Assalamualaikum terima kasih semua yang sudi baca luahan hati saya, nak cerita dekat manusia atau terang-terangan di sosmed bimbang riak, saya cerita kat sini sebab di sini tiada siapa tahu identiti saya.
Korang pernah dengar tak ayat ni dari Ustaz ustazah, kata mereka kalau Allah bagi harta yang melimpah ruah sedangkan seseorang itu tak solat, lupa Allah, itu namanya istidraj, Allah terus bagi dan bagi dia harta yang banyak supaya dia terus hanyut, supaya dia terus lupa pada Allah.
Dan bila sampai satu saat Allah rentap begitu sahaja nyawanya dalam keadaan lalai.
Sebaliknya bila Allah mencintai hambanya Allah akan mudahkan hamba berkenaan untuk beribadat kepadanya
Pada umur 32 tahun baru saya faham ayat Ustaz ustazah ni, sebab baru saya merasainya sendiri, saya tak cakap saya baik ye, saya cuma nak cerita perjalanan hidup saya untuk saya faham maksud Ustaz ustazah ni.
Demi Allah setiap malam bermula dari tahun lepas, bulan berapa saya lupa sehingga hari ini walaupun ketika saya datang bulan, tanpa perlu kunci jam, Allah akan kejutkan saya tanpa gagal untuk solat tahajud,
Selalunya lepas solat tahajud saya akan baca quran walaupun 1 muka surat sahaja, dimana kekuatan dan kerajinan itu datang, hanya Allah yang tahu.
Bila saya datang bulan saya takkan solat tahajud, saya cuma akan baca doa terjaga malam dan berdoa apa saya nak di sepertiga malam tu
Bagi saya ini satu hadiah yang cukup2 besar dari Allah untuk saya, saya sendiri tertanya2 ya Allah apa aku buat, sampai Engkau bagi pada aku hadiah sebesar ini
Dulu2 saya terpaksa paksa diri untuk solat tahajud, bagi saya solat tahajud ni paling susah, kalau kita kunci jam pun belum tentu kita mampu bangun, kadang rasa malas, bangun untuk buang air kecil/besar je lepas tu tidur semula,
Kadang dah subuh baru terkejut dari tidur, terlepas pulak untuk tahajud, tapi diri sendiri tahu kelebihan solat tahajud ni, tapi nak buat tu bukan senang ye
Tapi sekarang ya Allah besarnya hadiah yang Engkau bagi pada aku, setiap malam Engkau kejutkan aku, Engkau kuatkan setiap anggota badan dan sendi2 aku untuk sujud kepadaMu…apa aku buat ya Allah sehingga sehebat ini anugerah-MU padaku
Saya sekarang ni duduk di bandar besar jauh meninggalkan ibu ayah di kampung, saya merantau seorang diri di sini tanpa saudara mara pun, dan apa saya perasan Allah sangat2 mudahkan kehidupan saya di sini walaupun saya sorang diri,
Allah hantar manusia2 yang sayang saya, Allah hantar manusia2 untuk mudahkan hidup saya, saya dapat rasai benda tu sangat2, entah daripada mana semua manusia ini datang, yang pasti hati mereka digerakkan oleh Allah untuk tolong mudahkan kehidupan saya di perantauan.
Bagi saya pergilah mana2 sekalipun kalau kita jaga solat dan baca al-quran setiap hari dengan terjemahannya sekali, dunia sekeliling takkan mampu merubah kita, umpama ikan dalam laut, sekelilingnya air masin, tapi isinya tetap tawar.
Saya masih bertudung labuh, memakai stoking dan berstoking lengan walaupun duduk kat bandar besar ni, kalau saya tak solat ke, free hair ke, ibu ayah saya pun tak tahu,
Tapi saya bukan buat semua ni kerana ibu ayah saya, saya buat semua ni untuk Allah, saya tak suka kalau Allah murka pada saya, saya tak suka kalau saya rasa bersalah dengan Allah
Semoga Allah jaga saya untuk istiqomah selamanya sampai ke syurga dapat bertemu dengan-Nya
Ini pulak amalan2 yang saya buat sebelum Allah hadiahkan tahajud ni untuk saya,
1. Solat fardhu, saya cuba solat awal waktu semampu yang boleh, kadang 10 minit sebelum azan saya dah siap berwuduk tunggu waktu solat.
2. Setiap hari saya akan baca quran walaupun 1 muka surat bersama terjemahan sekali.
3. Solat dhuha, sebab dulu bagi saya nak konsisten solat tahajud tu susah, jadi saya cuba buat solat dhuha selalu, itu je yang mampu masa tu, itu pun kadang2 ada tak buat juga.
4. Sekarang pulak saya suka selawat Ibrahimiyah, terima kasih kepada arwah Suhaimi Saad asbab saya tonton video beliau dalam tiktok saya sekarang amalkan selawat ni.
Allah ni kekasih hati saya, saya sayang Allah sepenuh hati, jadi semua benda saya share dengan Allah bila saya happy ke, sedih ke.
Maaf ye kalau cerita saya ni tak tersusun ke apa, saya cuma nak luahkan apa yang saya rasa kat sini, terima kasih sudi membaca, semoga ada manfaatnya buat kalian semua.
Akhir kata cuma nak bagitahu, kunci bahagia dalam hidup ni kena percaya dan yakin pada Allah taala, nak minta apa2 walaupun benda tu sekecil2 permintaan minta pada Allah dulu nescaya kamu tidak akan kecewa,
Jadikan Allah ni best friend kita, tempat kita mengadu, menangis macam2, seperti ayat Maryam as dalam al-quran
“Dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada-Mu, ya Tuhanku” surah Maryam ayat 4..
– Semoga istiqomah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Allahumma baarik…ada Allah sebagai kekasih hati itu adalah sebesar2 nikmat. Walau apa pun yg kita lalui terasa manis dan segalanya mcm our love story towards Allah. Tapi tu lah, nak pupuk rasa cintakan Allah tu, bnyak benda yg kena kikis kat dlm diri kita. Perjuangan tu semua boleh jadi ibadah kita. Tapi pastikan kita berilmu baru kita tahu, mana satu yg kena buang, mana satu yg kena tingkatkan. Always put ilmu di atas ibadah, baru lah tak tertolak. Allahuakbar, semoga kita semua berjaya utk membesarkan cinta Allah di dlm hati kita. Cinta manusia itu hanya tipu daya, tapi cinta yg sebenar adalah cinta kpd Allah. Dgn cinta kpd Allah barulah kita boleh menyayangi org sekeliling kita. Bahkan tumpah kasih dan syg org sekeliling kita kpd kita, sekali gus menarik rahmat dan keberkatan hidup drpd Allah SWT. Sekian.
Alhamdulillah.. Allah sentiasa sayang hamba2-Nya, dan ada juga sebahagian hamba2-Nya benar2 sayang Allah dan tidak kurang yg engkar dgn perintah-Nya, terutamanya tentang solat.. klaw ibadat solat pon x mampu nk buat, apatah lg ibadat2 sunat spt solat tahajjud dsb.. tp perkara yg perlu diingat, apabila Allah ‘sayang’ kpd hamba2-Nya, mereka akan ‘diuji’ utk menilai sejauh mana ‘keikhlasan’ mereka dan siapa yg lebih baik amalan nya; begitulah yg telah berlaku kpd para Rasul, Nabi, sahabat2 Rasul dan seterusnya.. klau ‘lulus’ ujian semua tu, barulah dapat ‘hadiah’ atau ganjaran dari Allah SWT, terutamanya d Akhirat kelak.., ingat bhw, ‘harga’ Syurga Allah tu bukannya ‘murah’, dan hamba2-Nya yg ‘layak’ shj yg dpt masuk Syurga.. seperkara lg, (ini peringatan utk diri saya juga, ye..), jangan sesekali rsa ‘takjub’ dgn diri kita, bhw kita telah bnyak amal ibadah, brbanding org lain, sbb Syaitan amat ‘suka’ dgn org yg sebegini.. dia (syaitan) akn bisikkan supaya buat bnyak2 ibadah, sehingga orang itu ‘takjub’ dgn amal ibadahnya dan lama-kelamaan akn merasakan org lain amat kurang ibadah mrk, maka ‘menang’lah Syaitan pd ketika itu, kerana orang itu ‘terpengaruh’ dgn hasutan nya, dan bakal menjadi ‘teman’ nya yg ‘sombong’ d Sana nt (na’uzubillahi min zalik).. dan seperkara yg akhir, klaw awk ada rezeki & kesempatan (serta dijemput Allah atas kasih-sayang Nya), pergilah melakukan Haji, atau umrah dan ziarah d Mekah & Madinah (dan di tempat bersejarah umat Islam yg terdahulu).., di tempat2 yg mulia itu, anda akn jumpa lebih ramai org2 yg taat dan sayang kpd Pencipta kita.. klaw kita di M’sia ni bangun setiap mlm utk solat taubat, hajat n tahajjud, di sana saya melihat umat islam dari pelbagai bangsa & negara, kadang2 sepanjang mlm dan siang beribadah di dlm masjidilharam dan juga masjid Nabawi.., saya lihat mreka membawa ‘roti’ atau makanan kering spt kurma dan duduk dlm masjid, spt tiada henti solat, baca qur’an, berzikir, kemudian wudhu’ lg, dan sambung beribadah.. airmata mereka sentiasa mngalir, dan menadah tgn setelah solat, seolah2 itu shj ‘dunia’ mereka.. kita pon xmampu berbuat spt itu, sbb kita pon balik ke hotel, makan dan malah sempat pulak ‘membeli-belah’ brg2 yg nk dihadiahkan kpd org2 bila balik ke M’sia nt.. ada mse, kita keluar bergambar kenangan dan mencari mkanan yg sedap2 d tanah Arab tersebut (maklumlah, bkn selalu nk pergi ke sana).. di dalam hati, terasa amat ‘kerdil’ diri kita ni berbanding dgn diorang, yg mngkin hidup mrk lbh ‘susah’ dari kita, tetapi di sisi Allah, lebih2 lagi.. betapa lah, klaw kita dpt melihat amalan para rasul dan nabi2, serta org2 yg terdahulu, dlm pd mreka diuji dgn pelbagai dugaan, mngkin macam ‘lsngit dan bumi’ jauhnya.. bagaimana pon segala amal ibadah kita adalah bergantung kpd keikhlasan kpd Allah azzawajalla.. Wallahu a’lam bissawab.. wslm