Alhamdulillah, Rezeki Itu Ada

Hai semua pembaca. Salam luahan hati 2019.. Hehe.

Selama ni saya silent reader page iiumc je. Dalam banyak2 confession yang admin post, mesti saya akan baca dulu post yang berkaitan rezeki sebab saya bukan orang senang. Saya selalu cari jalan macam mana nak tambah duit. Saya kalau tengok bank saya bergenang je air mata. Tengok poket pon kempis je. Huhu. Dapat gaji je bayar hutang semua tinggallah baki sikit2 untuk survive sampai gaji bulan depan.

Lepas saya baca confession dari macam2 orang pasal rezeki. Ada yang kata dia amalkan solat tahajud, banyakkan bertaubat, bacal waqiah, yasin, setiap hari, itu ini.. Maka saya pon terasa nak cuba jugak. Sebab sebelum ni saya solat je tapi dengan Al-quran dan solat sunat tu saya jarang sekali.

So saya start download app “Quran” dari playstore. Al-quran app tu best sangat siap ada terjemahan and kita boleh pilih sape2 punya suara untuk bacakan quran. Saya belum berkesempatan lagi nak belajar dengan berguru. InsyaaAllah saya akan berguru juga untuk perbetulkan bacaan saya suatu hari nanti. Tolong jangan kecam saya pulak.

Tapi point yang nak saya cerita ni, dalam bulan februari ni saja saya cuba tune sikit hidup saya. Tune macam mana?

Macam ni. Setiap pagi saya solat subuh. Lepas solat saya akan masukkan seringgit ke dalam tabung sedekah subuh (Duit dalam tabung tu nanti boleh sedekah kat sesape yg susah/ masjid/ tahfiz/ anak yatim). Lepas tabung, saya sedekah subuh AL FATIHAH pulak untuk kedua ibubapa saya. Lepastu saya sambung baca al-waqiah.

Malam pulak sebelum tidur saya akan baca Al-Mulk. Pukul 4 pagi lebih pulak saya akan buat tahajud. Tapi taklah hari-hari saya buat semua tu. Kadang2 kalau terlalu penat kerja saya kalah jugak dengan syaiton. Tapi kalau sempat memang saya buat. On off tu biasa lah bagi beginner macam saya. Tapi saya usaha jugak untuk tune hidup saya jadi lebih baik. Sampai bila miskin

Dan sejak akhir2 ni tiba2 ada rezeki masuk. (Sedih terharu) Saya meniaga kat shopee sebelum ni memang tak ada order langsung untuk satu barang yang saya dah upload. Padahal dah lama upload dah. Pesaing pon ramai je. Tapi dah nak dikatakan rezeki, tiba2 satu persatu order masuk. Dan setakat ni customer saya alhamdulillah takda ragam pelik2. Saya bersyukur sangat.

Oleh kerana saya nampak perubahan yang unexpected ni hasil dari amalan macam ini sebab itu saya ingin berkongsi kat readers lain. Manala tahu korang pon senasib dengan saya. Jom kita ubah hidup kita dengan mendekatkan diri dengan Tuhan. InsyaaAllah pintu rezeki korang terbuka sikit demi sikit. Tolong doakan saya jugak ya readers supaya rezeki saya senang masuk lagi. Assalamualaikum.

– Cik Sambal

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *