Hi Assalamualaikum pembaca tegar IIUM Confession.
Aku nak buat luahan yang tak tahu dekat mana lagi nak luah sebab kes ni berat kalau diluah. Berat mata memandang berat lagi dada yang tanggung semua sebab tak tahu mana nak luah.
Aku tak tahu lah ini berupa luahan atau teguran tapi marilah baca.
Agama Islam mengajar banyak aspek dalam kehidupan seharian kita betul? Islam itu meluas dan menyeluruh.
Tapi, patut ke kita sebagai umat Islam ambil Islam separuh2? Tidak bukan? Kita mesti fokus akhirat tapi jangan tinggalkan dunia sebabnya dunia ni lah tempat kita bawa bekal untuk ke akhirat.
Okay lah aku teruskan je dengan tajuk luahan aku yang berkenaan dengan “Alim tapi pengotor”.
Aku bukan lah cuba untuk menjadi orang yang skeptikal terhadap golongan alim tudung labuh semua mempunyai sikap yang sama. Tidak sama sekali ya.
Tapi aku diberi peluang dan takdir untuk berjumpa dengan orang yang sebegini. Ya, aku tahu wujud orang yang alim tapi pembersih. Tahniah ya buat anda!
Yang buat aku stress ni orang yang paling dekat dalam hidup aku sendiri. Bukan aku tak pernah tegur, ya pernah tapi kesedaran tu tak lama. Dia akan berbalik kepada tabiat lamanya.
Macam mana ya seseorang itu bab agama nak jaga tapi kebersihan dalam hidup tiada kesedaran?
Aku berharap sangat para ustazah/ ustaz dapat “highlight” tajuk dalam ceramah/ tazkirah mengenai pentingnya menjaga kebersihan.
Perbanyakkan topik kebersihan. Topik yang praktikal yang dekat dengan kehidupan.
Sebagai perempuan tolong lah ganti telekung seminggu sekali sekurang-kurangnya.
Selepas selesai menggunakan telekung, tolong dan mohon lah sangkut dengan kemas dan teratur biar mata sedap nak pandang.
Telekung ni kain dia lebar dan tebal bila kita pakai kadang air wudhuk diserap oleh kain telekung kadang juga bercampur dgn peluh. Jaga lah kebersihan.
Tolong lah sebarkan kesedaran kebersihan dalam hidup. Tolong lah jangan fokus hanya pada amal ibadah, tapi bab dunia tinggal begitu saja.
Kebersihan ni penting dalam hidup sangat penting bila tak jaga boleh bawa penyakit.
Selain tu stoking, handsocks tudung semuanya sila basuh jangan berulang pakai yang sama lebih dari seminggu begitu juga anak tudung.
Tolong berhenti jadi wanita muslimah yang kepam. Benar-benar memalukan.
Tolong lah aku berharap sangat akan ada lebih banyak bab2 kesedaran tentang kebersihan yang bukan sekadar mandi hari2 dan basuh baju sahaja ianya lebih dari itu lebih!
Aku sakit mata sakit hati sakit sangat kepala bila tengok tapi nak tegur tak boleh sebab nanti dicop derhaka dan perangai memandai mandai.
Aku berharap sangat golongan yang berpengaruh mula untuk memperbanyakkan ceramah tentang kesedaran dalam kebersihan. Ayuh lah sama- sama kita hapuskan perangai kepam.
Ya anda bagus berzikir mengaji beribadah kepala Allah tapi tolong lah tolong lah jangan abaikan perkara kebersihan yang bukan hanya sekadar mandi dan cuci pakaian. Ianya lebih dari itu.
Berharap agar ada hidayah untuk menjaga kebersihan dan menjadi hamba Allah yang bukan hanya ada kesedaran untuk meningkatkan ibadah tapi ada kualiti sebagai manusia.
Malulah kepada orang sekeliling anda. Jagalah imej seperti anda berusaha menjaga maruah anda.
Buang lah sikap buruk itu dan gantikan dengan tabiat baru tidak kita lah berapa pun umur anda sekarang.
Sekian terima kasih.
– Siti Sentap (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit