Alim VS Kasar

Hai assalamualaikum semua.

Aku Y seorang gadis lasak yang berumur 20-an. Tak berapa cantik dan acne fighter. Seorang yang hyper dan masuk air tetapi tegas. Tak pernah bercinta tapi pernah di-rijek 12 kali oleh orang yang sama hahaha.

And dia juga kata, “orang macam kau tak layak untuk dicintai”

Ye kengkawan. Macam tu ye aku kena. Tah la mana part yang tak layak tu. Mungkin sebab rupa dan perangai aku kut.

Masuk alam uni, aku yang sedia perwatakan kasar. Memang kawan-kawan lelaki aku anggap aku “abang2”. Aku masih menjaga batas pergaulan dan aurat aku ye walaupun aku kasar.

Pernah ada kawan lelaki bergurau cucuk2 bahu. Selamat pembaris besi aku cium pipi dia.

Aku pula memang dah dibesarkan dengan adik beradik semua lelaki dan sepupu lelaki. Tetapi aku ada 1 habit yang mana lelaki tak boleh nak sesuka hati bergurau dengan aku. Masih perlukan batas.

Bila masuk zaman uni, ada seorang lelaki ni aku gelarkan K, baik sangat dengan aku. K dengan aku memang berbeza sifat. K soft spoken, jaga agama dan percakapan.

Di mata aku dia bagus. Tapi aku sentiasa berkasar dengan dia seperti mana kawan2 lelaki yang lain untuk mengelakkan aku terlayan lebih. Dia juga agak lurus? Like tak berani tolak permintaan orang walaupun dia sendiri tak nak.

Aku selalu tegur yang lelaki perlu ada pendirian. K ni pun ramai jugak kawan-kawan perempuan sebab mungkin cara pembawakan diri yang buatkan ramai perempuan suka berkawan.

Intonasi aku akan serta merta berubah kasar bila dengan lelaki. Tapi bila dengan perempuan, aku jadi caring, lemah lembut & pemalu. Dengan K pun aku anggap kawan biasa. Tak lebih tak kurang.

Suatu hari si K ajak pergi kenduri kenalannya. Aku jem kejap time tu. Ye la tak ada angin tak ada ribut tiba2 ada orang ajak pergi kenduri. Dalam banyak2 perempuan asal aku?

Oh ya, masa ni si K ada seorang hakak senior ngorat dia. Ngorat yang gila punya. Hahaha kelako bila tengok. Dan masa ni memang ramai ship kan K ni dengan senior tu. Aku memang jaga jarak takut dilibas dengan si senior ni.

Ok sambung balik..

Suatu malam K hantar chat ajak pergi kenduri. Aku okey je sebab kenduri di negeri orang vibe dia lain dari negeri sendiri.

Aku pun tak banyak tanya sebab? Tah la kenapa aku boleh terima pelawaan K time tu padahal seumur hidup aku tak pernah berdua dengan lelaki.

Aku terima sebab nak tengok lauk apa dihidangkan kalau kenduri di johor hehehe. Sebab aku berasal dari utara tanah air.

Hari kejadian, dia jemput aku di bawah blok kediaman. Perjalanan memakan masa 3 jam. Bila dah keluar dari uni, baru aku terdetik nak tanya kenduri siapa.

“Kenduri kakak aku”

Haa jem otak aku time tu. Aku keras untuk seketika. Terus rasa nak balik time tu. Aku tanya lagi.

“Kenapa tak ajak kawan2 laki lain?” aku tengah panik tau time ni.

“Oh dah ajak diorang busy” rileks dia jawab sambil fokus memandu.

Aku angguk. Faham. Tapi aku tanya lagi hahaha.

“Asal tak ajak si dia” aku cuba umpan. tapi dalam masa yang sama kepala aku dah pusing. Sebab aku sejenis mabuk kenderaan hahaha.

Dia diam je. Lansung tak pandang aku ahaha. Aku cuak tau. Aku dah terguriskan hati dia ka? Kak senior tu mesti bunuh aku. Ehh tapi aku ajak kawan aku. So bukan berdua dua an la kan?

So sepanjang perjalan aku dah KO kat seat penumpang. Nak muntah semua ada. Memang aku lena ahaha buruk betul perangai.

Sampai tempat kenduri aku pelik kenapa dia tak masuk. Dia park kereta jauh sikit dari rumah kenduri.

Mula-mula aku diamkan tapi aku tak boleh diam dah. Aku terus tanya, “ni tunggu apa? Kau jangan buat bukan2. Aku ada pisau ni” betul ya aku memang sentiasa bawa pisau clip dalam beg slinding aku.

K hanya gelak. Jadi aku abaikan sambil belek phone.

“Phone kau ada line ke?” K soal aku.

Aku angguk. Hairan lagi kenapa tanya sebab kami bukan berada di kawasan pendalaman pun. Kawasan taman.

“Pinjam phone, nak call ibu” K ucap. Dia cakap phone dia tak ada line. Padahal kami pakai line yang sama.

Aku pun tak banyak soal bagi pinjam sebab ye la dah la tumpang orang. Pastu buat kedekut pulak.

Selesai dia call ibunya. Tiba2 ibu dia sampai tapi bukan ibu dia je okey. 1 rombongan family ada time tu.

Aku dah rasa nak benam kepala aku bawah tayar. Terkejut plus malu sebab cara keluarga K seperti golongan alim2 gitu. Ibu nya dan neneknya bertudung labuh. Ayahnya bersongkok.

Nak nangis nak sorok muka semua ada time ni. Pelan2 aku keluar dari kereta bersalaman dengan semua kaum kerabat keluarga K. K? Hanya diam di tepi ayahnya sambil tengok aku tengah kekok.

Nak lagi lawak?

Aku tiba2 kena jadi part of rombongan perempuan. Kelakar ke? K? Dah hilang. Tinggal aku dengan ibunya di sisi.

Aku cuba bersembang dan ibu K baik je orangnya. Lega sikit. Tapi aku nampak yang ibu dia bersama kaum kerabat dia macam agak terkejut sebab K bawak anak dara orang.

AKU RASA BODOH plus MALU masa ni.

Aku rasa murah sangat time ni. Tapi layanan saudara parents serta adik beradik K bagi aku baik.

Tapi ibu K macam agak tak berkenan dengan aku. Dia banyak sembang dengan K berbanding aku yang tetamu.

Then apa yang aku perasan, ibu K akan peluk lengan K even tengah berjalan dengan aku dan aku ditinggalkan di belakang. Bagi aku itu normal la kan? Ibu yang dah lama tak jumpa anak dia? Kan?

Bila aku ajak berborak, ibu K hanya jawab sepatah dan senyum. Mungkin ibu K memang jenis tak bersembang. Aku cuba positifkan diri.

Selesai kenduri, terus aku dan K pulang ke uni. Dalam kereta memang aku diam. Diam sebab still terkejut tambah pula tengah fikir hidup ke tak aku balik ni kalau kak senior tu tahu aku pergi kenduri rumah crush dia.

Alhamdulillah sampai ke uni dengan selamat dan benda ni agak kecoh bila roomate aku tahu. Aku keluar dengan K hanya beritahu seorang kawan aku je.

Hari seterusnya K ni buat macam tak ada apa yang berlaku bila kitorang ada aktiviti. Aku pun buat macam biasa.

Selain tu masa hujung semester, aku dengan kawan-kawan aku dah rancang nak pergi trip ke N9, jadinya kitorang ada ajak budak kelas join.

Tapi yang menjadi masalah bila budak lelaki nak join tapi tak ada kenderaan. Jadinya kawan2 aku suggestkan untuk pinjamkan kereta si K.

Diorang ada tanya K nak join ke tidak tetapi K menolak kerana dia kata ada hal hari tersebut. Tetapi masa hari kejadian tiba2 K join kitorang trip ke N9.

Trip ke johor pun si K offer diri nak bawa kitorang.

Aku banyak kali perasan yang si K ni agak “lain” bila dengan aku. Dia jadi pendiam dan cakap pun kadang-kadang macam kalut2.

Kitorang kalau tak ada hal penting memang tak akan bercakap.

Kalau kitorang ada tournement bola tampar, memang si K akan guide aku. Ajar cara yang betul nak main and so on. Sampaikan kadang-kadang aku malu sebab layanan dia baik sangat. Tapi dengan kawan perempuan lain dia just tunjuk2 ringkas.

Kalau aku ada bergaduh dengan kawan-kawan lelaki, K akan jadi the person yang akan tenangkan aku. Tapi tu la dia sekali kena hambur marah aku.

Macam-macam benda aku buat untuk bagi K ni marah tapi tak de pulak dia arah. Habis kuat dia sengih macam kerang busuk.

Macam-macam cara juga aku buat untuk lari dari K sebab aku takut aku yang tersuka. Ye la orang dah layan baik bohonglah kalau hati tak terdetik.

Tapi aku tepis awal sebab takut bertepuk sebelah tangan, tapi ada ja benda yang buatkan aku dengan K bergabung.

Parents aku pun dah mula tanya ada partner ke tidak. Aku ofcourse cakap tak ada. Tak berminat benda-benda ni.

Aku cuba untuk deny yang si K ni mungkin ada perasaan dekat aku.

Ye la, aku kasar, kulit tak ada la putih, badan pun tak ada la slim. Kalau compare dengan kawan-kawan lain, diorang 10x lagi cantik. Aku cakap betul2. Pakaian pun, kalau keluar hanya pakai hoodie dan cap.

Pernah sekali kitorang berkumpul ramai-ramai. K dengan kawan-kawan aku semua ada. Aku mana tahu nak ada K, aku belasah pakai hoodie dengan cap then seluar jeans je.

Tiba-tiba kawan aku tanya perempuan jenis apa K suka.

Ye kawan2. 1 ciri2 pun tak kena dengan aku hahaha.

K suka perempuan muslimah, baik tutur bicara dan berpakaian sopan. Ye sentap aku time tu. Sentap.. Aku hanya senyum sambil hirup air.

Tapi masa K cakap macam tu K memang pandang tepat ke aku. Macam mana aku tahu? Aku tengok sorok2 melalui cap aku walaupun aku tengah tunduk time tu.

Hmm aku just terfikir, apa patut aku buat? Tunggu K or find someone else?

Sebab aku rasa macam not the person yang layak untuk K. Jauh beza.

– Y (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *