Allah Bagi Petunjuk

Assalamualaikum dan salam Ramadhan,

Aku Iris (bukan nama sebenar). Aku berumur 33 tahun dan menetap di sebuah daerah di selatan tanah air. Aku belum lagi berumah tangga tapi dalam proses mengenal seseorang.

Ingin aku berkongsi tentang pengalaman hidup ku yang sampai mati pon tak kan aku lupakan dan pengajaran bagi diri aku serta orang lain.

Pernah dengar aplikasi jejaring social yang popular iaitu ‘OMI’, mesti korang tahu kan app tu, app yang cari pasangan untuk dijadikan teman hidup atau kawan untuk bersembang.

Kalau bernasib baik korang akan jumpa lelaki/perempuan yang serasi dan baik untuk korang, kalau kurang bernasib baik korang akan kenal dengan seorang yang ‘fake’ dan ‘cheater’.

Dalam tu tak kira yang single atau sudah berkahwin akan rasa bangga post muka masing2 untuk dijadikan pilihan bersembang.

Berbalik pada kisah aku, aku merupakan perempuan yang tidak bernasib baik yang menggunakan app tersebut, di mana pada hujung tahun 2021 aku berkenalan dengan seorang lelaki yang ku sapa Hayder (bukan nama sebenar) berumur 32 tahun..

Melihat profilenya buat aku tertarik, orangnya berkulit cerah dan senyuman tidak lekang dari bibir. Waktu tu aku memang single, dan Hayder pon mengaku dia single serta mencari teman hidup.

Dari sembang yang jarang menjadi sembang yang kerap, dan buat keputusan untuk bersua muka. Anyway Hayder ni pon stay dekat selatan tanah air jugak, then kami decide berjumpa.

First impression aku jumpa dia, aku sedikit terkejut orangnya rendah (kurang dari 160cm) dan sedikit buncit. Tapi wajah masih sama seperti gambar yang ada di ‘omi’. Aku still okay lagi sebab aku pon biasa-biasa orangnya.

Dari perjumpaan yang pertama, kami jadi kerap berjumpa. Tanpa sedar bunga-bunga cinta semakin membenih dalam diri masing-masing dalam waktu yang singkat.

Then selepas 2 bulan kami decide untuk ke arah yang serius. Aku minta dia datang berjumpa orang tua aku bincang mengenai hubungan kami sambil membawa cincin bagi menandakan yang dia serius.

Alhamdulilah orang tua aku suka dan setuju then pada 02 february 2022 aku menjadi tunangan Hayder. Kami merancang untuk bernikah dan majlis pada hujung tahun yang sama.

Perancangan untuk adakan majlis pada hujung tahun semakin hampir, namun segala persiapan belum selesai. Malah borang kahwin yang penting pon Hayder belum selesaikan.

Aku berulang kali bertanya mengenai masalah yang dia hadapi mengenai borang tersebut, jika tidak aku boleh membantu, namun dia kata dia kan menyelesaikannya sendiri dalam masa terdekat.

Setelah sebulan aku bagi peluang untuk dia selesaikan borang tersebut tapi hampa, aku mula jadi baran.

Ditambah dengan desakan dari keluarga dan saudara mara yang sering bertanya mengenai majlis kami. Aku mula bersikap acuh tak acuh terhadap hayder.

Dan satu hari, Hayder berterus terang dengan aku disebabkan dia mula nampak aku berubah sikap terhadapnya. Guess what? apa yang dia terus terang kat aku?……. Ye betul!… Dia ialah SUAMI ORANG!!!…….

Bila ayat tersebut keluar dari mulut Hayder, aku tersentak dan terkejot, tanpa sedar air mata mengalir laju….. Okay ada lagi satu surprise, cuba teka lagi apa dia?…… Bingo!….. Dia ada 3 ORANG ANAK!!!…

Waktu tu aku rasa macam nak lempang-lempang muka dia, tapi aku masih tahan lagi sebab tempat public.

Dia merayu mintak maaf dekat aku sebab tipu aku dari awal, sebab dia tak nak kehilangan aku dan dia dalam proses bercerai dengan isteri dia.

Selepas peristiwa dia terus terang kat aku tu, aku dah jarang berhubung dengan dia. Dia masih merayu mintak maaf supaya aku tak tinggalkan dia.

Aku dalam dilemma untuk berterus terang dengan keluarga aku mengenai status sebenar Hayder.

Dan aku juga berfikir mengenai mulut-mulut orang yang akan menjaja cerita aku jika mereka tahu aku putus tunang yang bertahan hanya beberapa bulan. Malu keluarga aku nanti.

Waktu itu, sebenarnya aku sudah mula rasa tawar hati dengan Hayder tapi masih bagi peluang dia terus terang dekat keluarga aku mengenai status sebenar dia.

Aku suruh Hayder bertanggungjawab atas semua kebohongan yang dia lakukan dari awal. Aku suruh dia berterus terang sendiri dengan ibu bapa aku. Dan dia mengikut permintaan tersebut.

Dan akhirnya, ibu bapa aku menyerahkan sepenuhnya keputusan yang perlu di buat kepada aku, kerna ini adalah masa depan aku.

Aku nampak kesugulan dan terkejut di wajah ibu dan ayah aku apabila tahu hal sebenar. Aku pula dah banjir dengan air mata sebab ini melibatkan maruah keluarga aku.

Setelah di beri masa untuk berfikir sehabis dalam dengan segala risiko yang akan aku tanggung kelak, aku ‘decide’ untuk memutuskan pertunangan tersebut, dan keputusan tersebut diterima baik oleh keluarga aku.

Segala beban yang aku rasa seperti ‘batu besar yang ada diatas kepala’ terus hilang dan lega bila aku ucapkan kata ‘PUTUS’ kepada Hayder. Yang paling aku sebak apabila aku lihat ayah gembira dan senyum dengan keputusan yang aku buat.

Beberapa bulan selepas aku putus tunang, aku diuji dengan kehilangan matahari yang menyinari keluargaku iaitu ayah. Ayah meninggal tanpa tahu penyakit yang dihidapi. Ya Allah, bertubi-tubi aku dan keluarga diuji.

Disaat kami bersedih, hati terasa membahang dengan kehadiran sesusuk tubuh yang tidak kami inginkan iaitu Hayder. Datang dengan tujuan memujuk rayu supaya dia diterima semula ke keluarga kami.

Aku langsung tidak berjumpa dengannya kerna marah dengan sikap penting dirinya yang hadir memujuk rayu tidak kena pada tempat. Aku umpamakan seperti “Mengambil kesempatan di atas kesedihan/kesusahan orang lain”.

Selepas peristiwa tersebut, aku langsung tidak ambil tahu tentang Hayder, aku ‘block’ semua platform media social aku dari dia.

Bukan tiada langsung kebaikan mengenai dirinya, aku mengaku layanan dia terhadap aku sangat baik dan dia seorang yang penyabar tapi disebabkan sikapnya yang pentingkan diri, aku rasa sangat benci bila memikirkannya.

Cuma aku pernah bagi last word yang buat dia terdiam, aku kata “kau ada 3 orang anak, iaitu 2 orang perempuan, one day orang lain buat dekat anak kau macam ni, baru kau tahu macam mana kecewanya rasa, dan itu lh yang ibu bapa aku rasa”

Plot twist yang aku rasa aku buat keputusan yang betul adalah, aku ternampak Hayder bergambar dengan ramai perempuan yang berlainan di galeri handphone milik aku.

Macam mana gambar-gambar tu boleh ada dekat galeri aku? sebab iphone kami menggunakan id yang sama iaitu id Hayder. Jadi segala gambar dia ambil secara tak langsung akan ada sama dalam handphone aku.

Sebelum ini aku jarang nak tengok gambar yang ada di galeri sebab terlampau banyak. Tapi Allah nak tunjuk, aku tergerak hati nak padam gambar yang penuh ada digaleri tu. Waktu tu lah aku terjumpa gambar-gambar perempuan tersebut dan gambar dia bertunang sebelum ini……

Ye….. dia pernah bertunang 2 kali sebelum dengan aku dan putus juga. Dan status dia waktu tu adalah SUAMI ORANG. Aku tak pasti bekas-bekas tunang dia sebelum tu kena macam aku atau tidak. Wallahualam…

Then yang latest, awal tahun 2023 aku dapat tahu dia sudah berkahwin. Macam mana aku tahu dia sudah berkahwin?

Melalui jemputan yang dikirim melalui ‘instagram’ adik aku, adik Hayder menghantar kad jemputan digital kepada adik aku.

Aku tak tahu ape niat adik dia, ikhlas menjemput atau sengaja nak tunjuk yang abang dia terpaling cepat ‘move on’. Tapi aku langsung tak kisah mengenai hal dia lagi. Sebab kehidupan aku yang sekarang lebih tenang dan gembira.

Pengajaran bagi aku dan orang lain, jangan terburu-buru dalam memilih pasangan hidup. Kenal dan selidik dulu mengenai pasangan masing-masing.

Dalam hal ni aku mengaku yang aku terburu-buru sebab memikirkan umur yang semakin meningkat dan tengok kawan-kawan sekeliling sudah ada keluarga terbit rasa risau dalam hati.

Tapi aku tak salahkan takdir, sebab ni ujian bagi aku untuk aku perbaiki diri aku lagi dekat dengan-Nya.

– Iris (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *