Alina Ku Sayang II

Untuk part I, (https://iiumc.com/alina/).

Aku menangis semasa membaca komen semua. Percaya lah kesedihan yang kalian rasa kan itu telah berkali-kali aku rasa kan dan masih berbekas di hati. Alina telah pergi tapi kenangan melihat gelak tawa jatuh bangun dan derita nya masih terlekat kuat di dalam ingatan aku.

Alina sejujurnya hampir pulih. Semasa 5 tahun lebih tinggal di uni, Alina berubah karakter daripada seorang yang sangat pendiam dan penakut kepada seorang yang ceria dan lebih terbuka. 5 tahun itu telah berjaya merawat jiwa nya yang hampir rosak.

Aku menjadi saksi bagaimana sukar nya untuk mendekati Alina pada awal perkenalan kami sehingga bagaimana ceria nya wajah Alina setiap kali aku terserempak dengan nya di mana-mana.

Alina tidak pernah sekali pun pulang ke rumah. Raya pun beraya di rumah sahabat nya. Selepas tamat belajar Alina tiada lagi tempat untuk menumpang kasih.

Ibu dan bapa saudara nya sudah lama menyisih kan ibu mereka kerana kes berebutkan harta. Sejak kecil Alina tidak begitu mengenali mereka apa tah lagi saudara sebelah bapa yang ibarat langsung tidak wujud.

Akhirnya Alina buat keputusan untuk kembali ke neraka lama nya. Maaf, rumah itu memang neraka.

Berjela kata semangat aku berikan untuk nya ketika dia dalam perjalanan pulang. Aku pesan supaya terus menghubungi ku. Jika aku tidak mendengar sebarang khabar dari dia lebih daripada 24 jam aku tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.

Alina hanya ketawa sedangkan aku sangat risau sehingga tiada sedikit pun perasaan ingin bersangka baik.

Apa yang kau harapkan daripada seorang ibu yang telah menyeksa jiwa anak nya sejak kecil?

Sangka buruk aku memang menjadi kenyataan, jiwa Alina kembali terseksa tetapi bukan semata-mata menerima hamun ibunya tetapi kerana melihat nasib adik adik nya.

Alina menghubungiku dan menangis di talian berjam lama nya. Saya berdosa Amirul. Saya berdosa. Saya berdosa. Saya berdosa. Saya tak patut tinggalkan adik adik saya. Saya kakak tak guna Amirul. Saya berdosa.

Alina ku sayang, sekali lagi aku menjadi lelaki yang tidak mampu melakukan apa-apa untuk mu.Aku hanya mampu mendengar dan turut menangis bersama dengan mu.

Adik kedua Alina telah lama menghilang kan diri selepas tamat spm. Adik ketiganya mempunyai masalah pembelajaran dan terpaksa dimasukkan ke kelas pemulihan khas. Di usia 15 tahun dia masih membaca sepatah sepatah. Bicara nya juga tidak sempurna.

Menurut Alina dia begitu teruja untuk bersembang dengan Alina tetapi tergagap-gagap sehingga akhirnya dia berhenti kerana frust dengan kelemahannya.

Adik keempat nya juga menghadapi masalah pembelajaran. Mengurung kan diri di dalam bilik tanpa mahu melihat Alina.

Adik bongsu nya masih di sekolah rendah. Alina kata adik nya itu seolah olah bisu. Sangat manja, duduk di riba Alina, mahu tidur dan dipeluk Alina tetapi biacaranya hanya angguk dan geleng.

Berkali kali Alina menyalah kan diri sendiri. Alina tertekan melihat nasib adik adiknya. Adik kedua nya yang menghilang kan diri tidak dapat dijejaki.

Bila ditanya pada ibunya sebakul sumpah seranah dikembalikan pada Alina. Budak tu dah mampus agaknya. Aku ingat kau pun dah mampus tak reti nak balik rumah.

Alina menangis lagi. Apa yang patut saya buat dengan adik saya Amirul? Macam mana kalau dia ambil dadah? Macam mana kalau dia dipukul dengan gangster? Dia panas baran sikit dari kecik.

Hari hari yang dihabis kan di rumah penjadi penyebab utama yang trigger semula sakit Alina. Aku masih simpan semua mesej Alina.

Aku print dan buku kan selepas pemergian Alina.

23.7.2017 2.45 a.m. Amirul, kenapa Tuhan bawa saya ke dunia jika tuhan nak seksa saya macam ni? Saya tak patut dilahir kan Amirul.

28.7.2017 8.11 a.m. Amirul, kalau ada mesin masa saya akan cari saya yang masih kecil. Aku fikir tujuan nya adalah untuk menyelamatkan dirinya sendiri. ‘Saya nak bunuh dia. Biar dia tak terseksa.’

14.8.2017. 10.20 a.m. Alina, sudi tak awak terima saya sebagai suami? Aku takut takut masa hantar mesej ni.

Malam sebelum nya aku telah nyata kan hasrat pada umi untuk menghantar pinangan pada Alina. Aku cerita kan segala nya pada umi dan umi meminta aku untuk bertanya pada Alina terlebih dahulu.

Aku mendapat balasan. Kenapa awak nak kahwin dengan manusia macam saya Amirul? Awak tak akan bahagia dengan saya.

Aku berjanji aku akan berusaha lebih, selepas kami berkahwin aku berjanji untuk membawa semua adik Alina tinggal bersama dan menjaga kebajikan mereka. Aku berjanji untuk melindungi nya. Aku janji kan bulan bintang padanya tetapi jasad Alina tetap kembali tertanam di bumi.

Beberapa bulan tinggal di rumah, Alina menyatakan hasrat untuk bekerja dan mencari pendapatan sendiri. Alina berpindah dekat dengan tempat aku bekerja.

Aku sangka mental nya akan lebih sihat jika keluar daripada neraka itu tetapi keadaan nya tambah buruk. Alina mengadu ada beberapa ketika dia sakit dada dan sukar bernafas.

Kerap berpeluh-peluh, dada berdebar debar dan merasa ketakutan.

8.10.2017 / 3.12 a.m. Amirul dada saya sakit. Saya sakit sangat. Saya tak boleh tidur.

3.26 a.m. Saya rasa nak terjun ke bawah. Saya nak hilangkan sakit ni. Alina tinggal di apartment tingkat 8.

Mujur aku tersedar semasa mesej dia masuk, aku segera call Alina untuk menenang kan nya, aku cerita kan pelbagai momen lucu dalam hidup aku untuk mengalih kan perhatian daripada sakit nya.

Aku menyanyi. Aku lakukan semua yang termampu sehingga aku terdengar dengkuran halus Alina.

Alina ku sayang, sehingga ke hari ini aku masih menghubungi mu. Aku cuba membangun kan mu dari tidur yang panjang tetapi tidurmu terlalu lena. Tiada balasan.

Bertahun aku berjuang bersama sama dengan Alina. Aku teman kan Alina setiap kali Alina bertemu dengan psikiatri.

Aku menyamar sebagai sepupu Alina agar aku dapat masuk ke bilik doktor bersama dengan nya. Awak sangat kuat Alina. Awak antara wanita paling kuat saya pernah jumpa dalam hidup saya.

Dr. Azlan meminta aku untuk terus memantau keadaan Alina. Dos ubat tidur yang diberikan kepada Alina tinggi kerana keadaan Alina tidak bertambah baik.

Alina mula mendengar suara yang tidak wujud. Suara suara yang menjatuh kan semangat nya.

19.1.2018 / 11.23 p.m. Amirul, telinga saya bingit sangat. Otak saya serabut dengar suara ni.

Aku segera menghubungi Alina. Alina awak dengar suara saya tak? Suara saya macam mana? Garau kan? Awak dengar suara garau saya je Alina, suara yang lain tu tak wujud. Saya saja yang wujud, dengar suara saya je.

Malam itu aku gagal membantu Alina, dia terpaksa mengambil ubat tidur untuk menghilang kan bingit di telinga nya.

Malam sebelum tragedi pahit itu aku terlelap awal. Aku terjaga waktu subuh dengan puluhan missed call dan mesej daripada Alina.

Amirul saya sakit sangat. Dada saya sakit sangat saya rasa nak tikam tikam dada saya ni nak hilang kan sakit. Saya dah makan ubat, saya nak tidur lena.

Aku cuba menghubungi Alina tetapi tiada balasan. Sepanjang pagi aku rasa tak sedap hati. Pukul 10.30 pagi selepas saja selesai meeting aku cuba call Alina semula dan panggilan ku berjawab.

Hello ini Amirul ye? Ini Shasha (teman serumah Alina), Alina dekat hospital sekarang. Aku terus minta cuti half day dan drive ke hospital.

Kaki tangan aku sejuk beku. Aku drive sambil mengigil. Semasa aku sampai di hospital Shasha menyambut aku dengan tangisan.

Alina dah tak ada. Doktor sah kan Alina meninggal dunia semasa dirumah lagi tetapi dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. Alina telan semua pil tidur yang ada. Aku jatuh terduduk.

Aku meminta bantuan kawan kawan untuk menguruskan jenazah Alina untuk dibawa pulang ke kampung. Ahli keluarga nya telah dimaklumkan.

Aku sendiri menghubungi ibunya memaklumkan aku akan mengiringi Alina pulang. Urusan jenazah Alina sangat cepat, petang itu Alina sudah siap di mandi dan dikafan kan.

Aku menaiki van jenazah, kawan aku dan kawan serumah Alina ikut dengan kereta. Ketika sampai di rumah Alina orang ramai telah bersedia menyambut kepulangan Alina. Ibu Alina menangis meraung melihat jenazah Alina sehingga terpaksa ditenang kan orang ramai.

Alina ku sayang, rumah awak cukup besar untuk menerima jumlah makmum yang ramai tetapi solat jenazah dilakukan sehingga tiga sesi kerana ramai nya makmum yang hadir untuk mendoakan pemergianmu.

Alina ku sayang, adik awak sudah pulang ke rumah. Dia tak ambil dadah. Dia tak dipukul dengan gangster pun. Dia kerja di bengkel kereta cari rezeki yang halal. Dia yang menyambut jenazah awak di liang lahad. Dia adik yang kuat, adik yang bertanggung jawab.

Alina ku sayang, saya lihat wajah awak yang terakhir sebelum awak di bawa ke tanah perkuburan. Awak sangat cantik Alina. Wajah awak sangat bersih dan tenang.

Awak nampak seperti tidur dengan sangat lena. Lena seperti yang awak selalu kata kan kepada saya. Awak tak pernah tidur lena sejak awak kecil.

Alina ku sayang, saya meminta izin untuk meminjam telefon bimbit awak untuk menyelesaikan beberapa urusan tetapi ibu awak izin kan saya untuk menyimpan telefon tersebut.

Saya terjumpa diari awak di dalam telefon ini dengan beratus entri duka luahan awak kepada yang Maha Esa. Semua nya telah saya buku kan sebagai kenangan.

28.4.2018, Ya Allah, izin kan aku menjadi isteri yang sempurna untuk Amirul.

– Amirul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *