Alina Ku Sayang

Aku nak cerita kisah bekas kekasih ku, Alina, gadis yang cantik, lemah lembut, sopan santun, yang aku cintai dengan sepenuh hati, penghidap skizofrenia dan bipolar disorder.

Alina membesar didera mental dan fizikal nya. Anak sulong daripada 5 beradik itu sering menjadi mangsa amarah ibu nya, dipukul dimaki dihina.

Seawal usia 10 tahun Alina sudah dibebani dengan kerja rumah membasuh baju, mengemas rumah memasak, menjaga adik. Jika ibu nya pulang dalam keadaan baju tidak berlipat Alina akan dihambat dengan rotan.

Jika ibunya pulang makanan tidak tersedia Alina akan dipukul lagi. Jika ibunya pulang dan adik beradik nya membuat huru hara Alina juga lah mangsa nya,

Dan jika ibu nya pulang dalam keadaan semua telah sempurna badan Alina juga menjadi tadahan sepak terajang kerana mood ibunya tidak baik.

Ibu nya memegang jawatan tinggi dan jarang berada di rumah. Semua nya diserah kan pada Alina. Ayah nya telah hilang jejak selepas menceraikan ibunya bersama dengan lima orang anak.

Alina pernah bercerita kepadaku dia belajar masak daripada buku resepi milik arwah neneknya.

Duit yang ditinggal kan ibunya diguna kan untuk membeli barang dapur.Orang di kawasan perumahan di situ sangat kagum kerana seawal usia Alina boleh membeli barang dapur sendiri tetapi tiada siapa tahu derita disebalik kerajinan Alina.

Teruk Alina didera tetapi kebajikannya tetap terjaga. Ibu Alina sentiasa pastikan mereka mendapat pelajaran yang sempurna. Walaupun Alina tiada satu A pun dalam spm, dia dapat sambung belajar di universiti tempat kami bertemu. Rezeki Alina ku sayang.

Pertama kali aku ternampak Alina semasa di kafe. Alina duduk bersendirian. Termenung. Terlalu jauh menung nya, tembus dinding.

Aku duduk tidak jauh dari situ dan aku sangat tertarik melihat Alina waktu itu. Disebalik bising dan sesak orang ramai Alina seperti patung batu di tengah2 kafe.

Aku masih tidak dapat melupakan matanya. Sayu. Sedih. Tenggelam entah ke mana. Sehingga lah temannya datang baru lah Alina tersedar. Kembali ke dunia nyata.

Kali kedua tuhan temukan lagi aku dengan Alina di library. Aku duduk tidak jauh dari Alina. Dihadapan nya ada selonggok majalah tetapi menung nya sehingga ke planet marikh.

Aku sangat tertarik dengan Alina. Dada aku berdebar-debar melihat Alina. Aku nekad ingin mengenali Alina.

Aku minta bantuan daripada kawan ku mat romeo yang mempunyai banyak connection dengan pelajar di situ. Mujur juga ada mamat ni, senang kerja aku.

Mat romeo ambil masa agak lama untuk mencari Alina. Mat kata Alina seorang yang sangat pendiam, sukar didekati jadi tidak ramai yang begitu mengenalinya.

Aku akhirnya dapat tahu Alina satu fakulti dengan aku tetapi berlainan course. Alina junior bawah aku setahun. Aku sekali lagi minta bantuan mat untuk mendapat kan no. tel Alina. Aku ingin mengenali Alina. Aku nekad.

Allah izinkan aku menghubungi Alina. Lepas dapat nombor tel daripada mat aku terus mesej Alina. Aku terus nyatakan niat aku untuk mengenalinya. Mesej aku tidak berbalas. Aku hantar semula tetapi tetap juga dibalas sepi. Aku putus asa.

Aku cuba buat kali ketiga dan aku redha jika kali ini tiada balasan aku akan undur diri. Ting! Mesej dari Alina. ‘Saya tak kenal encik. Maaf ye.’ Hampa. Kecewa.

Tetapi aku tetap tidak putus asa. Aku berjanji untuk hanya menghubungi nya melalui telefon tanpa bertemu secara fizikal. Alina akhirnya bersetuju.

Aku berbalas mesej dengan Alina hampir dua tahun. Entah kenapa macam ada chemistry antara kami, aku sangat senang dengan Alina.

Aku sentiasa topup kan no. hp Alina kerana aku resah jika seharian tidak menerima khabar nya. Alina rupanya seorang yang ceria. Setiap hari dia akan bercerita mengenai hidup nya.

Daripada pelajaran membawa kepada kisah peribadinya. Agak lama juga Alina ambil masa untuk menceritakan kisah hidup nya yang pahit.

Alina kata setiap malam dia masih bermimpi ibunya mengejarnya dengan pelbagai alat tajam, dengan pisau, dengan cangkul, dengan tombak.

Setiap malam Alina bermimpi diburu ibu sendiri untuk dibunuh. Alina meracau dalam tidur tetapi teman serumah nya sudah lali dengan situasi itu, setiap kali Alina meracau mereka akan mengejut kan nya dan menenangkan nya.

Tuhan kirim kan sahabat dari syurga untuk Alina. Mereka menjaga Alina seperti menjaga anak sendiri. Kerana Alina polos, jujur dan lurus.

Kadang kala aku menangis mendengar bicara Alina. Alina ku sayang, setiap hari aku berdoa supaya Allah melindungimu.

Semasa tahun akhir aku di universiti aku minta untuk berjumpa Alina jika dia tidak keberatan. Hanya sekali. Aku minta dia bawa kawan kawan nya jika takut.

Ternyata Alina memang takut haha, dia bawa lima orang kawan nya bersama. Kami bertemu di kafe uni. Selepas bersembang seminit dua, kawan Alina beri kami masa untuk berbual.

Mereka tunggu di meja tidak jauh dari situ. Alina nampak teruja berjumpa dengan aku. ‘Saya selalu nampak awak, kalau saya tahu itu awak saya pergi jerkah awak.’

Aku ketawa besar dengar kata-kata Alina. Alina sudah semakin berani, semakin kuat, semakin ceria. Menurut Alina dia tidak pernah pulang ke rumah.

Setiap kali cuti semester dia akan tinggal di rumah kawan kawan nya. Ibunya tidak pernah kisah tetapi tetap memberikan memberikan sejumlah wang kepada Alina.

Tahun berganti, aku masih setia menghubungi Alina. Selepas tamat belajar Alina bekerja sambilan di bandar dekat dengan tempat aku bekerja. Keadaan Alina mula merosot.

Dia mengadu sakit dada, hilang semangat untuk meneruskan hidup, sukar tidur malam dan sering mendengar sesuatu.

Aku mencadang kan supaya Alina bertemu dengan doktor. Alina pergi ke klinik kerajaan dan dapat surat refer ke hospital. Aku meminta izin untuk menemaninya ke hospital.

Semasa aku bertemu semula dengan Alina selepas setahun, fizikal nya jauh berubah. Alina jadi sangat kurus dan cengkung. Matanya sembab, wajah nya tidak ceria. Alina yang dahulu berseri seperti bidadari telah malap dan pudar. Aku tak sangka keadaan nya begitu serius.

Pada hari yang sama doktor sah kan Alina menghidap sakit mental. Alina menangis di dalam kereta. Menangis dengan sesungguh nya. Jiwa nya yang terseksa dilepas kan semua.

Hati aku hancur melihat nya. Alina ku sayang, waktu itu aku sangat ingin membantu mu tetapi aku tidak berdaya. Aku turut mengalir kan air mata. Aku meminta nya untuk bersabar, istighfar dan bertenang.

Alina ku sayang, Tuhan telah bawa kau pergi ke syurga abadi. Aku redha dengan takdir ini walaupun sangat sakit. Sakit yang tidak terungkap kerana merindu kan mu.

Iya, Allah telah bawa Alina pergi dalam tidur yang panjang tiga tahun lepas. Alina overdose ubat tidur.

Alina kata dia tidak mahu mendengar suara2 yang menakutkan itu lagi. Dia hanya ingin tidur yang lena tetapi dia telah tidur selamanya. Tidur lah dengan lena sayangku.

Perjalanan Alina melawan sakit nya agak panjang untuk aku tuliskan. Aku kisah kan cerita Alina disini sebagai kenangan terakhir.

Alina ku sayang, aku berdoa semoga kita dipertemukan di syurga abadi. Alina ku sayang, aku sangat merindu kan mu.

– Amirul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *