandangan yang sinis.

Pada mereka aku cemburu buta. Pada mereka tiada salah jika kawan kawan dilebihkan. Aku bukan isteri. Aku tak tahu apa yang diceritakan oleh M.

Setelah beberapa bulan hubungan kami putus, M tiba tiba mengalami masalah kesihatan dan kawan kawan perempuannya pada ketika itu tiada bersamanya. Aku biarkan saja, M bukan lagi dalam perhatian aku.

Tapi sifat aku yang mencintai orang dengan tulus membuatkan aku kadang kala memberi semangat kepadanya. Aku pernah sayang M walaupun M tak mencintai aku dengan baik tapi rasa kasihan padanya itu membuatkan aku ingin tetap ada dengannya.

Perbuatan aku itu dianggap tidak move on pada orang lain. Aku sering diejek tidak move on. Dipaksa untuk move on. Aku sedih kerana ada dikalangan kawan baik aku yang merendah rendahkan aku hanya kerana aku belum move on.

Oh ya, mereka yang “berperangai” sebegitu sebenarnya belum pernah merasai sakitnya putus cinta. Panjang ceritanya jika aku mahu olahkan lagi cerita hinanya aku lambat move on dari percintaan dengan M.

Aku mencuba hari demi hari. Susah bagi aku kerana aku masih berjumpa dengan M setiap hari. Kemana saja aku pergi, aku akan berselisih dengan M.

Aku sering berdoa pada Allah agar aku cepat melupakan M. Emosi aku terganggu. Aku tidak mahu kembali pada M tapi aku rasa M berhutang explaination dengan aku. Kenapa dia bersikap sebegitu selepas kami bercinta.

Sekali lagi aku menyendiri. Menolak sesiapa yang hadir. Bahkan penolakan aku ini juga dianggap tidak move on.

Pada aku, jika aku mahu mulakan hubungan yang baru, aku tak mahu pasangan aku bercinta dengan hati aku yang masih terluka. Biarlah adil, dia mendapatkan aku pada waktu aku benar benar akan mencintai dia sahaja.

Aku tak pernah lekang berdoa pada Allah. Moga Allah jodohkan aku dengan lelaki terbaik untukku menurut pandangan Allah. Aku betul betul redha. Dalam hatiku selalu merungut untuk mendapatkan lelaki yang sama seperti aku.

Susah ke mahu mencintai seseorang dengan ikhlas? Susah ke mahu menghargai seseorang? Mahalkah sebuah kesetiaan itu sehingga ramai menolak untuk memilikinya?

Satu hari, aku berjumpa secara tidak sengaja dengan seorang lelaki yang kini adalah tunangku. Aku gelarkan dia B.

Sewaktu perkenalan dengan B, semuanya seperti berjalan lancar. Apa yang aku perasan pada B adalah doa aku. Apa yang aku harapkan pada seorang lelaki ada pada B.

Sekecil kecil zarah sekalipun B ambil tahu dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk aku dan hubungan kami. Penerimaan B dalam keluarga aku juga baik. Keluarga B pun baik. Perjalanan kami boleh dikatakan berjalan lancar walaupun ada turun naiknya.

B mengamalkan konsep jika berlaku konflik, B dan aku melawan konflik itu. Bukan melawan satu sama lain. Perbuatan B itu matang dan membuatkan aku bahagia sehingga hari ini.

Kesimpulannya, Allah mendengar doa kita. Setiap pertemuan ada hikmahnya. Di setiap perkenalan aku, ada pengajarannya buatku.

Jika tiada pengalaman disakiti mungkin aku tidak tahu menghargai orang yang ikhlas seperti B. Jika kalian yang membaca confession aku ni sedang bersedih, bersabar lah.

Move on itu tiada timeline. Ikut lah masa kalian. Ada orang cepat, ada orang lambat. Tak mengapa, teruskan semangat.

Jika kalian punya kawan kawan yang sedang bersedih, jangan push untuk move on. Beri lah semangat. Sesungguhnya sakit dikhianati itu tak tergambar pedihnya.

Yang pernah merasai saja yang akan faham, andai kalian tidak pernah merasainya, jangan jadi toxic malah berikan lah semangat dan selalu ada untuk mereka.

Pelangi selepas hujan itu sungguh indah. Allah akan gantikan orang yang selayaknya untuk kita. Bila aku fikir balik, ya betul B yang paling layak untuk menjadi ketua keluargaku nanti. Alhamdulillah, aku bersyukur.

Buat kalian, teruskan berusaha untuk mendapatkan yang terbaik. Suami perlu dicari yang baik baik untuk kebahagiaan kita dan anak anak nanti. Seumur hidup itu terlalu lama untuk menjalani hari hari sedih.

Jangan abaikan red flags dalam hubungan kerana itulah pertunjuk dia baik untuk kita atau tidak, and never settle for less. Allah mendengar doa kita. Teruskan berdoa.

– Sakinah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *